Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 11 September 2014


Harga emas jatuh hampir ke paras terendah dalam tempoh tiga bulan semalam susulan keredaan ketegangan di Ukraine dan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) yang berlegar di paras tertingginya dalam tempoh 14 bulan.

Kontrak bulan semasa emas jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,246.15 seauns pada 1001 GMT, selepas jatuh ke paras terendah dalam tempoh tiga bulan pada AS$1,243.56 sebelum ini.

Kontrak hadapan emas AS naik AS$1.40 seauns kepada AS$1,246.90.

Dolar AS naik ke paras tertinggi dalam tempoh enam tahun berbanding yen dan berada di landasan kukuh untuk mencatatkan peningkatan sembilan minggu berturut-turut berbanding mata wang lain berikutan jangkaan Rizab persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah pada tahun 2015.

Kadar faedah yang tinggi akan menjejaskan daya tarikannya sebagai pelaburan lindung nilai.

"Pengukuhan dolar, jangkaan kadar faedah menjelang mesyuarat dasar pada minggu depan adalah faktor negatif kepada emas," kata penganalisis Societe Generale, Robin Bhar.

"Kami mendapat petunjuk yang jelas bahawa nilai inflasi dijangka rendah di AS, yang mana tidak menarik untuk emas," katanya.

"Saya yakin emas dijangka diuji untuk mencecah paras AS$1,240.00 katanya.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif jatuh lebih daripada satu peratus semalam sejajar dengan kejatuhan di pasaran hadapan emas di New York Commodity Exchange, yang jatuh ke paras terendah dalam tempoh tiga bulan berikutan pengukuhan dolar AS dan keredaan ketegangan di Ukraine.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee, berkata permintaan bagi emas sebagai pelaburan lindung nilai terjejas selepas Presiden Ukraine berkata bahawa Russia sudah membawa keluar sebahagian besar tenteranya dari negara itu.

Pada penutup, kontrak bulan semasa September 2014 susut 33 mata kepada RM127.70 segram, Oktober 2014 susut 34 mata kepada RM128.10 segram, Disember 2014 berkurang 30 mata kepada RM128.45 segram sementara Febuari 2015 merosot 12 mata kepada RM128.85 segram.

Kepentingan terbuka meningkat kepada 3,482 kontrak daripada 3,348 kontrak kelmarin.

Jumlaah dagangan meningkat kepada 629 lot bernilai RM8.04 juta berbanding 387 lot bernilai RM5.0 juta sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada paras RM124.75 segram, jatuh 62 sen daripada RM124.13 segram kelmarin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment