Berita Emas - 14 April 2014
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
ABN Amro,
Arkib Berita Harian 2014,
Crimea,
Geogette Boele,
Perang Ukraine - Russia,
Petikan Berita Harian,
SPDR Gold Trust
Emas melonjak ke paras tertinggi tiga minggu semalam berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Ukraine.
Palladium mencecah paras tertinggi baharu sejak Ogos 2011 pada AS$814.20 satu auns disebabkan kebimbangan tidak cukup bekalan susulan sekatan baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas pengeluar utama Russia dan mogok pekerja lombong di Afrika Selatan.
Ukraine memberikan puak pemisah pro-Russia tempoh sehingga pagi Isnin lalu untuk gencatan senjata atau berhadapan operasi ketenteraan secara besar-besaran.
Sementara itu, Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan krisis berkenaan.
Emas semerta menokok 0.5 peratus kepada AS$1,324.90 satu auns pada 0944 GMT, manakala dagangan hadapan emas bagi penghantaran Jun naik pada marjin sama kepada AS$1,325.20 satu auns.
"Ketegangan antara Russia dan Barat berhubung Ukraine memberikan sokongan kepada emas, sungguhpun kekukuhan sokongan lebih dominan datang daripada jangkaan kadar faedah di AS akan kekal rendah untuk tempoh lebih lama.
"Tetapi, berikutan data AS terus mengukuh, mungkin akan berlaku penyelarasan dalam jangkaan kadar faedah dan apabila ia berlaku emas akan menerima kesannya.
"Bagi situasi geopolitik, ia lebih sukar untuk diramal tetapi saya tidak menjangka krisis akan menjadi amat buruk dan harga pula dijangka tidak akan melepasi paras AS$1.391 pada pertengahan Mac, kata penganalisis di ABN Amro, Geogette Boele.
Aliran keluar emas berterusan dicatatkan SPDR Gold Trust, menandakan sentimen pelabur dan keyakinan prospek jangka panjang.
Pegangan dana itu susut 1.80 tan kepada 804.42 tan Jumaat lalu.
Pembelian di pasaran fizikal masih tipis dengan harga dagangan di China berada pada diskaun berbanding emas semerta.
Palladium naik satu peratus kepada AS$808 satu auns, berada di landasan kukuh untuk mencatat kenaikan sesi kelima.
Hubungan antara Russia dan Barat adalah yang terburuk sejak Perang Dingin, selepas Moscow menambahkan Crimea ke dalam negaranya, bersandarkan alasan rakyatnya berhadapan ancaman.
"AS bersedia mengenakan sekatan ke atas Moscow sekiranya tindakan tentera pro-Russia di timur Ukraine berterusan, " kata pegawai kanan utusan khas AS.
Sekatan akan tertumpu, antaranya kepada perlombongan, perbankan dan tenaga. - REUTERS
Comments(0)
Berita Emas - 13 April 2014
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
AGENSI,
Arkib Berita Harian 2014,
Brian Lan,
Bursa Komiditi New York,
Bursa Malaysia Derivatif,
Comex,
GoldSilver Central Pte Ltd,
Phillip Futures Sdn Bhd,
Thomas Yew Jia-Jong
Emas didagangkan menghampiri paras tertingginya dalam tempoh dua setengah minggu pada minggu lalu, berada pada landasan kukuh mencatatkan paras tertinggi mingguannya dalam sebulan susulan pasaran ekuiti yang lemah.
Peningkatan itu juga didorong harapan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan menangguhkan rancangan menaikkan kadar faedah.
Emas diniagakan stabil pada AS$1,317.50 satu auns pada 0647 GMT, selepas mencatatkan peningkatan selama tiga hari berturut-turut.
Logam berharga itu meningkat 1.2 peratus minggu ini dan mencatatkan paras tertingginya iaitu AS$1,324.40, peningkatan tertinggi sejak 24 Mac lalu.
Harga emas dijangka berdepan risiko kehilangan momentum kerana aliran keluar dana emas yang berterusan dan peningkatan permintaan fizikal di Asia yang masih lemah.
"Emas mempunyai julat perdagangan yang lebih tinggi tetapi melainkan ia ditutup pada paras melebihi AS$1,325 dan tidak fikir ia akan dapat memegang keuntungan yang lama.
"Sekiranya harga emas susut di bawah AS$1,300, kita boleh menjangkakan permintaan fizikal kembali meningkat," kata Pengarah Urusan GoldSilver Central Pte Ltd di Singapura, Brian Lan.
Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi dengan sokongan belian berterusan.
Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Thomas Yew Jia-Jong, berkata pasaran niaga hadapan emas juga mengikut kenaikan semalaman di pasaran emas Bursa Komiditi New York (Comex).
Ketika ditutup, April 2014, Mei 2014, Jun 2014 dan Julai 2014 naik 70 sen atau 14 mata setiap satu, masing-masing kepada RM138.00, RM138.30, RM138.55 dan RM138.90 segram.
Kedudukan terbuka susut kepada 2,587 kontrak berbanding 2,599 kontrak sebelumnya, manakala jumlah dagangan meningkat kepada 910 lot bernilai RM12.398 juta daripada 613 lot bernilai RM8.35 juta.
Emas fizikal susut enam sen untuk ditutup pada RM132.56 satu gram. - Agensi
Berita Emas - 11 April 2014
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
AGENSI,
Arkib Berita Harian 2014,
Brian Lan,
Bursa Komiditi New York,
Bursa Malaysia Derivatif,
Comex,
GoldSilver Central Pte Ltd,
Phillip Futures Sdn Bhd,
Thomas Yew Jia-Jong
Emas didagangkan menghampiri paras tertingginya dalam tempoh dua setengah minggu semalam, berada pada landasan kukuh mencatatkan paras tertinggi mingguannya dalam sebulan susulan pasaran ekuiti yang lemah.
peningkatan itu juga didorong oleh harapan yang Rizab persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan menangguhkan rancangan untuk menaikkan kadar faedah.
Emas diniagakan stabilmpada AS$1,317.50 seauns pada 0647 GMT, selepas mencatatkan peningkatan selama tiga hari berturut-turut.
Logam berharga itu meningkat 1.2 peratus minggu ini, dan mencatatkan paras tertinggi, AS$1,324.40 semalam, iaitu peningkatan tertinggi dicatatkan sejak 24 Mac lalu.
Harga emas dijangkakan berdepan risiko kehilangan momentum kerana aliran keluar dana emas yang berterusan dan permintaan fizikal di Asia yang masih lemah, kata peniaga.
"Emas mempunyai julat perdagangan yang lebih tinggi tetapi melainkan ia ditutup pada paras melebihi AS$1,325 seauns dan kami tidak fikir ia akan dapat memegang keuntungan yang lama.
"Namun, sekiranya harga emas susut di bawah AS$1,300, kita boleh menjangkakan permintaan fizikal kembali meningkat," kata Pengarah Urusan GoldSilver Central Pte Ltd di Singapura, Brian Lan.
Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi dengan sokongan belian berterusan, kata peniaga.
Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Thomas Yew Jia-Jong, berkata pasaran niaga hadapan emas juga mengikut kenaikan semalaman di pasaran emas Bursa Komiditi New York (Comex).
Ketika ditutup, April 2014, Mei 2014, Jun 2014 dan Julai 2014 naik 70 sen atau 14 mata setiap satu, masing-masing kepada RM138.00, RM138.30, RM138.55 dan RM138.90 segram.
Kedudukan terbuka susut kepada 2,587 kontrak berbanding 2,599 kontrak sebelumnya, manakala jumlah dagangan meningkat kepada 910 lot bernilai RM12.398 juta daripada 613 lot bernilai RM8.35 juta.
Emas fizikal susut enam sen untuk ditutup pada RM132.56 satu gram. - Agensi
Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Thomas Yew Jia-Jong, berkata pasaran niaga hadapan emas juga mengikut kenaikan semalaman di pasaran emas Bursa Komiditi New York (Comex).
Ketika ditutup, April 2014, Mei 2014, Jun 2014 dan Julai 2014 naik 70 sen atau 14 mata setiap satu, masing-masing kepada RM138.00, RM138.30, RM138.55 dan RM138.90 segram.
Kedudukan terbuka susut kepada 2,587 kontrak berbanding 2,599 kontrak sebelumnya, manakala jumlah dagangan meningkat kepada 910 lot bernilai RM12.398 juta daripada 613 lot bernilai RM8.35 juta.
Emas fizikal susut enam sen untuk ditutup pada RM132.56 satu gram. - Agensi
Berita Emas - 10 April 2014
Emas meneruskan kenaikan untuk sesi ketiga semalam, menjejaki paras tertinggi dua minggu baru, selepas minit mesyuarat dasar Rizab Persekutuan menunjukkan pegawainya tidak berminat untuk menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat.
Harga emas menerima tekanan bulan lalu selepas Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen berkata bank pusat AS itu berkemungkinan menamatkan program pembelian bon pada musim luruh ini dan berkemungkinan mula menaikkan kadar faedah dalam tempoh kira-kira enam bulan akan datang.
Kadar faedah rendah, yang menghalang peluang memegang jongkong emas berbanding aset lain, adalah faktor penting memacu harga emas dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Minit mesyuarat Mac 18-19 yang dikeluarkan Rabu menunjukkan pembuat dasar sebulat suara mahu menghapuskan sebarang dasar yang bersifat lebih ketat dan tidak mendedahkan sebarang perbincangan berhubung mengekalkan kadar faedah pada kadar hampir sifar untuk tempoh tertentu.
"Perkara utama dalam minit mesyuarat ialah : tidak perubahan, sebarang persepsi mencadangkan dasar yang agresif adalah komunikasi yang tidak tepat," kata penganalisis di Phillip Futures, Joyce Liu.
Emas semerta menokok AS$1,318.10 seauns, paras tertinggi sejak 24 Mac, sebelum ditutup 0.4 peratus lebih tinggi pada AS$1,317.10 pada 0636 GMT.
Ia menokok 1.2 peratus dalam dua sesi sebelum ini, juga dibantu ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Ukraine yang menambah tarikan emas sebagai pelaburan selamat.
Emas memulakan 2014 dengan baik selepas mencatat penurunan 28 peratus pada 2013, tetapi mencatat penyusutan bulanan pertama tahun ini pada Mac berikutan kebimbangan Rizab persekutuan berkemungkinan menaikkan kadar faedah. - REUTERS
Berita Emas - 09 April 2014
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita Harian 2014,
Bank Pusat Eropah,
ECB,
Kiev,
Ole Hansen,
Pengerusi Rizab Persekutuan,
REUTERS,
Saxo Bank,
VTB Capital
Emas berada stabil semalam menjelang penerbitan minit mesyuarat dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FOMC) sambil kebimbangan berhubung ketegangan di Ukraine mengimbangi nilai dolar lebih kukuh dan aliran keluar baharu daripada dana sokongan logam berharga.
Kebimbangan berhubung pertikaian antara Russia dan Ukraine serta momentum teknikal setelah melepasi AS$1,300 membantu meningkatkan emas ke harga tertingginya dalm tempoh dua minggu pada Selasa.
Namun, kedudukan tidak menentu berhubung dasar monetari AS serta kurangnya selera pelabur dan fizikal telah menyekat rali itu.
Spot emas berada pada AS$1,309.19 seauns semalam, meningkat 0.1 peratus namun berada di bawah paras tinggi sebelumnya pada AS$1,314 seauns.
Sementara itu, niaga hadapan emas AS bagi penghantaran Jun meningkat 70 sen seauns pada AS$1,309.80.
"Geopolitik dan penurunan dolar memberikan emas insentif yang diperlukannya untuk melepasi paras lebih tinggi, namun setakat ini ia berlaku tanpa sebarang penekanan yang kukuh," kata Ketrua Penyelidik Saxo Bank, Ole Hansen.
"Mereka yang memegang pandangan bulis bagaimanapun terpaksa bergantung kepada situasi geopolitik supaya terus meningkat yang membolehkannya kembali berada di atas paras rintangan, yang pada pendapat saya berada pada AS$1,321."
Russia semalam mengenepikan kebimbangan 'tidak berasas' di Kiev dan Barat berhubung kehadiran tenteranya berhampiran sempadan Ukraine, dengan berkata mereka tidak memberikan sebarang ancaman sambil menuduh Washington mencetuskan ketegangan di wilayah itu.
Saham Eropah meningkat hampir separuh peratus selepas beberapa hari yang sukar apabila ketegangan bertambah di Ukraine dan Bank Pusat Eropah (ECB) melumpuhkan harapan satu program pembelian aset besar-besaran baharu.
Indeks dolar meninggalkan paras terendah tiga minggu untuk meningkat 0.1 peratus, dengan pemulihan berbanding yen Jepun selepas merekodkan penurunan terbesar dalam tempoh tujuh bulan.
"Kami tidak melihat lebih banyak kenaikan bagi emas di sini melainkan dolar jatuh lebih teruk atau ketegangan di Ukraine meningkat sekali lagi," kata VTB Capital dalam satu nota. - REUTERS
Berita Emas - 08 April 2014
Harga emas meningkat melebihi satu peratus semalam, dipacu oleh pembelian teknikal selepas melebihi paras AS$1,300 seauns, sementara peningkatan ketegangan geopolitik di Ukraine menyokong logam berharga itu.
Peningkatan emas itu hadir walaupun lonjakan mendadak pasaran saham Asia dan permintaan rendah di negara pembeli utama, China di mana harga berada pada diskaun melebihi satu bulan.
Spot emas meningkat kepada sesi tinggi iaitu AS41,309.80 sebelum jatuh semula sedikit untuk didagangan meningkat 0.9 peratus kepada AS$1,307.41 pada 0659 GMT.
Niaga hadapan emas untuk penghantaran Jun menambah 1.1 peratus kepada AS$1,311.90 seauns.
Gambaran teknikal seolah-olah menunjukkan pembaharuan berbanding beberapa sesi sebelum ini selepas harga melepasi paras AS$1,300, namun kegagalan mengatasi rintangan kepada AS$1,322 memberi petanda bermulanya semula tekanan kelembapan, kata penganalisis.
Harga logam itu pulih 2.7 peratus daripada tujuh minggu rendah AS$1,277.29 awal minggu lalu, apabila pelabur mengurangkan kebergantungan kepada jangkaan data ekonomi kukuh daripada AS yang berkemampuan mencadangkan dasar monetari ketat lebih cepat.
"Berhenti pada paras melebihi AS$1,300 seperti mana cubaan kita untuk mencapai paras itu sejak dagangan awal di Asia," kata seorang peniaga berpangkalan di Hong Kong.
logam berharga itu susut di bawah AS41,300 pada sesi sebelumnya ekoran rali pendek selepas pengumuman data pekerjaan AS.
Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah semalam berikutan kurangnya petunjuk baru, kata peniaga.
Pada penutup, April 2014, Mei 2014, Jun 2014 dan Julai 2014 susut 15 sen, atau tiga mata kepada RM136.80, RM137.00, RM137.25 dan RM137.60 segram.
Kedudukan terbuka susut kepada 2,448 kontrak berbanding 2,697 kontrak kelmarin, manakala jumlah dagangan berkurang kepada 882 lot bernilai RM12.02 juta berbanding 1,025 lot bernilai RM13.97 juta.
Harga emas fizikal meningkat 27 sen untuk ditutup pada RM132.32 segram. - REUTERS / BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)













