Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 31 Oktober 2012


Harga emas meningkat sedikit semalam dan berada pada kedudukan kukuh untuk mencatatkan peninglkatan empat bulan berturut-turut. meskipun pelabur berada di luar pasaran menjelang pengumuman data pekerjaan Amerika Syarikat dan bencana taufan Sandy.

Harga emas bergerak sekitar AS$3 selepas didagangkan pada perubahan harga yang sedikit dalam volume yang kecil pada sesi sebelumnya, apabila ribut Sandy melanda di kebanyakan kawasan di timur AS.

Logam berharga itu berkemungkinan kekal pada jajaran harga yang sempit beberapa hari ini, menjelangnya pengumuman laporan utama gaji di AS minggu depan, kata peniaga dan penganalisis.

"Terdapat banyak acara berisiko senarai gaji bukan ladang, pilihan raya AS, perubahan kuasa di China dan mesyuarat polisi rutin oleh pelbagai bank pusat," kata peniaga yang berpangkalan di Singapura.

Pakar ekonomi menjangkakan pertumbuhan pekerjaan AS meningkat sedikit bulan ini, tetapi tidak cukup untuk mengekang peningkatan kadar penganggurannya bagi keempat tahun.

Emas meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,711.01 seauns pada 0722 GMT, penurunan bulanan lebih tiga peratus, iaitu penurunan tertinggi sejak Mei.

Emas AS diniagakan hampir tidak berubah pada AS$1,711.60.

Penganalisis teknikal menjangkakan harga emas meningkat kepada AS41,730 seauns kerana ia telah melepasi saluran penurunan sebelum ini, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.

pelabur menunggu keputusan pilihan raya presiden minggu depan untuk mendapatkan gambaran penuh mengenai langkah kerajaan seterusnya bagi membantu pertumbuhan ekonomi. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment