Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PENIPUAN JONGKONG EMAS : Pengurus Didakwa Tipu Emas RM5.3 Juta


Ampang - pengurus syarikat jual beli logam berharga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas empat pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan berhubung jual beli hampir 50 kg emas membabitkan kerugian RM5.3 juta, awal bulan ini.

Mohd Khairul Firdaus Mohd Rejab, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Unaizah Mohd.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh didakwa memperdayakan Nurul Syazalina Md Isa, 29, untuk mempercayai dia boleh menyerahkan emas seberat 47.5 kg sehingga mendorong wanita berkenaan menyerahkan wang tunai berjumlah RM5,352,950.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabar B-12A-G, Jalan Selaman 1, Dataran Palma, di sini, pada jam 5 petang, antara 3 hingga 5 Disember.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz manakala tertuduh diwakili peguam, Abd Muiz Samsuri.

Tawar jaminan RM535,000
Terdahulu Nurakmal menawarkan jaminan sebanyak RM535,000 iaitu 10 peratus daripada keseluruhan kerugian dengan seorang penjamin terhadap tertuduh atas alasan jumlah itu adalah sesuatu yang munasabah.

Ketika rayuan, Abd Muiz memohon jaminan dikurangkan kepada RM100,000 berikutan anak guamnya menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan tiga anak yang masih bersekolah.

Unaizah membenarkan tertuduh diikat jamin RM300,000 dengan dua penjamin bagi kesemua pertuduhan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 5 Febuari depan untuk sebutan kes.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment