Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 30 Ogos 2012

Harga emas mengukuh semalam tetapi terhenti dalam jajaran terhad sebelum ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), Ben Bernanke yang mungkin mengecewakan pusingan ketiga rangsangan kewangan bagi merangsang ekonomi AS.

Emas juga terdedah kepada jualan jika ucapan pada Jumaat mengecewakan selepas ekonomi AS pulih sedikit berbanding sangkaan awal dalam suku kedua dan Laporan Fed Beige Book menunjukkan ekonomi terus tumbuh perlahan pada Julai dan awal Ogos.

Emas bertambah 0.24 peratus kepada AS$1,659.90 seauns pada 0641 GMT, tidak jatuh daripada paras tinggi empat bulan setengah sebanyak AS$1,676.45 pada Isnin, apabila pelabur membeli logam itu pada jangkaan langkah rangsangan lanjut oleh Persekutuan.

"Sentimen agak bercampur-campur. Ramai yang berhati-hati. Nampaknya bank pusat akan membeli hutang pada paras rendah," kata Pengarah Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong, Ronald Leung.

"Pasaran nampaknya tidak banyak berubah," kata Leung, memetik premium bagi jongkong emas tidak berubah minggu lalu pada 80 sen kepada AS$1.

Dalam pasaran lain, saham Asia mencecah paras terendah dalam sebulan atas kebimbangan pertumbuhan sementara mata wang utama tidak berubah ketika pelabur menunggu sama ada Bernanke akan memberikan petanda mengenai rangsangan dalam ucapannya di kalangan ahli bank pusat.

Bernanke sudah tentu akan mengekalkan pasaran teka-teki mengenai tempoh pusingan lanjut pembelian bon apabila beliau berucap dalam Jackson Hole, tetapi beliau juga akan mengekalkan jangkaan untuk tindakan lanjut pada bulan depan.

Pusingan sebelum pembelian aset oleh Persekutuan bagi menurunkan kadar faedah dan merangsang ekonomi melemahkan dolar AS, merangsang pasaran saham global dan mencetuskan minat pelabur menjadikan emas sebagai pelindung nilai. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment