Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 21 April 2014


Harga emas jatuh ke paras terendah dua setengah minggu dalam dagangan lengang cuti awam semalam, menerima kesan daripada aliran keluar dicatatkan dana pertukaran dagangan (ETF) bersandarkan jongkong emas dan pengukuhan nilai dolar.

Logam itu juga menerima kesan daripada jualan teknikal selepas ia tidak berupaya memegang pada AS$1,300 seauns pada sesi awal dagangan.

Emas semerta jatuh ke paras terendah dua setengah minggu pada AS$1,281.40, sebelum naik sedikit untuk diniagakan di bawah 0.6 peratus pada AS$1,286.41 pada 0353 GMT.

"Satu aspek ialah pasaran agak tipis semalam dan kecairan terhad, kata Victor Thianpiriya, penganalisis di ANZ.

Australia, Hong Kong dan London ditutup Isnin bagi menyambut Easter.

"Tetapi orang ramai bimbang akan kejatuhan hampir 10 tan dalam simpanan SPDR minggu lalu."

SPDR Gold Trust, institusi ETF bersandarkan jongkong emas terbesar dunia menyaksikan aliran keluar jongkong emas 9.3 tan minggu lalu.

Sebelum minggu lalu, dana itu menokok 6.2 tan daripada permulaan 2014.

Tahun lalu, aliran keluar besar-besaran daripada itu menyebabkan, sebahagiannya, kejatuhan 28 peratus harga.

Pelabur beralih melabur dalam pasaran saham yang kelihatan lebih menarik ketika ini berikutan Rizab Persekutuan mula mengambil langkah untuk menamatkan rangsangan monetari.

Disebabkan aliran keluar dana, pelabur jongkong emas tidak mengendahkan ketegangan geopolitik di Ukraine, yang sebelum ini memberi sokongan kepada harga emas.

Dalam perkembangan lain, Wall Street Jurnal melaporkan rundingan penggabungan antara Barrick Gold Corp dan Newmont Mining Corp, dua pengeluar emas terbesar dunia, mencapai jalan buntu. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment