Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Rangsangan baru ekonomi tingkat prestasi emas

Komenter daripada admin : Emas adalah salah satu portfolio pelaburan yang menguntungkan. Jom daftar sebagai ejen Public Gold. Sila baca post "Daftar Online sebagai Pembeli Public Gold". Klik SINI.


Singapura - Harga emas berubah sedikit semalam dengan kedudukan hampir kepada prestasi tertinggi dalam tempoh 4.5 bulan yang dicapai awal minggu ini dirangsang harapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), Ben Bernanke dijangka mengumumkan langkah rangsangan ekonomi baru dalam pertemuan wakil bank pusat lewat semalam.

Jongkong emas itu dilihat kalis inflasi berdasarkan peningkatannya hampir tiga peratus bulan ini, iaitu peningkatan untuk tiga bulan berturut-turut.

"Saya berpendapat situasi makro mungkin tidak akan bertambah baik dan kita juga semakin hampir dengan sempadan fiskal AS," kata Analisis Phillip Futures, Lynette Tan, merujuk kepada langkah besar-besaran AS menjimatkan perbelanjaan dan peningkatan cukai yang bermula tahun depan.

Pelaburan alternatif
"Saya menjangkakan pelabur emas akan mempertimbangkan perkara ini, dan terus mengekalkan keinginan mereka kepada emas sebagai pelaburan alternatif.

"Sekiranya pelabur kecewa dengan Bernanke nanti, kita mungkin akan melihat aktiviti penjualan yang kecil namun saya tidak melihat emas akan jatuh secara mendadak. Sokongan sekitar AS$1,620," katanya.

Harga emas terus berubah sedikit kepada AS$1,655.40 seauns pada 0620 GMT, hampir pada tahap tertinggi 4.5 bulan pada AS$1,676.45 yang dicapai pada Isnin lalu.

Harga emas AS juga berubah sedikit kepada AS$1,657.70 seauns.

Pusingan pembelian aset oleh Rizab Persekutuan AS sebelum ini berjaya merendahkan kadar faedah dan merangsang ekonomi AS yang teramat lemah.

Emas ,melonjak sekitar AS$1,790 pada Febuari tahap tertingginya sehingga kini dalam 2012, selepas Rizab Persekutuan pada ketika itu berkata mereka akan mengekalkan kadar faedah hampir kepada sifar menjelang akhir 2014.

Sejak itu, harga jatuh sehingga tujuh peratus apabila tiada tanda kelonggaran selanjutnya. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 30 Ogos 2012

Harga emas mengukuh semalam tetapi terhenti dalam jajaran terhad sebelum ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), Ben Bernanke yang mungkin mengecewakan pusingan ketiga rangsangan kewangan bagi merangsang ekonomi AS.

Emas juga terdedah kepada jualan jika ucapan pada Jumaat mengecewakan selepas ekonomi AS pulih sedikit berbanding sangkaan awal dalam suku kedua dan Laporan Fed Beige Book menunjukkan ekonomi terus tumbuh perlahan pada Julai dan awal Ogos.

Emas bertambah 0.24 peratus kepada AS$1,659.90 seauns pada 0641 GMT, tidak jatuh daripada paras tinggi empat bulan setengah sebanyak AS$1,676.45 pada Isnin, apabila pelabur membeli logam itu pada jangkaan langkah rangsangan lanjut oleh Persekutuan.

"Sentimen agak bercampur-campur. Ramai yang berhati-hati. Nampaknya bank pusat akan membeli hutang pada paras rendah," kata Pengarah Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong, Ronald Leung.

"Pasaran nampaknya tidak banyak berubah," kata Leung, memetik premium bagi jongkong emas tidak berubah minggu lalu pada 80 sen kepada AS$1.

Dalam pasaran lain, saham Asia mencecah paras terendah dalam sebulan atas kebimbangan pertumbuhan sementara mata wang utama tidak berubah ketika pelabur menunggu sama ada Bernanke akan memberikan petanda mengenai rangsangan dalam ucapannya di kalangan ahli bank pusat.

Bernanke sudah tentu akan mengekalkan pasaran teka-teki mengenai tempoh pusingan lanjut pembelian bon apabila beliau berucap dalam Jackson Hole, tetapi beliau juga akan mengekalkan jangkaan untuk tindakan lanjut pada bulan depan.

Pusingan sebelum pembelian aset oleh Persekutuan bagi menurunkan kadar faedah dan merangsang ekonomi melemahkan dolar AS, merangsang pasaran saham global dan mencetuskan minat pelabur menjadikan emas sebagai pelindung nilai. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

IMF, Bank Dunia disaran selesai krisis ekonomi

Komenter daripada admin : Tukarkanlah sebahagian duit fiat(wang kertas) kedalam bentuk emas fizikal untuk menambahkan nilainya, jangan sampai ia dimakan oleh inflasi. Jom daftar sebagai ejen Public Gold. Sila baca post "Cara Menjadi Agen Public Gold - Pembayaran Melalui HQ Penang". Klik SINI.


Kuala Lumpur - Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyarankan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia serta negara global menumpukan untuk menyelesaikan krisis ekonomi Eropah.

Katanya, ia susulan krisis ekonomi serantau itu yang berlanjutan selama tiga tahun sejak 2009, mengakibatkan penurunan pertumbuhan ekonomi dan perdagangan dunia.

"Oleh kerana  pertalian rapat antara negara, pemimpin berkenaan hendaklah turut memikirkan kedudukan pertumbuhan ekonomi dunia," katanya.

Ahmad Husni berkata, sebahagian besar negara, terutama negara maju terdedah kepada pertumbuhan yang rendah iaitu antara pertumbuhan negatif hingga  dua peratus bagi suku tahun pertama dan suku tahun kedua.

"Walaupun Malaysia mencapai pertumbuhan  4.9 dan 5.4 peratus pada suku pertama dan kedua, ia adalah antara tertinggi dikalangan negara dunia," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 29 Ogos 2012

Emas turun semalam susulan pelabur meminggir daripada memasuki pasaran untuk memantau mesyuarat bank pusat hujung minggu ini.

Mesyuarat itu dipantau ramai pihak bagi melihat tanda-tanda samada Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menimbangkan untuk mengambil langkah rangsangan moneteri baru.

Platinum tidak mengendahkan kejatuhan harga logam berharga lain untuk menokok lebih tinggi dengan kebimbangan tercetusnya keganasan di pebgeluar utama Afrika Selatan, yang melonjakkan harga kepada paras tertinggi 3-1/2 bulan minggu lalu, memberikan sokongannya.

Logam-logam itu dipegang dalam satu jajaran, bagaimanapun, spekulasi Pegerusi Rizab Persekutuan, Ben Bernanke, dalam ucapan pada mesyuarat di Jackson Hole, Wyoming, boleh memberikan bayangan jelas bahawa Rizab Persekutuan berkemungkinan melancarkan program baru pembelian aset tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beberapa peserta pasaran berkata beliau berkemungkinan mengulangi bahawa Rizab Persekutuan mempunyai ruang untuk bertindak, yang akan menyebabkan pasaran meneka sehingga mesyuarat dasar bank pusat pada 12-13 September depan.

"Kami (berpendapat) Bernanke akan memberikan komitmennya Jumaat ini, sekiranya tidak di Jackson Hole, mungkin September depan pada mesyuarat FOMC", kata penganalisis di danske Bank, Christen Tuxen.

"Ia adalah persekitaran baik bagi emas dan ia bermakna dalam tiga bulan akan datang, akan berlaku kenaikan harga."

"Saya tidak pasti harga akan menguji rekod tertinggi baru, tetapi terdapat potensi ia akan ditutup pada paras AS$1,800 dalam tempoh tiga bulan akan datang."

Beliau berkata, kekukuhan nilai dolar dalam jangka sederhana dijangka berupaya mengekang sungguhpun pemulihan krisis hutang zon euro lambat pulih.

Emas spot susut 0.1 peratus pada AS$1,664.69 seauns pada 0921 GMT, manakala dagangan hadapan emas AS bagi penghantaran Disember jatuh AS42.00 seauns pada AS$1,667.70.

Emas naik hampir dua peratus sejak 22 Ogos, apabila minit mesyuarat dasar terakhir Rizab Persekutuan mencadangkan bank pusat AS bersedia untuk memperkenalkan langkah monetari mesra emas tidak lama lagi.

Langkah lanjutan iti dapat mengekalkan tekanan ke atas kadar faedah jangka panjang, membolehkan kos peluang memegang emas rendah, memacu kecairan dan mengawal inflasi. - Reuters

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 28 Ogos 2012

Harga emas kini mencecah paras tertinggi sejak empat bulan lalu ketika jangkaan orang ramai mendahului ucapan Pengerusi Rizab persekutuan, Ben Bernanke di Wyoming lewat minggu ini.

Harga emas bagi penghantaran Disember naik AS$2.70 kelmarin hingga ditutup pada AS$1,675.60 seauns, paras tertinggi sejak pertengahan April lalu.

Ucapan Bernanke pada persidangan tahunan Fed diberi perhatian sepenuhnya bagi mendapatkan petunjuk mengenai apakah tindakan yang mungkin dipertimbangkan bank pusat untuk membantu pertumbuhan ekonomi.

Ucapan Jumaat lalu dianggap sangat penting tahun ini kerana ekonomi AS yang perlahan.

Pegawai Fed telah memberi isyarat bahawa mereka mungkin bersedia untuk memulakan satu lagi pusingan untuk membeli bon sebagai cubaan untuk mengurangkan kadar faedah jangka panjang.

Matlamatnya adalah untuk menggalakkan pinjaman dan perbelanjaan yang lebih dan untuk membantu pasaran saham.

Emas dan komoditi lain telah mendapat manfaat sebelum ini susulan daripada langkah Fed ini. Kadar faedah yang rendah menekan dolar dan kerana komoditi diniagakan dalam dolar, justeru dolar yang lemah membuatkan mereka tawar-menawar terhadap peniaga yang menggunakan mata wang lain.

Di samping itu, emas juga sering digunakan sebagai lindung nilai terhadap inflasi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 27 Ogos 2012

Harga emas naik ke paras tertinggi sejak pertengahan April pada Isnin, meneruskan kenaikan kukuh sejak minggu lalu ketika jangkaan rangsangan kewangan dalam masa terdekat oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

Persekutuan mempunyai ruang untuk melaksanakan rangsangan kewangan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, kata ketua Bank Pusat, Ben Bernanke, merangsang jangkaan perlaksanaan polisi kewangan, yang bakal menarik pelabur kepada emas, sebagai pelindung inflasi ekoran tindakan mencetak duit tunai.

"Terdapat jangkaan kukuh terhadap tindakan Persekutuan, dan prestasi harga minggu lalu akan terus menyokong harga," kata Li Ning , penganalisis di Shanghai CIFCO Futures, merujuk kepada harga yang melepasi paras AS$100 di atas AS$1,532 yang direkod sejak Mei.

Pelabur akan memerhatikan simposium bank pusat yang dijadualkan berlangsung di Jackson Hole, Wyoming, lewat minggu ini untuk petanda tindakan seterusnya oleh bank pusat bagi mengekang krisis hutang zon eropah dan merangsang pertumbuhan global.

Emas spot naik kepasa AS$1,676.45 seauns, tertinggi dalam lebih empat bulan, sebelum berhenti pada AS$1,674.40 seauns pada 0620 GMT, selepas merekodkan kenaikan 3.4 peratus pada minggu lalu.

Emas AS naik 0.3 peratus kepada AS$1,677.00.

Analisis teknikal mencadangkan bahawa spot emas akan naik kepada AS$1,693 seauns pada hari ini , menurut penganalisis pasaran Reuters, Wong Tao.

Bank Pusat Eropah (ECB) sedang mengambil kira menyediakan ikatan sasaran hasil di bawah program pembelian bon terbaru bagi mengekalkan strateginya terlindung daripada tindakan spekulator yang cuba mengambil keuntungan.

Dipetik Daripada Berita Harian

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS