Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 16 November 2012


Emas diniagakan sedikit rendah semalam, menuju kerugian mingguan kira-kira satu peratus berikutan ketidakpastian terhadap prospek bagi ekonomi global yang memberi kesan kepada harga.

Masalah fiskal AS, kenaikan cukai dan pengurangan perbelanjaan hampir AS$600 bilion yang akan berbuat awal tahun depan jika Kongres gagal mengelakkannya dan ia menjadi sebagai kebimbangan utama dalam pasaran kewangan kerana ia mengancam untuk menolak ekonomi terkemuka dunia itu ke dalam kemelesetan.

Status emas yang selamat akan bersinar sekiranya rundingan gagal dan kelumpuhan politik, manakala kejayaan dalam mengelakkan bencana fiskal boleh menjejaskan sentimen dalam emas, kata penganalisis.

"Jika kita tidak melihat sebarang perjanjian dan terdapatnya halangan, ia kan membebankan dolar dan manfaat emas," kata penganalisis di UBS Wealth Managemanet di Singapura, Dominic Schnider.

Keputusan yang berkemungkinan tidak akan menyelesaikan masalah fiskal, yang akan turut memberi manfaat kepada emas, sejak Rizab Persekutuan akan perlu memberi rangsangan yang lebih untuk membantu ekonomi, tambah beliau.

Emas spot susut 0.1 peratus kepada AS$1,713.19 seauns, dalam landasan bagi kerugian seminggu satu peratus, selepas harga melonjak lebih daripada tiga peratus pada minggu sebelumnya.

Emas AS berubah sedikit kepada AS$1,713.60.

Penganalisis teknikal mencadangkan emas spot boleh mencuba sokongan pada paras yang boleh membuka harga kepada AS$1,672.24, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sindiket Seludup Emas Dibongkar


Rome - Polis Itali merampas aset bernilai 163 juta euro (RM621 juta) daripada pertubuhan jenayah berpejabat di Switzerland termasuk villa mewah yang digunakan untuk menyimpan emas.

Pegawai melancarkan 259 serbuan di beberapa rumah dan kedai tunai untuk emas di seluruh Itali sebagai sebahagian siasatan ke atas 118 orang yang disyaki menyeludup jongkong emas ke Switzerland dan membawa balik wang tunai ke Itali.

Penjenayah dituduh melakukan pembersihan wang haram, mengitar semula wang tunai dan barang kemas curi menerusi kedai tunai untuk emas.

Villa stor simpan emas
"Wang itu memasuki Itali secara haram dari Switzerland dan digunakan untuk membeli emas dan perak haram sebelum dihantar balik ke Switzerland dalam bentuk kepingan kecil," kata pegawai polis, Alessandro Langella.

Satu tempat simpanan emas itu ialah di villa terletak di Monte San Savino, pekan berhampiran bandar raya Arezzo, ibu negara emas Itali.

Digelar sebagai Fort Knox, villa itu digunakan oleh kumpulan penjenayah sebagai tempat menyimpan wang tunai dan kepingan emas.

Polis turut menyekat 500 akaun bank, merampas keuntungan bernilai 163 juta euro yang diperoleh kumpulan itu pada tahun ini menerusi pertukaran 4,500 kilogram emas dan 11,000 kilogram perak.

Ogos lalu, polis Itali mengumumkan 78 peratus kenaikan dalam rampasan emas, perak dan wang tunai dalam tempoh tujuh bulan pertama 2012.

Pertubuhan jenayah di Itali mengumpul berbilion euro daripada ledakan sektor tunai untuk emas yang tidak dikawal dengan baik, termasuk tidak membayar cukai dan berfungsi sebagai kaedah pantas dan mudah membersih wang haram.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AKPK Bantu 2,460 Elak Jadi Muflis


Kuala Lumpur - Seramai 2,460 daripada 81,596 peserta Program Pengurusan Kredit, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya menyelesaikan hutang perbankan mereka berjumlah kira-kira RM81 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Koid Swee Lian, berkata program diperkenalkan pada 2006 itu berjaya membantu individu yang mempunyai hutang tidak melebihi RM2 juta daripada diisytiharkan muflis disebabkan kegagalan membayarnya.

Dilarang tambah hutang
"AKPK sebagai perantara melakukan penstrukturan semula hutang melalui perbincangan dengan institusi perbankan terbabit. Sepanjang proses itu, peserta dilarang menambah hutang atau membuat pinjaman kewangan," katanya selepas majlis penyerahan sumbangan buku kewangan terbitan AKPK kepada Perpustakaan Negara, di sini semalam.

Sumbangan 8,943 naskhah berjudul Celik Wang-Pengurusan Wang Secara Bijak dan POWER Pengurusan Wang Ringgit Anda itu, dicetak dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil untuk diagihkan kepada 1,099 perpustakaan seluruh negara termasuk Perpustakaan desa dan Perpustakaan Komuniti.

Setuju tawar modul
Swee Lian berkata, sehingga 30 September lalu, 198,870 pelanggan mendapatkan khidmat kaunseling AKPK termasuk 81,596 menjalani Program Pengurusan Kredit.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 75 pusat pengajian di seluruh negara membabitkan 45 institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta 30 politeknik bersetuju menawarkan modul Program Pengurusan Kewangan sebagai subjek elektif di pusat pengajian mereka dalam bentuk satu jam kredit atau penerapan dalam kerikulum.

Sumber : Berita Harian (08 November 2012)
Tulisan : Suhaila Shahrul Annuar


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Larangan Skim Pelaburan Stevia


Kuala Lumpur - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapat perintah injuksi terhadap dua syarikat yang dipercayai menawarkan skim pelaburan tidak berdaftar membabitkan tanaman stevia.

Perintah ke atas syarikat Megaherbs Bioextreme dan Mega Bioextreme Sdn Bhd itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Melalui perintah berkenaan, SSM berkata, dua syarikat ituatau ejennya tidak dibenar menawarkan skim berkenaan kepada orang ramai kecuali selepas mematuhi peruntukan Akta Syarikat 1965 selain mendaftar skim itu sebagai skim kepentingan.

Skim ditawarkan
Antara skim ditawarkan ialah Pakej Rakan Niaga Kontrak, Dr Zubir Uruskan, Skim Rakan Niaga Stevia Ranger, Skim Port Ranger/Skim Stokis Ranger, Skim Rakan Kongsi Stevia/Skim Duta Stevia, Skim Rakan Bistro Stevia Station dan Skim Rakan Pengarah Stevia Station.

"Ia menawarkan peluang kepada orang ramai melabur minimum RM1,500 dalam tanaman 'stevia' yang dikatakan boleh digunakan sebagai bahan pemanis menggantikan gula. Pulangan yang dijanjikan RM900 hingga RM1,500 dalam 45 hari dari tarikh pelaburan selain RM300 hingga RM1,500 setiap bulan selama 11 bulan," kata SSM dalam satu kenyataan, semalam.

SMM menasihatkan orang ramai berhati-hati dan mendapatkan maklumat lanjut daripada suruhanjaya itu apabila ditawarkan melabur dalam skim tidak berdaftar.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 06 November 2012


Harga emas tidak banyak berubah semalam ketika pelabur menunggu kemungkinan perubahan polisi rentetan pilihan raya Presiden AS sementara peralihan pemimpin baru China dan pemberontakan Greece terhadap langkah penjimatan baru turut menyebabkan keadaan berhati-hati.

Presiden AS, Barack Obama dan calon Republikan, Mitt Romney terbabit dalam kempen saat akhir bagi meraih undi. Kemenangan terhadap Romney mungkin menjejaskan harga emas kerana harapan rangsangan kewangan lanjut mungkin pudar, menurunkan prospek kepada bulion.

Pelabur juga menunggu peralihan pemimpin China yang hanya berlaku sekali setiap dekad, dengan jangkaan polisi ekonomi yang lebih jelas sebaik saja pasukan pemimpin baru dilantik selepas Kongres Parti Komunis Ke-18, yang mana ia dijadualkan bermula pada Khamis.

"Ramai klien menunggu menjelang pilihan raya AS," kata Brian Lan, pengarah urusan GoldSilver Central Pte Ltd di Singapura, sambil menambah bahawa penurunan harga terkini menarik pelabr runcit di rantau ini.

Spot emas didagangkan hampir tidak berubah pada AS$1,684.46 seauns menjelang 0723 GMT, meningkat kembali berbanding paras rendah dua bulan AS$1,672.24 pada sesi sebelumnya.

Penganalisis teknikal mencadangkan emas spot mungkin kekal di atas paras sokongan AS$1,675 hingga AS$1,678 seauns pada hari itu, ekoran ketiadaan petanda untuk mengatasi paras ini, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.

Bagaimanapun, sebilangan peniaga menyatakan keputusan pilihan raya hanya mempunyai kesan jangka pendek terhadap pasaran. Data terbaru menunjukkan pengembangan luas dalam sektor perkhidmatan AS mencatatkan penurunan minggu lalu, yang mana ia mencadangkan bahawa pemulihan ekonomi terbesar dunia itu kekal sederhana, sementara aktiviti dalam sektor perkhidmatan China turut menurun.

"Ia lebih berkait dengan sentimen, sejak langkah rangsangan diumumkan Persekutuan tidak boleh ditarik balik dan keputusan  pilihan raya tidak akan merubah ekonomi semalaman," kata peniaga yang berpengkalan di Shanghai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 05 November 2012


Emas gagal mencatat tinggi semalam, sejajar dengan pengumuman data pekerjaan AS yang kukuh daripada jangkaan, yang mana harga logam itu berada pada paras rendah dua bulan berbanding sesi sebelumnya, tetapi dolar yang lebih kukuh mengekang kenaikan harga.

Majikan AS meningkatkan pengambilan pekerja pada Oktober dan peningkatan kadar pengangguran adalah disebabkan lebih ramai pekerja memulakan kembali aktiviti mencari kerja, menambah kepada bukti pemulihan ekonomi.

Langkah rangsangan kewangan lanjut tidak perlu jika ekonomi mampu bertahan sendiri, yang tidak baik untuk emas. Bulan lalu logam itu menghampiri AS$1,800 seauns ketika langkah rangsangan diambil oleh bank pusat.

Tindakan mencetak wang berleluasa oleh bank pusat meningkatkan tarikan emas kerana pelabur bimbang mengenai penurunan mata wang dan inflasi akibat pelonggaran kewangan.

"Dalam jangka pendek, emas mungkin berlegar dalam paras rendah Jumaat, tetapi tidak banyak ruang untuk penurunan harga kerana pelaksanaan rangsangan kewangan adalah trend semasa global," kata Li Ning, penganalisis Shanghai CIFCO Futures.

Harga spot emas naik 0.1 peratus kepada AS$1,678.44 seauns menjelang 0727 GMT, pulih daripada paras rendah dua bulan, AS$1,673.94 pada Jumaat. Emas AS naik 0.2 peratus kepada AS$1,679.

Penganalisis teknikal mencadangkan bahawa spot emas mungkin bergerak di atas AS$1,678 ketika semalam sebelum memecahkan paras dan jatuh terus kepada AS$1,666, menurut penganalisis pasaran Reuters, Wong Tao.

Dolar lebih kukuh menjejaskan kenaikan harga emas. Mata wang itu naik kepada paras tertinggi dalam dua bulan berbanding sekumpulan mata wang lain kerana pelabur beralih kepada aset lindung nilai sebelum pilihan raya Presiden AS esok.

Emas dijangka tidak banyak berubah kerana pelabur juga memerhatikan perhimpunan penting Parti Komunis China yang dijangka menampilkan generasi baru serta mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) lewat minggu ini.

Pembeli emas fizikal kembali ke pasaran pada Jumaat ketika penjualan dan aktiviti membeli menurun semalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS