* Tare function
* Unit : g, oz, ct, tl, dwt, ozt
* Blacklit lcd display
* Low power alarm
* Max 300g / 0.01 g
Harga seunit RM45 (cod Dungun)
Harga seunit RM50 jika ingin dipos (Poslaju)
SMS @ Whatsapp ke 012-3578910
Ikhlas daripada Team Pesona Emas
DIGITAL SCALE 300g aka Penimbang Emas
Comments(0)
BERNAMA : Bank Negara Mohon Gantung Perintah Pelepasan Harta Pengarah Genneva
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001,
Bank Negara Malaysia,
BERNAMA,
Chin Wai Leong,
Genneva Sdn Bhd,
Liew Chee Wah,
Marcus Yee Yuen Seng,
Ng Poh Weng
KUALA LUMPUR, 21 Mei — Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menggantung pelaksanaan perintah pelepasan harta tiga pengarah dan seorang bekas pengarah syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Sdn Bhd.
Hakim Datuk Rozana Ali Yusuff membuat keputusan itu selepas mendengar dan meneliti kesemua hujahan yang dikemukakan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya dari BNM, Mardziatun Nisa Ahamadul Kabir dan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili pembelaan.
Dalam penghakimannya Rozana berkata beliau menggunakan budi bicara mengikut Seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah bagi membenarkan penggantungan pelaksanaan perintah itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, tiada tarikh ditetapkan.
Pada 16 Mei lalu, mereka dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan pengubahan wang haram dan pertuduhan menerima deposit tanpa lesen membabitkan urus niaga melebihi RM100 juta.
Ketiga-tiga pengarah itu, Ng Poh Weng, 63, berdepan 93 pertuduhan, Marcus Yee Yuen Seng, 61, pula menghadapi 40 pertuduhan manakala Chin Wai Leong, 37, berdepan 61 pertuduhan dan seorang bekas pengarahnya Liew Chee Wah, 59, menghadapi 30 pertuduhan pengubahan wang haram.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Public Bank Berhad Cawangan Kuala Lumpur, Tingkat Bawah, Menara Public Bank, 146, Jalan Ampang antara Julai 2008 dan Jun 2009 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM5 juta, jika sabit kesalahan.
Mereka juga berdepan lima pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah mengikut Seksyen 103(1)(a) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 di Jalan Kuchai Maju 6, Off Jalan Kuchai Lama antara November 2008 dan Julai 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Ng, Yee dan Chin diwakili peguam Mohamed Haniff manakala Liew diwakili peguam Keppy Wong. — Bernama
Berita Emas - 17 Mei 2013
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Akshaya Tritiya,
Arkib Berita Harian 2013,
Berita Emas Mei,
Brian Lan,
ETF,
Pengarah Urusan Goldsilver Central Pte Ltd,
SPDR Gold Trust
Emas susut untuk sesi ketujuh berturut-turut semalam kerana dolar mengukuh dan pelabur mengurangkan pendedahan kepada logam, menjadikan pegangan dalam dagangan bursa dana kepada paras terendah dalam tempoh empat tahun.
Emas telah kehilangan hampir 6 peratus dalam enam sesi hingga Khamis kerana saham naik dibantu oleh data ekonomi AS yang kukuh, dan kebimbangan Rizab Persekutuan yang boleh mengakhiri program pembelian mesra bon emas.
Emas spot susut 0.53 peratus pada AS$1,378.41 seauns selepas jatuh ke paras terendah dalam empat minggu sebanyak AS$1,369.29 pada hari Khamis sebagai kecairan baru dalam emas ETF dan penurunan barn-baru ini di bawah AS$1,400 seauns sehingga membimbangkan pelabur.
Logam berkenaan berada di bawah 17 peratus bagi tahun ini dan berada di landasan untuk penurunan mingguan terburuk dalam tempoh sebulan.
Permintaan fizikal juga tidak memberangsang semalam kerana pengguna daripada negara pembeli emas terbesar, India dan China sedang menunggu harga stabil atau melanjutkan penurunannya, kata pedagang dan peniaga.
"Kebanyakan orang menunggu di luar kerana mereka menjangkakan penurunan berlanjutan,” kata Pengarah Urusan Goldsilver Central Pte Ltd di Singapura, Brian Lan.
"Permintaan di India terjejas kerana kekangan bank pusat terhadap pengimportan emas. Penghantaran bank telah melebihi bekalan dan ia mencetuskan lonjakan mendadak dalam premium," katanya.
Kontrak hadapan India susut 1.5 peratus Khamis lalu, meneruskan kerugian bagi sesi kedua berturut-turut kepada paras terendah dalam bulan terdekat, selaras dengan pasaran global.
Lan berkata, pembelian di India susut secara signifikan daripada Isnin lalu, apabila India menyambut Akshaya Tritiya yang dianggap sebagai hari yang tidak bagus untuk membeli emas.
Premium di India setinggi AS$5 seauns, kata peniaga fizikal yang lain. Premium bagi jongkong emas bagi China, sumber utama emas bagi China, mencecah rekod tertinggi minggu ini.
Permintaan emas susut 13 peratus kepada paras terendah dalam tempoh tiga tahun iaitu 963 satu tan dalam suku pertama.
SPDR Gold Trust berkata, pegangannya susut 0.55 peratus kepada 1,041.42 satu tan Khamis lalu, terendah dalam empat tahun. Emas AS bagi penghantaran Jun susut 0.69 peratus kepada AS$1,377.30.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
Berita Emas - 16 Mei 2013
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
ANZ Global Market Research Asia,
ETF,
Peter Tse,
Rizab Persekutuan,
ScotiaMocatta,
SPDR Gold Trust,
Tim Riddell,
World Gold Council
Emas susut ke paras paling lemah dalam sebulan semalam, dijejaskan oleh dolar yang kukuh dan ketika pegangan dana pelaburan emas ETF susut terendah dalam empat tahun yang mana ia berpotensi meneruskan kerugian berterusan emas untuk hari keenam.
Jika emas berakhir lebih rendah pada hari itu, ia bakal menjadikan penurunan terpanjang sejak Mac 2009.
Penurunan itu membantu menyokong perebutan emas yang melonjakkan premium emas fizikal Asia kepada rekod tinggi.
Spot emas jatuh serendah AS$1,374.99 seauns, termurah sejak 18 April. Menjelang 0748 GMT, ia turun satu peratus pada AS$1,378.36.
Emas jatuh di bawah AS$60 daripada paras rendah dua tahun pada pertengahan April. Harga jatuh hampir 18 peratus tahun ini dan masih di bawah paras tinggi rekod AS$1,920 yang dicatatkan pada September 2011.
"kekukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) menjejaskan pelaburan kewangan dalam pembelian emas," kata ketua ANZ Global Market Research Asia, Tim Riddell.
Dolar lebih kukuh menjadikan komoditi dalam dolar lebih mahal bagi pemegang mata wang lain.
Pasaran kewangan juga diselubungi spekulasi bahawa Rizab Persekutuan mungkin menurunkan rangsangan kewangan agresifnya, menjejaskan emas sebagai lindung nilai terhadap potensi berlakunya inflasi.
Pembelian di China, pengguna emas kedua terbesar selepas India, membantu mengehadkan penurunan harga lanjut.
"China membeli jumlah emas yang besar pada awal semalam selepas harga jatuh lebih AS$20 semalam," kata pengarah ScotiaMocatta di Hong KOng, Peter Tse.
Premium bagi jongkong emas meningkat tertinggi di Hong Kong, sumber import emas utama China, selepas penyusutan bulion tertinggi sejak penjualannya pada April menyokong satu lagi pusingan belian, menurut pedagang.
Jongkong emas di Hong Kong meraih premium sehingga AS$5 seauns berbanding harga spot London, naik daripada AS$3 seauns minggu lalu.
Pelaburan emas susut hampir separuh dalam suku pertama ekoran unjuran positif ekonomi AS mencetuskan pelabur barat beralih kepada aset seperti saham berbanding bulion, menurut World Gold Council semalam.
Penurunan pegangan ETF menunjukkan pelabur beralih kepada ekuiti daripada emas.
Pegangan SPDR Gold Trust, dana ETF terbesar disokong emas, jatuh 0.43 peratus kepada 1,047,14 tan pada Rabu, terendah sejak Mac 2009. - REUTERS
PANAS!!!!!.....Pengarah dan Bekas Pengarah Genneva Dibebas
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Bank Negara Malaysia,
BNM,
Chin Wai Leong,
Genneva Malaysia Sdn Bhd,
Genneva Sdn Bhd,
Liew Chee Wah,
Marcus Yee Yuen Seng,
Ng Poh Weng,
Skim Emas
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam melepas serta membebaskan tiga pengarah dan seorang bekas pengarah sebuah syarikat pelaburan jongkong emas daripada 224 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan menerima deposit tanpa lesen membabitkan urus niaga melebihi RM100 juta.
Hakim Datuk Rozana Ali Yusuff membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Ng Poh Weng, 63, Marcus Yee Yuen Seng, 61, Chin Wai Leong, 37, dan Liew Chee Wah, 59, berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Ng, Yee dan Chin diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan K.Selva Kumaran manakala Liew oleh Keppy Wong.
Timbalan Pendakwa Raya Mardziatun Nisa Ahamadul Kabir kemudian memaklumkan mahkamah pendakwaan akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu. Beliau juga memohon pelaksanaan keputusan berhubung emas dan wang syarikat Genneva Sdn Bhd (GSB) yang sebelum ini dibekukan, ditangguhkan sementara menunggu rayuan. Mahkamah akan mendengar permohonan itu esok.
Dalam penghakimannya, Rozana memutuskan syarikat itu tidak menjalankan sebarang aktiviti atau urus niaga yang tergolong dalam kategori pengambilan deposit secara haram. Beliau berkata keterangan pembelaan dan bukti yang dikemuka menunjukkan GSB menjalankan perniagaan jual beli emas secara fizikal serta perniagaannya wujud dan bukan rekaan semata-mata.
Katanya, pendakwaan cuba membuktikan konsep jaminan beli semula atau ‘buy-back guarantee’ (BBG) sebagai mekanisme penerimaan deposit kerana menjanjikan pemulangan dan keuntungan pelaburan yang banyak. Bagaimanapun, Rozana berkata mahkamah berpendapat diskaun atau rebet dan BBG serta konsep lantikan ejen merupakan satu bentuk promosi dan strategi perniagaan bagi menarik pelanggan untuk membeli dan menanam keyakinan ke atas emas yang dijualnya.
Beliau berkata GSB, melalui BBG, memberi pilihan kepada pelanggan sama ada menjual semula emas kepada syarikat itu, menjualnya kepada yang lain, menyimpan sendiri atau membenarkan GSB menyimpan bagi pihak mereka. “Bukti keterangan ini menampakkan corak perniagaan GSB menjalankan aktiviti perniagaan jual beli emas sepertimana yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia.
“Mahkamah tidak seharusnya menilai sama ada BBG merupakan strategi perniagaan yang salah, mengandaikan kerugian yang akan dialami oleh pembeli ataupun menetapkan bila masa sesuai untuk jual beli kerana setiap perniagaan mempunyai strategi masing-masing, dan syarikat tersebut yang akan menanggung untung rugi.
“Transaksi aliran keluar masuk yang dibuat oleh kesemua tertuduh melalui akaun-akaun yang dinyatakan di dalam peruntukan adalah dibuat bagi tujuan pengendalian jual beli emas secara terus, bukannya wang penerimaan deposit daripada orang awam, dan bukan daripada hasil aktiviti haram,” kata Rozana.
Bagi pengubahan wang haram, Ng berdepan 93 pertuduhan, Yee 40 pertuduhan, Chin 61 pertuduhan manakala Liew 30. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Public Bank Berhad Cawangan Kuala Lumpur, Tingkat Bawah, Menara Public Bank, 146, Jalan Ampang antara Julai 2008 dan Jun 2009 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM5 juta, jika sabit kesalahan.
Mereka juga berdepan lima pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah mengikut Seksyen 103(1)(a) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 di Jalan Kuchai Maju 6, Off Jalan Kuchai Lama antara November 2008 dan Julai 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Bank Negara Malaysia (BNM) akan memfailkan notis rayuan berhubung kes Genneva Sdn Bhd di Mahkamah Sesyen hari ini Bank pusat itu dalam satu kenyataan berkata Kamar Peguam Negara telah bersetuju BNM memfailkan notis rayuan. Kamar Peguam Negara dan BNM tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk membebaskan Genneva Sdn Bhd dan pengarah-pengarahnya daripada pertuduhan pada hari ini.
BNM juga akan memohon supaya aset syarikat terus disita di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 sementara menantikan keputusan rayuan. Genneva telah dikenakan pertuduhan pada Oktober 2010 Syarikat ini telah disiasat susulan terdapatnya aduan daripada orang ramai. Siasatan kini telah selesai dan laporannya akan diserahkan kepada Kamar Peguam Negara.
Genneva Sdn Bhd ialah entiti berasingan daripada Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia) yang disiasat secara bersama oleh Bank Negara Malaysia dan agensi berkaitan. - Bernama
kredit to http://www.hargaemas.com.my
Berita Emas - 15 Mei 2013
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Carlos Costa,
Cyprus,
Dominic Schnider,
ETF,
Gabenor Portugal,
REUTERS,
SPDR Gold Trust,
UBS Wealth Management
Harga emas meningkat semalam selepas jatuh empat sesi berturut-turut ekoran aliran keluar daripada dana dagangan bursa dihentikan, tetapi kekukuhan ekuiti boleh menjejaskan minat pelabur yang mencari pulangan yang lebih baik dan memberi perhatian kepada keuntungan bulion.
Walaupun harga emas sudah pulih kira-kira lapan peratus daripada kejatuhan ketara dalam tempoh dua tahun pada April, kenaikannya itu dibantu oleh rekod ekuiti Amerika Syarikat (AS) yang tinggi, iaitu tanda ekonomi AS bertambah baik dan kebimbangan terhadap kelembapan permintaan daripada pengguna utama India.
Emas naik 0.1 peratus pada AS$1,426.56 semalam.
Bulion merosot lebih 14 peratus setakat tahun ini, selepas mencatat kenaikan untuk 12 tahun berturut-turut ekoran kelonggaran dasar monetari yang menghakis peranannya sebagai lindung nilai terhadap inflasi.
Pegangan SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa berdasarkan emas terbesar dunia (ETF), tidak berubah pada 33.8 juta auns pada Isnin selepas jatuh hampir setiap hari.
Namun, pegangan itu masih dalam lingkungan paling rendah sejak Mac 2009 yang terjejas ekoran dana mengurangkan pendedahan mereka kepada emas, yang mana kejatuhan bersejarah pada April mengejutkan pelabur emas.
"Saya rasa apa yang pasaran ambil berat adalah mengenai aliran keluar ETF," kata Dominic Schnider, penganalisis di UBS Wealth Management. "Saya tidak akan terkejut jika harganya mencecah AS$1,405 seauns dalam tempoh yang singkat. Saya akan membantu memulihkan beberapa permintaan fizikal," katanya.
Niaga hadapan emas AS bagi Jun meningkat sedikit kepada AS$1,425.50 seauns. Kenaikan saham AS ke paras tertinggi baru kelmarin membendung minat pelabur dalam emas, manakala kelembapan dalam permintaan India untuk logam berharga juga memberi kesan.
Pembelian emas di India terhenti berikutan bank pusat mengehadkan import selepas lonjakan pembelian pada April menyebabkan defisit perdagangan menjadi AS$17.8 bilion bagi bulan berkenaan, meningkat lebih 72 peratus daripada Mac.
Import emas dan perak India melonjak 138 peratus berbanding tahun sebelumnya pada April apabila pelanggan mengambil kesempatan daripada harga yang lebih rendah, meningkatkan tekanan terhadap imbanganakaun semasa dan mengehadkan ruang untuk pelonggaran monetori walaupun inflasi perlahan pada bulan ini.
Bagaimanapun, sekatan import oleh India, hanya memberi kesan yang kecil kepada harga emas spot, kata seorang peniaga di Hong Kong.
Premium bar emas di Hong Kong berada pada AS$3 hingga AS$4 seauns, kata peniaga itu, berbanding AS$3 minggu lalu. Hong Kong adalah sumber utama China import emas.
Emas mencecah harga terendah lebih dua tahun iaitu AS$1,321.35 pada April selepas melewati paras utama AS$1,500 dan menggalakkan jualan sementara rancangan Cyprus untuk menjual rizab emas yang berlebihan membawa kepada spekulasi negara zon euro lain yang dibebani hutang mungkin mengikut langkah berkenaan.
Portugal tidak akan meniru perjanjian yang membenarkan Cyprus menjual rizab emas di bawah pelan penyelamatnya, kata Gabenor Portugal, Carlos Costa, kelmarin. - REUTERS
Subscribe to:
Posts (Atom)













