Showing posts with label Barrick Gold Corp. Show all posts
Showing posts with label Barrick Gold Corp. Show all posts
Berita Emas - 21 April 2014
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
ANZ,
Arkib Berita Harian 2014,
Barrick Gold Corp,
Dana Pertukaran Dagangan,
ETF,
Newmont Mining Corp,
REUTERS,
SPDR Gold Trust,
Victor Thianpiriya,
Wall Street Jurnal
Harga emas jatuh ke paras terendah dua setengah minggu dalam dagangan lengang cuti awam semalam, menerima kesan daripada aliran keluar dicatatkan dana pertukaran dagangan (ETF) bersandarkan jongkong emas dan pengukuhan nilai dolar.
Logam itu juga menerima kesan daripada jualan teknikal selepas ia tidak berupaya memegang pada AS$1,300 seauns pada sesi awal dagangan.
Emas semerta jatuh ke paras terendah dua setengah minggu pada AS$1,281.40, sebelum naik sedikit untuk diniagakan di bawah 0.6 peratus pada AS$1,286.41 pada 0353 GMT.
"Satu aspek ialah pasaran agak tipis semalam dan kecairan terhad, kata Victor Thianpiriya, penganalisis di ANZ.
Australia, Hong Kong dan London ditutup Isnin bagi menyambut Easter.
"Tetapi orang ramai bimbang akan kejatuhan hampir 10 tan dalam simpanan SPDR minggu lalu."
SPDR Gold Trust, institusi ETF bersandarkan jongkong emas terbesar dunia menyaksikan aliran keluar jongkong emas 9.3 tan minggu lalu.
Sebelum minggu lalu, dana itu menokok 6.2 tan daripada permulaan 2014.
Tahun lalu, aliran keluar besar-besaran daripada itu menyebabkan, sebahagiannya, kejatuhan 28 peratus harga.
Pelabur beralih melabur dalam pasaran saham yang kelihatan lebih menarik ketika ini berikutan Rizab Persekutuan mula mengambil langkah untuk menamatkan rangsangan monetari.
Disebabkan aliran keluar dana, pelabur jongkong emas tidak mengendahkan ketegangan geopolitik di Ukraine, yang sebelum ini memberi sokongan kepada harga emas.
Dalam perkembangan lain, Wall Street Jurnal melaporkan rundingan penggabungan antara Barrick Gold Corp dan Newmont Mining Corp, dua pengeluar emas terbesar dunia, mencapai jalan buntu. - REUTERS
Comments(0)
Berita Emas - 02 November 2012
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita harian 2012,
Barrick Gold Corp,
Berita Emas November,
Newmont Mining Corp,
Penganalisis Pasaran Reuters,
REUTERS,
Wang Tao
Harga emas ditutup lebih rendah semalam dengan pelabur menunggu laporan pekerjaan utama AS lewat petang semalam yang menyediakan petunjuk kepada pemulihan ekonomi terbesar dunia itu.
Semua mata tertumpu kepada data pembayaran gaji selain perladangan AS yang dijangka menunjukkan peningkatan dalam pertumbuhan pekerjaan walaupun kadar pengangguran meningkat sedikit daripada paras empat tahun rendah pada September.
Data susulan pada Khamis menunjukkan peningkatan dalam sektor pekerjaan swasta, merosot tuntutan pengangguran, pemulihan dalam keyakinan pengguna termasuk petanda bercampur daripada sektor pembuatan.
"Jika data pembayaran gaji selain perladangan baik, harga emas akan jatuh kerana ia mengurangkan jangkaan kepada sebarang dasar pelonggaran tambahan dan menjadi agak positif kepada dolar," kata Nick Trevethan, pakar strategi kanan ANZ di Singapura.
Analisis carta menunjukkan emas akan diuji pada paras rendah tahun ini seperti mana dicatatkan pada pertengahan Mei iaitu AS$1,527 dalam tempoh tiga bulan akan datang, namun harga memerlukan sokongan kuat untuk melepasi paras AS$1,600, tambahnya.
Spot emas susut sedikit 0.1 peratus kepada AS$1,712.31 seauns pada 0342 GMT, berubah sedikit sejak awal minggu ini.
Emas AS merosot sedikit 0.2 peratus kepada AS$1,712.90.
Spot emas mungkin jatuh kepada paras rendah 24 Oktober iaitu ASSSSS$1,698.39 seauns kerana lantunan daripada paras itu sudah berakhir, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.
Dolar bersedia untuk meningkat bagi tempoh dua hari sekali gus meletakkan tekanan kepada harga komoditi kerana ia menjadi lebih mahal kepada pembeli dalam mata wang lain.
Dalam laporan industri, pengeluar emas utama dunia, Barrick Gold Corp, mencatatkan kemerosotan mendadak dalam keuntungan dalam suku ketiga.
Newmont Mining Corp, pengeluar emas kedua terbesar dunia pula melaporkan bahawa keuntungan suku keduanya susut 26 peratus susulan peningkatan kos dan penyusutan dalam pengeluar tembaga serta lombong emas terbesar Indonesia.
Subscribe to:
Posts (Atom)









