Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 08 April 2014


Harga emas meningkat melebihi satu peratus semalam, dipacu oleh pembelian teknikal selepas melebihi paras AS$1,300 seauns, sementara peningkatan ketegangan geopolitik di Ukraine menyokong logam berharga itu.

Peningkatan emas itu hadir walaupun lonjakan mendadak pasaran saham Asia dan permintaan rendah di negara pembeli utama, China di mana harga berada pada diskaun melebihi satu bulan.

Spot emas meningkat kepada sesi tinggi iaitu AS41,309.80 sebelum jatuh semula sedikit untuk didagangan meningkat 0.9 peratus kepada AS$1,307.41 pada 0659 GMT.

Niaga hadapan emas untuk penghantaran Jun menambah 1.1 peratus kepada AS$1,311.90 seauns.

Gambaran teknikal seolah-olah menunjukkan pembaharuan berbanding beberapa sesi sebelum ini selepas harga melepasi paras AS$1,300, namun kegagalan mengatasi rintangan kepada AS$1,322 memberi petanda bermulanya semula tekanan kelembapan, kata penganalisis.

Harga logam itu pulih 2.7 peratus daripada tujuh minggu rendah AS$1,277.29 awal minggu lalu, apabila pelabur mengurangkan kebergantungan kepada jangkaan data ekonomi kukuh daripada AS yang berkemampuan mencadangkan dasar monetari ketat lebih cepat.

"Berhenti pada paras melebihi AS$1,300 seperti mana cubaan kita untuk mencapai paras itu sejak dagangan awal di Asia," kata seorang peniaga berpangkalan di Hong Kong.

logam berharga itu susut di bawah AS41,300 pada sesi sebelumnya ekoran rali pendek selepas pengumuman data pekerjaan AS.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah semalam berikutan kurangnya petunjuk baru, kata peniaga.

Pada penutup, April 2014, Mei 2014, Jun 2014 dan Julai 2014 susut 15 sen, atau tiga mata kepada RM136.80, RM137.00, RM137.25 dan RM137.60 segram.

Kedudukan terbuka susut kepada 2,448 kontrak berbanding 2,697 kontrak kelmarin, manakala jumlah dagangan berkurang kepada 882 lot bernilai RM12.02 juta berbanding 1,025 lot bernilai RM13.97 juta.

Harga emas fizikal meningkat 27 sen untuk ditutup pada RM132.32 segram. - REUTERS / BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment