Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 20 April 2014


Harga emas menuju ke 1.8 peratus kejatuhan mingguan semalam, terjejas dengan harapan bahawa usaha diplomatik boleh menenangkan keganasan di Ukraine dan mengukuhkan data ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Kebimbangan terhadap permintaan yang semakin perlahan di kalangan pengguna utama, China dan jualan berterusan daripada dana bersandarkan emas turut menyumbang kepada kejatuhannya sehingga di bawah AS$1,300 seauns.

Dalam dagangan tipis sempena cuti easter, spot emas tidak berubah pada AS$1,294.80 seauns pada 0920 GMT, manakala niaga hadapan emas untuk penghantaran Jun ditutup 0.8 peratus lebih rendah pada AS$1,293.90 seauns, kelmarin.

Tiada penetapan harga untuk emas London - penetapan harga tanda aras dua kali sehari - pada hari Jumaat dan Isnin kerana United Kingdom cuti.

Pasaran AS ditutup semalam.

"Harga emas jatuh minggu ini, sebagai bukti lanjut hasil peningkatan ekonomi AS.

"Apabila ekonomi AS seperti biasa, maka perdebatan di Rizab Persekutuan jelas memuncak mengenai bagaimana dan bila untuk menurunkan semula kadar faedah.

"Apabila ekonomi AS seperti biasa, maka perdebatan di Rizab Persekutuan jelas memuncak mengenai bagaimana dan bila untuk menurunkan semula kadar faedah," kata Bernard Dahdah, penganalisis Natixis.

Awal minggu ini, Presiden Fed, Janet Yellen mengulangi penderian dasar monetari yang akomodatif.

Kadar faedah yang rendah, yang mengurangkan kos untuk memegang emas yang bukan bertujuan untuk hasil berbanding aset-aset lain, telah menjadi suatu faktor penting memacu harga emas yang lebih tinggi.

Namun, kenyataan yellen itu telah diimbangi oleh data ekonomi AS yang menunjukkan aktiviti meningkat selepas gangguan oleh cuaca musim sejuk yang melampau. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment