Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 10 April 2014


Emas meneruskan kenaikan untuk sesi ketiga semalam, menjejaki paras tertinggi dua minggu baru, selepas minit mesyuarat dasar Rizab Persekutuan menunjukkan pegawainya tidak berminat untuk menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat.

Harga emas menerima tekanan bulan lalu selepas Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen berkata bank pusat AS itu berkemungkinan menamatkan program pembelian bon pada musim luruh ini dan berkemungkinan mula menaikkan kadar faedah dalam tempoh kira-kira enam bulan akan datang.

Kadar faedah rendah, yang menghalang peluang memegang jongkong emas berbanding aset lain, adalah faktor penting memacu harga emas dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Minit mesyuarat Mac 18-19 yang dikeluarkan Rabu menunjukkan pembuat dasar sebulat suara mahu menghapuskan sebarang dasar yang bersifat lebih ketat dan tidak mendedahkan sebarang perbincangan berhubung mengekalkan kadar faedah pada kadar hampir sifar untuk tempoh tertentu.

"Perkara utama dalam minit mesyuarat ialah : tidak perubahan, sebarang persepsi mencadangkan dasar yang agresif adalah komunikasi yang tidak tepat," kata penganalisis di Phillip Futures, Joyce Liu.

Emas semerta menokok AS$1,318.10 seauns, paras tertinggi sejak 24 Mac, sebelum ditutup 0.4 peratus lebih tinggi pada AS$1,317.10 pada 0636 GMT.

Ia menokok 1.2 peratus dalam dua sesi sebelum ini, juga dibantu ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Ukraine yang menambah tarikan emas sebagai pelaburan selamat.

Emas memulakan 2014 dengan baik selepas mencatat penurunan 28 peratus pada 2013, tetapi mencatat penyusutan bulanan pertama tahun ini pada Mac berikutan kebimbangan Rizab persekutuan berkemungkinan menaikkan kadar faedah. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment