Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 13 April 2014


Emas didagangkan menghampiri paras tertingginya dalam tempoh dua setengah minggu pada minggu lalu, berada pada landasan kukuh mencatatkan paras tertinggi mingguannya dalam sebulan susulan pasaran ekuiti yang lemah.

Peningkatan itu juga didorong harapan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan menangguhkan rancangan menaikkan kadar faedah.

Emas diniagakan stabil pada AS$1,317.50 satu auns pada 0647 GMT, selepas mencatatkan peningkatan selama tiga hari berturut-turut.

Logam berharga itu meningkat 1.2 peratus minggu ini dan mencatatkan paras tertingginya iaitu AS$1,324.40, peningkatan tertinggi sejak 24 Mac lalu.

Harga emas dijangka berdepan risiko kehilangan momentum kerana aliran keluar dana emas yang berterusan dan peningkatan permintaan fizikal di Asia yang masih lemah.

"Emas mempunyai julat perdagangan yang lebih tinggi tetapi melainkan ia ditutup pada paras melebihi AS$1,325 dan tidak fikir ia akan dapat memegang keuntungan yang lama.

"Sekiranya harga emas susut di bawah AS$1,300, kita boleh menjangkakan permintaan fizikal kembali meningkat," kata Pengarah Urusan GoldSilver Central Pte Ltd di Singapura, Brian Lan.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi dengan sokongan belian berterusan.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Thomas Yew Jia-Jong, berkata pasaran niaga hadapan emas juga mengikut kenaikan semalaman di pasaran emas Bursa Komiditi New York (Comex).

Ketika ditutup, April 2014, Mei 2014, Jun 2014 dan Julai 2014 naik 70 sen atau 14 mata setiap satu, masing-masing kepada RM138.00, RM138.30, RM138.55 dan RM138.90 segram.

Kedudukan terbuka susut kepada 2,587 kontrak berbanding 2,599 kontrak sebelumnya, manakala jumlah dagangan meningkat kepada 910 lot bernilai RM12.398 juta daripada 613 lot bernilai RM8.35 juta.

Emas fizikal susut enam sen untuk ditutup pada RM132.56 satu gram. - Agensi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment