Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 16 Mei 2013



Emas susut ke paras paling lemah dalam sebulan semalam, dijejaskan oleh dolar yang kukuh dan ketika pegangan dana pelaburan emas ETF susut terendah dalam empat tahun yang mana ia berpotensi meneruskan kerugian berterusan emas untuk hari keenam.

Jika emas berakhir lebih rendah pada hari itu, ia bakal menjadikan penurunan terpanjang sejak Mac 2009.

Penurunan itu membantu menyokong perebutan emas yang melonjakkan premium emas fizikal Asia kepada rekod tinggi.

 Spot emas jatuh serendah AS$1,374.99 seauns, termurah sejak 18 April. Menjelang 0748 GMT, ia turun satu peratus pada AS$1,378.36.

Emas jatuh di bawah AS$60 daripada paras rendah dua tahun pada pertengahan April. Harga jatuh hampir 18 peratus tahun ini dan masih di bawah paras tinggi rekod AS$1,920 yang dicatatkan pada September 2011.

"kekukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) menjejaskan pelaburan kewangan dalam pembelian emas," kata ketua ANZ Global Market Research Asia, Tim Riddell.

Dolar lebih kukuh menjadikan komoditi dalam dolar lebih mahal bagi pemegang mata wang lain.

Pasaran kewangan juga diselubungi spekulasi bahawa Rizab Persekutuan mungkin menurunkan rangsangan kewangan agresifnya, menjejaskan emas sebagai lindung nilai terhadap potensi berlakunya inflasi.

Pembelian di China, pengguna emas kedua terbesar selepas India, membantu mengehadkan penurunan harga lanjut.

 "China membeli jumlah emas yang besar pada awal semalam selepas harga jatuh lebih AS$20 semalam," kata pengarah ScotiaMocatta di Hong KOng, Peter Tse.

Premium bagi jongkong emas meningkat tertinggi di Hong Kong, sumber import emas utama China, selepas penyusutan bulion tertinggi sejak penjualannya pada April menyokong satu lagi pusingan belian, menurut pedagang.

Jongkong emas di Hong Kong meraih premium sehingga AS$5 seauns berbanding harga spot London, naik daripada AS$3 seauns minggu lalu.

Pelaburan emas susut hampir  separuh dalam suku pertama ekoran unjuran positif ekonomi AS mencetuskan pelabur barat beralih kepada aset seperti saham berbanding bulion, menurut World Gold Council semalam.

Penurunan pegangan ETF menunjukkan pelabur beralih kepada ekuiti daripada emas.

Pegangan SPDR Gold Trust, dana ETF terbesar disokong emas, jatuh 0.43 peratus kepada 1,047,14 tan pada Rabu, terendah sejak Mac 2009. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment