Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PENIPUAN KENDERAAN : 'Datuk Seri' Kaut RM10 Juta


Kuala Lumpur - Mangsa pakej penipuan sambung bayar kenderaan yang didedahkan Harian Metro baru-baru ini, boleh menarik nafas lega apabila polis berjaya menemui semula 24 kenderaan mewah pelbagai jenama berhubung kes berkenaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penemuan itu hasil sisatan ke atas seorang lelaki bergelar "Datuk Seri' yang dipercayai dalang penipuan terbabit membabitkan 120 pemilik kereta mewah dengan nilai kerugian RM10 juta.

Suspek terbabit mungkin menghadapi lapan tuduhan termasuk penipuan.

Katanya, polis memuktamadkan kertas siasatan sebelum menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

"Lelaki berumur 40-an itu ditahan polis untuk membantu siasatan bulan lalu, namun tidak direman kerana mahkamah menolak permohonan reman berkenaan.

"Setakat ini pihak polis temui semula 24 kenderaan termasuk Toyota Vellfire, Toyota Alphard, Mercedes Benz dan BMW," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam.

Dalam laporan Harian Metro itu, dua lelaki menyamar sebagai Datuk menipu puluhan mangsa dalam urus niaga jual beli kenderaan membabitkan kerugian jutaan ringgit sebelum suspek berjaya ditahan polis pada 11 Mac lalu.

Laporan itu mendedahkan dalang penipuan dianggap 'kebal' berikutan masih bebas walaupun  sudah lebih 30 laporan polis dibuat ke atas mereka.

Modus operandi mereka ialah menawarkan pakej sambung bayar kepada pelanggan selepas memperdayakan pemilik asal kenderaan yang menyerahkan kenderaan mereka untuk dijual.

Selepas kereta diserahkan, ejen berkenaan melunaskan pembayaran wang pendahuluan, namaun tidak menyelesaikan pinjaman kenderaan dengan bank, malah memberi pelbagai alasan tidak masuk akal.

siasatan polis mendapati syarikat automobil milik suspek didaftarkan di bawah nama isteri dan anak perempuannya yang beroperasi di ibu negara bagi menjual semula kenderaan kepada pihak ketiga.

"Jika kenderaan itu tidak dapat dijual, lelaki berkenaan menyimpan kereta selama sebulan atau dua dan mmenjual semula kereta mereka kepada peniaga kereta terpakai," katanya.

Urus niaga itu menimbulkan keraguan kerana terdapat penggunaan dokumen dan kad pengenalan yang mencurigakan dipercayai palsu.

Beliau menasihatkan khususnya pemilik kenderaan yang berada di bawah perjanjian sewa beli tidak menjual kenderaan mereka kepada pihak ketiga kecuali jika kebenaran diberikan syarikat kewangan untuk urusniaga berkenaan.

Sebelum itu, beberapa pemilik kenderaan mewah menyerahkan memorandum kepadanya di lobi Parlimen berhubung kes penipuan berkenaan.

Sumber : Harian Metro (03 April 2015)
Penulis : Hairulazim Mahmud


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment