Harga emas meningkat semalam, melanjutkan kenaikkannya sehingga ke sesi ketujuh apabila prospek suram pertumbuhan global menyokong jangkaan lebih banyak langkah rangsangan akan diambil oleh bank pusat seluruh dunia.
Kelonggaran monetari seterusnya berkemungkinan meningkatkan inflasi, menarik pelabur beralih kepada emas kerana ia dilihat sebagai pelindung baik terhadap kenaikan harga.
Data yang dikeluarkan lebih awal semalam menunjukkan ekonomi Jepun berkembang lebih perlahan daripada jangkaan pada suku kedua, selepas beberapa perangkaan pada Jumaat memberi bayangan langkah pro pertumbuhan yang diambil China tidak mencukupi.
"Sentimen (terhadap emas) menjadi semakin baik sejak beberapa hari lalu dengan pelabur memberi tumpuan kepada bank pusat," kata penganalisis UBS Wealth Management di Singapura, Dominic Schnider.
Schnider berkata, emas akan menguji purata pergerakan 200 hari menghampiri AS$1,650 semasa simposium Rizab Persekutuan yang dijadualkan berlangsung akhir bulan ini di jackson Hole, Wyoming dan dijangka memberi penjelasan mengenai tingkah laku bank pusat itu terhadap langkah rangsangan seterusnya.
Spot emas meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,622.08 seauns semalam, selepas mencatatkan kenaikan mingguan hampir satu peratus.
Kontrak hadapan emas AS bagi penghantaran Disember meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,625.
Spot emas meningkat kepada AS$1,632 seauns sepanjang hari, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.
Peniaga emas fizikal Asia juga berada dalam "mode" tunggu dan lihat, menanti harganya menunjukkan aliran yang lebih jelas, kata peniaga.
Premium emas kepada platinum meningkat kepada paras tertinggi di atas AS$230 seauns, apabila platinum kekal di bawah tekanan daripada prospek ekonomi yang suram. - REUTERS
Berita Emas - 13 Ogos 2012
Berita Emas - 13 Ogos 2012
Harga emas susut Jumaat lalu, susulan penurunan pasaran saham Asia yang berehat daripada rali baru-baru ini namun masih berada pada landasan untuk kenaikan mingguan kali kedua dalam tempoh tiga minggu apabila diperkukuh harapan China akan mengambil langkah merangsang pertumbuhannya.
Emas susut 0.24 peratus kepada AS$1,613.26 seauns Jumaat lalu, selepas meningkat sedikit pada Khamis bersandar harapan untuk langkah rangsangan China selepas data menunjukkan aktiviti perkilangan perlahan tanpa diduga.
Keadan tidak menentu mengenai sama ada Rizab Persekutuan dan Bank Pusat Eropah (ECB) juga akan mengambil langkah merangsang ekonomi masing-masing telah menjejaskan pergerakan kukuh harga emas dan logam berharga itu kekal di bawah rekod tertinggi September tahun lalu di sekitar AS$1,920 seauns.
"Kami sebelum ini menyedari kebimbangan bahawa harga emas kelihatannya enggan berganjak daripada zon selesa AS$20 yang tertumpu kepada AS$1,610 dan risikonya ialah menguji semula paras lebih rendah," kata Ahli Strategi Komoditi Kanan ANZ Singapura, Nick Trevethan.
Saham Asia menghentikan rali empat harinya Jumaat lalu dan menambah kerugiannya selepas data perdagangan China tidak menepati jangkaan.
Bagaimanapun, data kurang memberangsangkan China itu menyalakan semula harapan supaya Beijing akan melakukan usaha lebih keras untuk merangsangkan pertumbuhannya.
Pengarah Lee Cheong Gold Dealers Hong Kong, Ronald Leung, berkata pelabur mengharapkan China untuk mengurangkan keperluan rizab bank dan menyuntik lebih banyak wang kec dalam pasaran.
Mereka juga mengharapkan satu lagi pusingan kelonggaran kuantitatif (QE) oleh Rizab Persekutuan jika data Amerika Syarikat (AS) lemah.
Pasaran menyandarkan harapan supaya ECB akan mula membeli bon kedaulatan untuk menurunkan kos pinjaman Sepanyol dan Rizab Persekutuan akan melanjutkan kelonggaran monetarinya, disebalik bayangan daripada pihak berkuasa bahawa tiada sebarang langkah akan diambil sebelum September.
"Pasaran kelihatannya agak bercampur-campur," kata Leung.
"Dalam bahagian fizikal, terdapat pelabur yang membeli sejumlah kecil emas namun dalam bahagian lain, sesetengahnya hanya mengambil untung." - REUTERS
Habib Jewels Rai 40 Orang Kanak-Kanak
Kuala Lumpur: Seramai 20 kakitangan Habib Jewels mengakhiri Program Rantaian Kasih Aidilfitri dengan melawat 40 kanak-kanak berpenyakit kronik di Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini semalam.
Pengurus Perhubungan Awam Komunikasi Pemasaran Habib Jewel, Yasheedah Yashaiya, berkata lawatan itu adalah penutup kepada program kemasyarakatan dijalankan syarikat itu sepanjang Ramadan ini.
“Sejak awal bulan lalu, kami mengadakan beberapa aktiviti seperti berbuka puasa bersama anak yatim serta ibu tunggal di Ampang dan ini adalah destinasi terakhir untuk program kali ini.
“Kami memilih untuk memberi fokus terutama kepada kanak-kanak yang tidak bernasib baik dan berpenyakit bagi mendekati mereka dengan lebih dekat, selain membantu apa yang termampu,” katanya.
Beliau berkata, menerusi kunjung itu, pihaknya berharap dapat meringankan derita mereka, terutama menjelang perayaan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
Berita Emas - 08 Ogos 2012
Emas ditutup hampir tidak berubah semalam selepas meningkat selama tiga hari, disokong harapan bahawa Eropah dan Amerika Syarikat (AS) akan melancarkan lebih banyak langkah rangsangan untuk mengukuhkan ekonominya yang semakin suram.
Pelabur mempertaruhkan bahawa krisis hutang di zon euro akan menekan Bank Pusat Eropah (ECB) untuk melancarkan pusingan baru belian bon tidak lama lagi, sekali gus mengukuhkan daya tarikan emas sebagai pelindung inflasi.
Dalam petunjuk terkini masalah di Eropah, agensi penarafan Standard & Poor's menyemak semula tinjauan Greece kepada negatif, dengan berkata negara dibelenggu hutang itu akanmemerlukan lebih banyak bantuan daripada penyedia kredit antarabangsa.
Di AS, Presiden Rizab Persekutuan Boston, Eric Rosengren, berkata bank pusat itu sepatutnya melancarkan satu lagi program belian bon dalam apa juga saiz atau tempoh untuk meletakkan ekonominya berada pada tempat sepatutnya.
"Emas masih lagi kelihatan memberangsangkan pada separuh kedua, dengan musim belian fizikal puncak berada dalam landasan dan lebih banyak lagi kelonggaran kuantitatif daripada Rizab Persekutuan masih dalam rancangan", kata penganalisis di Shanghai CIFCO Futures, Li Ning.
Beliau menambah, tinjauan teknikal bagi logam berharga juga kelihatannya memberi sokongan apabila paras rendah dalam carta mingguan telah meningkat secara berperingkat sejak Julai lalu.
Spot emas hampir tidak berubah pada AS$1,609.91 seauns semalam, selepas meningkat lebih daripada satu peratus dalam tiga suku sebelumnya.
Logam itu diniagakan dalam lingkungan kira-kira AS$3 setakat ini pada hari itu.
Kontrak hadapan emas AS bagi penghantaran Disember juga diniagakan hampir tidak berubah pada AS$1,612.60.
Analisis teknikal jangka pendek pula memberi bayangan bahawa spot emas boleh susut kepada AS$1,591 seauns pada hari itu, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.
Peniaga Emas Diculik Tiga Lelaki 15 Minit
Ipoh - Seorang peniaga emas melalui detik cemas apabila diculik tiga lelaki termasuk dua anggota pasukan simpanan sukarelawan polis (PVR) yang menyamar polis,di Tanjung Malim, kelmarin.
Bagaimanapun, suspek hanya sempat menculik mangsa berusia 53 tahun kira-kira 15 minit apabila polis menahan mereka di satu sekatan jalan raya.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, tiga suspek yang menaiki Proton Waja yang mempunyai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM), menghalang kereta Honda CRZ dinaiki mangsa di jalan berdekatan pejabat Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), Tanjung Malim.
Ketua Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata sebaik menghalang kenderaan mangsa, dua lelaki memakai vest seperti polis keluar dari kereta dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan meminta kad pengenalan mangsa.
Tahan suspek
Melihat mangsa mengesyaki sesuatu dan enggan memberi kerjasama termasuk menyerahkan wang tunai dan pelbagai barangan berharga lain, suspek menggari mangsa dan menariknya ke dalam kereta mereka.
“Selepas membawa mangsa sejauh kira-kira 10 kilometer, suspek panik dan cuba melarikan diri dengan meninggalkan kenderaanm ereka apabila terserempak dengan sekatan jalan di Kilometer 120, Jalan Ipoh-Behrang.
“Bagaimanapun, sepasukan polis yang bertugas di sekatan jalan itu dengan bantuan anggota kereta peronda polis berjaya menahan kesemua suspek," kata nya pada sidang media disini, semalam.
Kenderaan curi
Siasatan awal mendapati dua daripada suspek berusia 21 dan 25 tahun adalah anggota PVR yang bertugas di Shah Alam, Selangor, manakala seorang lagi juga berusia 25 tahun bekerja sebagai pemandu teksi.
Kereta digunakan suspek yang mirip kenderaan dinaiki pegawai penyiasat polis pula adalah kereta yang dilaporkan hilang di Seremban, Negeri Sembilan, pada 20 Julai lalu.
Kesemua suspek direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut. Mohd Dzuraidi berkata, mangsa cedera ringan di tangan kesan digari dengan kuat.
Tulisan : Jalal Ali Abdul Rahim
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
SKIM PELABURAN EMAS : Syarikat Labur Emas RM5 Bilion Tak Diluluskan BNM
Kuala Lumpur - Orang kenamaan, Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ahli perniagaan didakwa antara pelanggan sebuah syarikat pelaburan emas yang setakat ini dikatakan sudah mengumpul lebih RMS bilion.
Bagaimanapun, Syarikat itu, Genneva Malaysia Sdn Bhd disenaraikan entiti tidak diberikan kebenaran atau kelulusan menjalankan kegiatan pelaburan di bawah undang-undang dan peraturan Bank Negara Malaysia (BNM), kata bank pusat itu dalam kenyataannya, kelmarin.
Awal bulan lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan transaksi pelaburan emas yang dibuat Syarikat itu, tidak mematuhi hukum syarak kerana tidak mematuhi garis panduan Pelaburan Emas sebagai mana diperakukan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada Oktober tahun lalu.
Gagal padamkan maklumat dalam laman web
Semalam, satu laporan polis dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, mendakwa Syarikat itu gagal memadam maklumat dalam laman webnya yang menyatakan pelaburan emas dibuatnya mematuhi hukum syarak.
Pegawai kerja PPIM, Mustafa Hamzah, berkata tindakan itu jelas melanggar ketetapan yang dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan dan Bank Negara kerana Syarikat berkenaan masih menyatakan pelaburan yang dibuat mematuhi hukum syarak bagi menarik pelanggan.
“PPIM menggesa Syarikat itu supaya mengeluarkan perkataan “produk berlandaskan syariah' yang masih ada dalam laman webnya kerana ia mengelirukan pengguna dan pelabur.
“Laporan polis ini dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat syarikat berkenaan bagi memastikan pengguna tidak tertipu dengan skim yang meragukan,” katanya.
Kes ke IPD Brickflelds
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan itu namun kes dipindahkan ke IPD Brickfields berikutan syarikat pelaburan berkenaan berpangkalan di Jalan Kuchai Lama.
“Bagaimanapun, polis ingin menasihatkan orang ramai yang mahu membuat pelaburan tidak kira apa juga pelaburan, termasuk emas agar melakukan semakan terlebih dulu sama ada bentuk pelaburan itu sah di sisi undang-undang atau sebaliknya,” katanya.
Tulisan : Shaarani Ismail & Nor Azizah Mokhtar
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/










