Berita Emas - 06 November 2013
Emas bergelut untuk membebaskan diri daripada kerugian paling lama selama enam bulan ketika keraguan berhubung bila Rizab Persekutuan AS akan mula mengurangkan kembali langkah rangsangan.
Logam itu kerugian kira-kira tiga peratus sejak 28 Oktober, menetapkan jangka kerugianpaling lama sejak pertengahan Mei, apabila ia jatuh lapan peratus dalam tempoh tujuh hari.
Penganalisis percaya emas boleh jatuh di bawah paras AS$1,300 menjelang laporan gaji bukan pertanian pada Jumaat.
Emas telah kehilangan satu perlima daripada nilainya setakat ini tahun ini kerana ekonomi yang bertambah baik dan telah mendorong pelabur untuk beralih ke saham dan juga kepada Fed untuk berfikir mengenai pengurangan rangsangan.
Spot emas hampir tidak berubah pada AS$1,311.59 seauns pada 0728 GMT, semalam.
Sementara itu, niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup tinggi semalam dengan pembelian semasa harga murah setelah harga emas di pasaran emas global turun dengan ketara pada Isnin.
Peniaga Philip Futures Sdn Bhd, Nicole So Siew Chien, berkata logam berharga itu mengalami tekanan berikutan data bukan pembuatan Institut Pengurusan Bekalan AS kukuh yang dikeluarkan kelmarin, memberi gambaran peningkatan ekonomi AS.
'Pelabur pasaran akan memantau data ekonomi AS setelah pemulihan ekonomi dan peningkatan yang kukuh dalam pasaran buruh menjadi faktor utama kepada pengurangan rangsangan," katanya.
Kontrak November 2013 dan Disember 2013 menokok 15 mata asas masing-masing kepada RM135.05 segram dan RM135.55 segram.
JUmlah dagangan naik kepada 467 lot bernilai RM6.3 juta daripada Isnin pada 228 lot bernilai RM3.07 juta. Kedudukan terbuka naik kepada 921 kontrak daripada 770 kontrak sebelumnya. - AGENSI
JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo
Berita Emas - 04 November 2013
Emas susut untuk enam sesi berturut-turut semalam dengan diniagakan hampir dua minggu rendah ketika ketidaktentuan yang baru apabila Rizab Persekutuan AS akan mengurangkan balik langkah rangsangnya menjejaskan sentimen.
Bulan lalu, bank pusat AS itu berkata ia akan terus melaksanakan pembelian bon bernilai AS$85 bilion sebulan dengan mengaitkan perdebatan mengenai bajet di Washington dan keperluan data ekonomi yang lebih kukuh, mendorong ramai pihak percaya penamatan program itu tidak akan berlaku sehingga tahun depan.
Bagaimanapun, data yang kukuh terhadap pengeluaran kilang AS baru-baru ini dan pengangguran telah membawa kembali kemungkinan bahawa ia mungkin mula dikurangkan kembali tahun ini.
"Terdapat kebimbangan kini di pasaran bahawa penamatan pada Disember adalah mungkin berlaku. Pergerakan dolar juga menjejaskan emas. Sehingga kita mendapat gambaran yang jelas menganai pelan Fed, emas akan bertindak balas kepada data," kata peniaga logam berharga di Hong Kong.
Spot emas jatuh 0.06 peratus kepada AS$1,313.95 seauns pada 0715 GMT, manakala indeks dolar menghampiri paras tertinggi enam minggu. Emas jatuh ke paras rendah AS$1,305.69 pada Jumaat, terendah sejak 17 Oktober.
Sementara itu, dagangan hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup lebih rendah semalam dalam dagangan kecil kerana pelabur enggan membeli menjelang cuti umum sempena Awal Muharam hari ini.
Peniaga di Philip Futures Sdn Bhd, Nicole So Siew Chien, berkata pasaran emas global lengang apabila pelabur menunggu keputusan mesyuarat Bank Pusat Eropah serta data pekerjaan bulanan AS, yang akan diumumkan kemudian minggu ini.
Dalam pasaran tunai, premium harga emas di India masih AS$120 hingga AS$130 seauns berbanding harga di London.
"Kenaikan harga ini mendorong warga India, pembeli emas terbesar dunia, mencari hadiah alternatif seperti barang kemas yang diperbuat daripada perak atau berlian untuk menyambut perayaan Deepavali dan Dhanteras, sekaligus menambah tekanan kepada harga emas," katanya.
Kontrak bulan semasa November 2013 turun tiga mata asas kepada RM134.35 segram dan Disember 2013 susut empat mata asas kepada RM134.80 segram.
Jumlah dagangan mengecil kepada 228 lot bernilai RM3.07 juta daripada 456 lot bernilai RM6.24 juta pada Jumaat lalu. - AGENSI
JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo
PANAS !!! JANA PENDAPATAN PASIF ( 1 KLIK = RM0.15)
Bosan tiada sales dalam program affiliate pay per sale (PPS) yang disertai?
Di IklanSticky.com, kami sedia membayar komisyen tanpa pelawat membuat pembelian. Komisyen anda akan bayar komisyen berdasarkan beberapa klik yang anda berjaya kumpul dalam sesuatu kempen. Kami namakannya program Pay Per Click (PPC).
Program PPC Paling Sempoi
Kami adalah platform PPC yang paling sempoi dan paling mudah menolong anda menjana pendapatan di internet sebagai seorang agen Iklansticky.
Kadar Bayaran Per Klik Tinggi
Dengan setiap klik yang dihasilkan, anda akan dibayar RM0.15, semakin banyak klik anda dapat, semakin banyak komisyen akan dibayar pada hujung bulan nanti.
Lebih Senang Hasil Klik
Copy dan paste banner yang menarik dalam pelbagai saiz untuk menarik perhatian pelawat.
Cash out Yang Senang
Sebaik sahaja anda berjaya mengumpul min 100 klik atau bersamaan RM15.00. Komisyen akan dibayar terus ke akaun bank anda.
Klik sini untuk maklumat lanjut : http://bit.ly/1bRUrYo
Berita Emas - 03 November 2013
Emas jatuh kira-kira satu peratus pada Jumaat, mencatatkan kerugian mingguan terbesar dalam tujuh minggu, ketika kebimbangan baru mengenai Rizab Persekutuan AS boleh mengurangkan kembali rangsangan pembelian bon yang mendorong pelabur emas untuk mengurangkan kedudukan.
Logam berharga itu turun tiga peratus selama seminggu, menterbalikkan dua keuntungan mingguan berturut-turut.
presiden Richmond Fed, Jeffrey Sampang, berkata pada Jumaat bahawa pasaran buruh AS telah pulih dengan mencukupi dalam 14 bulan lalu bagi membolehkan bank pusat mengurangkan rangsangan itu.
Dana dan pelabur institusi telah membeli emas pada beberapa tahun kebelakangani sebagai lindung nilai terhadap inflasi dan tindakan monetari oleh bank pusat.
"Secara keseluruhan, pelabur sudah menjangkakan pengurangan dalam pelonggaran dasar monetari. Jadi, walaupun tidak ada perubahan yang berkuatkuasa tahun ini, pasaran menjual pada jangkaan Fed akan menamatkan program rangsangan itu akhirnya," kata penganalisis logam berharga di Kumpulan PKM, Erica Rannestad.
Spot emas turun 0.9 peratus pada AS$1,311.50 seauns pada 1857 GMT.
Sementara itu, dagangan kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative dijangka tidak menentu minggu ini dengan pelabur berhati-hati berikutan bimbang Rizab Persekutuan AS mungkin mula melaksanakan pelonggaran rangsangan monetarinya.
Seorang peniaga berkata pelabur dijangka mengambil sikap tunggu dan lihat minggu ini, memantau perkembangan di AS berikutan spekulasi bahawa Fed akan menangguhkan pelonggaran kuantitatif untuk tempoh yang lebih lama.
Bagaimanapun, pasaran tinggi dan mengharapkan Fed mengekalkan program itu sehingga suku pertama 2014.
Bagi minggu yang baru berakhir, 1,544 lot bernilai RM21.03 juta didagangkan manakala kepentingan terbuka pada Jumaat sebanyak 1,03 2 kontrak. - AGENSI
JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo
Berita Emas - 01 November 2013
Emas susut kepada paras rendah satu minggu semalam walaupun Rizab Persekutuan AS mengekalkan langkah rangsangan ekonomi dengan pelabur mengambil untung dari kenaikan harga baru-baru ini.
Logam berharga itu meningkat kira-kira lapan peratus untuk mencapai paras tiga minggu tinggi pada 15 Oktober menerusi jangkaan keputusan Fed, menerajui pembetulan harga pada Rabu selepas kenyataan dari bank sejajar dengan jangkaan.
Emas turut terjejas dengan penurunan, mendadak perak ekoran penjualan dan pengukuhan dolar AS.
"Harga di bawah paras tekanan selepas sedikit kecairan pada kedudukan kerana tiada perkara baru daripada mesyuarat itu," kata Peter Fung, ketua peniaga di Wing Fung Precious Metals di Hong Kong.
"Harga meningkat pantas daripada AS$1,360 susulan langkah Fed - ia menunjukkan mengapa pelabur mengambil untung."
Spot emas susut 0.6 peratus kepada AS$1,334.59 seauns pada 0731 GMT, selepas jatuh AS$1,333.04 sebelum ini kepada paras terendah sejak 24 Oktober.
Niaga hadapan emas Comex jatuh satu peratus kepada paras rendah satu minggu iaitu AS$1,33 2.70, sementara perak susut hampir tiga peratus.
Harga di Shanghai Gold Exchange pula berada pada trend lebih rendah berbanding harga global ekoran kebimbangan terhadap kerapuhan tunai.
Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup rendah semalam walaupun Rizab Persekutuan AS memberi jaminan untuk mengekalkan rangsangan ekonomi.
Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Liam Kian Yap, berkata penurunan itu disebabkan pelabur mengambil untung berikutan peningkatan baru-baru ini.
"Harga emas meningkat kira-kira lapan peratus sejak 15 Oktober berikutan jangkaan keputusan Rizab Persekutuan AS itu, yang menjurus kepada pembetulan harga selepas bank pusat AS membuat kenyataan selari dengan unjuran itu," katanya.
Kontrak Oktober 2013 turun sembilan mata untuk ditutup pada RM136.75 segram, November 2013 susut 12 mata kepada RM136.90 segram dan Disember 2013 susut 12 mata kepada RM137.45 segram.
Jumlah dagangan meningkat kepada 377 lot bernilai RM5.16 juta berbanding 174 lot bernilai RM2.74 juta pada Rabu.
Kedudukan terbuka meningkat kepada 971 kontrak berbanding 727 kontrak kelmarin. - REUTERS
JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo
Berita Emas - 30 Oktober 2013
Emas meningkat semalam ekoran pelabur menjangkakan Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan program rangsangan namun logam berkenaan masih didagangkan di bawah paras tertinggi selama lima minggu.
Emas meningkat sekitar tujuh peratus daripada tempoh tiga bulan terendah pada 15 Oktober, dengan harapan data AS yang lemah dan pertelingkahan belanjawan di Washington akan membuatkan Rizab Persekutuan menangguhkan hasrat untuk menghentikan pembelian bon bulanan bernilai AS$85 bilion sebulan.
Emas spot naik 0.2 peratus kepada AS$1,346.11 seauns selepas mencecah paras terendah iaitu AS$1,339.14 sebelum ini.
Harga emas susut pada Selasa daripada sesi terdahulu ekoran pedagang mengambil keuntungan selepas dolar mengukuh, menaikkan kemungkinan bahawa Rizab Persekutuan mungkin telah bersedia untuk menghentikan programnya.
"Emas sentiasa di paras tertinggi kerana komiditi berkenaan adalah yang paling terdedah kepada sebarang keputusan yang dibuat oleh Rizab Persekutuan untuk mengurangkan pembelian bon," kata ahli ekonomi di CIMB, Song Seng Wun.
Sementara itu, kontrak hadapan emas tinggi pada tengahari semalam mendapat rangsangan daripada belian berharga murah terpilih, kata peniaga.
Pada rehat tengahari, bulan sementara Oktober 2013 naik tiga mata kepada RM136.55 segram manakala Disember 2013 meningkat tujuh mata untuk ditutup kepada RM137.30 segram.
Jumlah dagangan berjumlah 21 lot, manakala kepentingan terbuka berjumlah 680 kontrak. - AGENSI
JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo













