Skim Pelaburan Haram Emas : 142 kg Emas Bernilai RM101 juta Disita
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita harian 2012,
Caesar Gold Sdn Bhd,
Genneva Malaysia Sdn. Bhd,
Pageantry Gold Berhad,
Skim Emas,
Skim Pelaburan Haram Emas,
Skim Pelaburan Online,
Worldwide Far East Berhad
Kuala Lumpur - Sebanyak 142.7 kilogram emas dan RM101.92 juta dalam akaun bank serta tunai disita daripada empat syarikat yang terbabit dalam skim pelaburan haram menggunakan emas.
Jumlah itu dinyatakan dalam kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian perdagangan Dalam negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), semalam.
Belum terima emas
Sisasatan mendapati, sebahagian besar pelabur emas belum menerima emas daripada beberapa syarikat pelaburan yang diserbu BNM sehingga lebih lima bulan menunggu.
"Siasatan mendapati, syarikat berkenaan mempunyai kelemahan dari segi simpanan rekod, gagal menyimpan semua rekod transaksi perniagaan dan kewangan dengan baik.
"Malah, syarikat itu juga mempunyai simpanan rekod kewangan dalam pelbagai versi dan tujuan yang berbeza, selain gagal mengemukakan akaun untuk diaudit SSM, sejak beberapa tahun lalu mengikut undang-undang sepatutnya," katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan, empat syarikat diserbu iaitu Pageantry Gold Berhad yang beroperasi di Taman Danau Kota, Setapak; Worldwide Far East Berhad yang beroperasi di Bandar Baru Seri Petaling; Caesar Gold Sdn Bhd yang beroperasi di Jalan Klang Lama dan Genneva Malaysia Sdn Bhd di Kuchai Lama selepas disyaki menjalankan skim pelaburan haram menggunakan emas.
Mengulas lanjut, pihaknya menyedari kesukaran yang dialami pelabur dan sedang berusaha untuk mengesan penyimpanan wang dan aset syarikat itu.
Siasatan antarabangsa
"Satu pasukan khas ditubuhkan untuk mengesan aliran wang dan aset lain serta firma perakauan antarabangsa.
"Agensi penguatkuasaan bekerjasama secara aktif dengan rakan sejawat di luar negara untuk mendapatkan bukti di beberapa negara lain bagi membantu siasatan," katanya.
Kenyataan itu menyebut, setiap perniagaan terutama membabitkan bilangan pelabur dan jumlah yang besar, penyimpanan rekod traksaksi perniagaan yang baik serta tepat, penting bagi mengelakkan berlaku kesilapan pengurusan wang.
Sumber : Berita Harian (06/11/2012)
Comments(0)
Berita Emas - 04 November 2012
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita harian 2012,
Berita Emas November,
Nick Trevethan,
Pakar Strategi Kanan ANZ,
Penganalisis Pasaran Reuters,
Wang Tao
Harga emas ditutup lebih rendah semalam dengan pelabur menunggu laporan pekerjaan utama AS lewat petang semalam yang menyediakan petunjuk kepada pemulihan ekonomi terbesar dunia itu.
Semua mata tertumpu kepada data pembayaran gaji selain perladangan AS yang dijangka menunjukkan peningkatan dalam pertumbuhan pekerjaan walaupun kadar pengangguran meningkat sedikit daripada paras empat tahun rendah pada September.
Data susulan pada Khamis menunjukkan peningkatan dalam sektor pekerjaan swasta, kemerosotan tuntutan pengangguran, pemulihan dalam keyakinan pengguna termasuk petanda bercampur daripada sektor pembuatan.
"Jika data pembayaran gaji selain perladangan baik, harga emas akan jatuh kerana ia mengurangkan jangkaan kepada sebarang dasar pelonggaran tambahan dan menjadi agak positif kepada dolar," kata Nick Trevethan, pakar strategi kanan ANZ di Singapura.
Analisis carta menunjukkan emas akan diuji pada paras rendah tahun ini seperti dicatatkan pada pertengahan Mei iaitu AS$1,527 dalam tempoh tiga bulan akan datang, namun harga memerlukan sokongan kuat untuk melepasi paras AS$1,600, tambahnya.
Spot emas sedikit susut 0.1 peratus kepada AS$1,712.31 seauns pada 0342 GMT, berubah sedikit sejak awal minggu ini.
Emas AS merosot sedikit 0.2 peratus kepada AS$1,712.90.
Spot emas mungkin jatuh kepada paras rendah 24 Oktober iaitu AS$1,698.39 seauns kerana lantunan daripada paras itu sudah berakhir, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.
Dolar bersedia untuk meningkat bagi tempoh dua hari sekaligus meletakkan tekanan kepada harga komoditi kerana ia menjadi lebih mahal kepada pembeli dalam mata wang lain.
Berita Emas - 02 November 2012
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita harian 2012,
Barrick Gold Corp,
Berita Emas November,
Newmont Mining Corp,
Penganalisis Pasaran Reuters,
REUTERS,
Wang Tao
Harga emas ditutup lebih rendah semalam dengan pelabur menunggu laporan pekerjaan utama AS lewat petang semalam yang menyediakan petunjuk kepada pemulihan ekonomi terbesar dunia itu.
Semua mata tertumpu kepada data pembayaran gaji selain perladangan AS yang dijangka menunjukkan peningkatan dalam pertumbuhan pekerjaan walaupun kadar pengangguran meningkat sedikit daripada paras empat tahun rendah pada September.
Data susulan pada Khamis menunjukkan peningkatan dalam sektor pekerjaan swasta, merosot tuntutan pengangguran, pemulihan dalam keyakinan pengguna termasuk petanda bercampur daripada sektor pembuatan.
"Jika data pembayaran gaji selain perladangan baik, harga emas akan jatuh kerana ia mengurangkan jangkaan kepada sebarang dasar pelonggaran tambahan dan menjadi agak positif kepada dolar," kata Nick Trevethan, pakar strategi kanan ANZ di Singapura.
Analisis carta menunjukkan emas akan diuji pada paras rendah tahun ini seperti mana dicatatkan pada pertengahan Mei iaitu AS$1,527 dalam tempoh tiga bulan akan datang, namun harga memerlukan sokongan kuat untuk melepasi paras AS$1,600, tambahnya.
Spot emas susut sedikit 0.1 peratus kepada AS$1,712.31 seauns pada 0342 GMT, berubah sedikit sejak awal minggu ini.
Emas AS merosot sedikit 0.2 peratus kepada AS$1,712.90.
Spot emas mungkin jatuh kepada paras rendah 24 Oktober iaitu ASSSSS$1,698.39 seauns kerana lantunan daripada paras itu sudah berakhir, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.
Dolar bersedia untuk meningkat bagi tempoh dua hari sekali gus meletakkan tekanan kepada harga komoditi kerana ia menjadi lebih mahal kepada pembeli dalam mata wang lain.
Dalam laporan industri, pengeluar emas utama dunia, Barrick Gold Corp, mencatatkan kemerosotan mendadak dalam keuntungan dalam suku ketiga.
Newmont Mining Corp, pengeluar emas kedua terbesar dunia pula melaporkan bahawa keuntungan suku keduanya susut 26 peratus susulan peningkatan kos dan penyusutan dalam pengeluar tembaga serta lombong emas terbesar Indonesia.
Berita Emas - 01 November 2012
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita harian 2012,
Berita Emas November,
Ole Hansen,
Rizab Persekutuan AS,
Saxo Bank
Harga emas meningkat hampir satu peratus, jumlah tertinggi dalam seminggu ketika pasaran saham tidak berubah apabila pasaran kewangan New york dibuka semula tetapi ia dalam landasan untuk mengakhiri kenaikan berterusan selama empat bulan.
Harga kembali melepasi AS$1,720 seauns ketika peniaga AS kembali ke pasaran selepas penutupan dua hari susulan taufan yang melanda di pantai timur AS.
Emas spot berada pada harga AS$1,723.60 pada 1149 GMT, naik 0.9 peratus ketika niaga hadapan emas AS untuk Disember naik AS$11.90 kepada AS$1,724. Logam itu kekal dalam landasan untuk kejatuhan bulanan hampir tiga peratus, kejatuhan sebulan pertama sejak Mei.
Emas mencapai paras tertinggi 11 bulan pada harga AS$1,795 pada 5 Oktober lalu selepas Rizab Persekutuan mendedahkan langkah baru untuk meningkatkan ekonomi AS.
Langkah rangsangan itu dilihat sebagai mesra emas, ketika ia bimbang dengan inflasi saham sementara mengekalkan tekanan terhadap kadar faedah.
Bagaimanapun, emas berundur sejajar dengan aset nominal berisiko tinggi lain seperti saham dan komoditi lain kemudian pada bulan itu, ketika kegembiraan daripada langkah itu beransur hilang dengan keyakinan terhadap ralinya dikecewakan susulan kegagalan melepasi paras AS$1,800 seauns.
"Emas telah membentuk satu asas yang baik dalam beberapa hari terakhir," Naib Presiden Saxo Bank, Ole Hansen, berkata pelonggaran kuantitatif Jepun semalam kembali fokus terhadap rangsangan kewangan, dengan inflasi hadapan telah turut meningkat."
"Ia kelihatan seperti spekulator mencuba nasib mereka sekali lagi, tetapi kemungkinan melakukan sedikit perubahan menjelang akhir bulan ini," katanya.
Berita Emas - 31 Oktober 2012
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita harian 2012,
Penganalisis Pasaran Reuters,
Petikan Daripada Berita Harian,
REUTERS,
Ribut Sandy,
Wang Tao
Harga emas meningkat sedikit semalam dan berada pada kedudukan kukuh untuk mencatatkan peninglkatan empat bulan berturut-turut. meskipun pelabur berada di luar pasaran menjelang pengumuman data pekerjaan Amerika Syarikat dan bencana taufan Sandy.
Harga emas bergerak sekitar AS$3 selepas didagangkan pada perubahan harga yang sedikit dalam volume yang kecil pada sesi sebelumnya, apabila ribut Sandy melanda di kebanyakan kawasan di timur AS.
Logam berharga itu berkemungkinan kekal pada jajaran harga yang sempit beberapa hari ini, menjelangnya pengumuman laporan utama gaji di AS minggu depan, kata peniaga dan penganalisis.
"Terdapat banyak acara berisiko senarai gaji bukan ladang, pilihan raya AS, perubahan kuasa di China dan mesyuarat polisi rutin oleh pelbagai bank pusat," kata peniaga yang berpangkalan di Singapura.
Pakar ekonomi menjangkakan pertumbuhan pekerjaan AS meningkat sedikit bulan ini, tetapi tidak cukup untuk mengekang peningkatan kadar penganggurannya bagi keempat tahun.
Emas meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,711.01 seauns pada 0722 GMT, penurunan bulanan lebih tiga peratus, iaitu penurunan tertinggi sejak Mei.
Emas AS diniagakan hampir tidak berubah pada AS$1,711.60.
Penganalisis teknikal menjangkakan harga emas meningkat kepada AS41,730 seauns kerana ia telah melepasi saluran penurunan sebelum ini, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.
pelabur menunggu keputusan pilihan raya presiden minggu depan untuk mendapatkan gambaran penuh mengenai langkah kerajaan seterusnya bagi membantu pertumbuhan ekonomi. - REUTERS
Skim Pelaburan Haram Emas : BNM Kesan 35,000 Labur RM10 Bilion
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita harian 2012,
BNM,
Datuk Dr Awang Adek Hussin,
Skim Cepat Kaya,
Skim Emas,
Skim Pelaburan Haram Emas,
Skim Pelaburan Online,
Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd
"Ambil masa siasat syarikat Genneva" - Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin
Kuala Lumpur - Bank Negara Malaysia (BNM) mengesan 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion, terbabit dalam syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd.
Berikutan itu, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, bank pusat itu memerlukan masa untuk menyiasat berdasarkan dua pertimbangan yang difikirkan boleh menyelesaikan masalah skim itu.
Syarikat berselindung
Katanya, yang pertama, syarikat itu berselindung dalam perniagaan emas yang mempunyai tarikan sentimental serta ramai berminat menceburinya tanpa mengira latar belakang termasuk pemimpin kerana wujud perasaan ia satu perniagaan betul.
"Kedua, Bank Negara terpaksa mengimbangi keadaan dengan tidak membuat serbuan pada satu masa, sebagai contoh, jika hari ini dikesan memulakan operasi dan kemudian diserbu dan disiasat, pelabur akan marah dengan alasan ia menjadi punca mereka hilang pulangan.
"Justeru Bank Negara kena imbangi, tidak boleh terlalu cepat masuk (serbu). Keseimbangan ini penting dan mustahak. Saya rasa kita semua akan belajar dari pengalaman ini semoga pengendali les lebih baik pada masa akan datang," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), di Dewan Rakyat, semalam.
Hukuman Berat
Menjawab soalan asal Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin), Awang Adek berkata Bank Negara sedang mengkaji untuk mengenakan hukuman lebih berat kepada mereka yang menjalankan skim itu dalam usaha membendung kegiatan berkenaan daripada terus menipu masyarakat.
Katanya, kementerian dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain menjalankan serbuan dari semasa ke semasa ke atas syarikat yang menganjurkan pengambilan deposit yang dikesan melanggar undang-undang dan seterusnya mendakwa mereka di mahkamah.
Beliau berkata, kementerian menguatkuasakan peruntukan khas Akta Pencegahan Keganasan 2001 dengan membeku, menyita serta melucuthak segala harta dan simpanan yang dikumpul hasil daripada kegiatan pengambilan deposit haram berkenaan.
"Skim penipuan itu semakin meluas, bahaya dan kemudahan teknologi memudahkan mereka menjalankannya secara meluas sehingga sukar dikesan pada peringkat awal.
"Sukar untuk mengambil tindakan berlandaskan internet dan apa yang kita lakukan sekarang adalah memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahayanya kerana mereka begitu terdedah dan mudah percaya pada pelaburan begitu tinggi," katanya.
Sumber : Berita Harian (01/11/2012)
Oleh : Mohd Azrone Sarabatin
Subscribe to:
Posts (Atom)













