Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS
Showing posts with label Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Show all posts
Showing posts with label Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Show all posts

Kes Pelaburan Jongkong Emas : Didakwa terima deposit RM5.5 bilion tanpa lesen

Kuala Lumpur - Seorang perunding syarikat pelaburan jongkong emas Genneva (M) Sdn Bhd, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini semalam, menerima deposit RM5.5 bilion tanpa lesen, dua tahun lalu.

Datuk Joseph Kow Hock Beng, 55, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di depan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Tertuduh didakwa bersubahat dengan Genneva, menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah melalui satu skim membabitkan transaksi emas menerusi dua akaun semasa CIMB Islamic Bank Berhad.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Kuchai Maju 6 Off Jalan Kuchai Lama, antara 10 Januari 2011 hingga 1 Oktober 2012.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya dari Bank Negara, Fahmi Abd Moin, menawarkan jaminan RM1 juta, namun peguam tertuduh memohon ia dikurangkan kepada RM50,000 dengan alasan aset anak guamnya sudah dibekukan.

Dituduh terbabit pengubahan wang haram
Mat Ghani membenarkan Hock Beng dijamin RM200,000 beserta syarat tambahan, pasportnya diserahkan kepada mahkamah. Hakim kemudian menetapkan 7 hingga 24 April tahun depan untuk perbicaraan kes terbabit yang akan didengar bersama satu lagi kes dihadapi tertuduh di Pulau Pinang selepas ia dipindahkan ke Mahkamah sesyen, di sini.

Semalam juja, Hock Beng turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua tuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram RM28,000 tahun lalu.

DIa dituduh sebagai Pengarah CFM Logistic (KL) Sdn Bhd dan wakil syarikat berkenaan, melakukan kesalahan itu di Public Bank, Subang Jaya pada 19 Julai 2012 dan didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Hakim Datuk Noradida ahmad membenarkan Hock Beng dijamin RM10,000 dan menetapkan 27 November ini untuk sebutan kes, manakala di satu lagi Mahkamah Sesyen, Hakim G Ramesh membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mardziatun Nisa Ahmadul Kaber untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada tarikh sebutan sama.

oleh Farah Mashita Abdul Patah
farahmashita@bh.com.my


JANA PENDAPATAN PASIF, 
klik pautan ini 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BERNAMA : Bank Negara Mohon Gantung Perintah Pelepasan Harta Pengarah Genneva



KUALA LUMPUR, 21 Mei — Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menggantung pelaksanaan perintah pelepasan harta tiga pengarah dan seorang bekas pengarah syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Sdn Bhd.

Hakim Datuk Rozana Ali Yusuff membuat keputusan itu selepas mendengar dan meneliti kesemua hujahan yang dikemukakan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya dari BNM, Mardziatun Nisa Ahamadul Kabir dan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili pembelaan.

Dalam penghakimannya Rozana berkata beliau menggunakan budi bicara mengikut Seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah bagi membenarkan penggantungan pelaksanaan perintah itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, tiada tarikh ditetapkan.

Pada 16 Mei lalu, mereka dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan pengubahan wang haram dan pertuduhan menerima deposit tanpa lesen membabitkan urus niaga melebihi RM100 juta.

Ketiga-tiga pengarah itu, Ng Poh Weng, 63, berdepan 93 pertuduhan, Marcus Yee Yuen Seng, 61, pula menghadapi 40 pertuduhan manakala Chin Wai Leong, 37, berdepan 61 pertuduhan dan seorang bekas pengarahnya Liew Chee Wah, 59, menghadapi 30 pertuduhan pengubahan wang haram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Public Bank Berhad Cawangan Kuala Lumpur, Tingkat Bawah, Menara Public Bank, 146, Jalan Ampang antara Julai 2008 dan Jun 2009 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM5 juta, jika sabit kesalahan.

Mereka juga berdepan lima pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah mengikut Seksyen 103(1)(a) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 di Jalan Kuchai Maju 6, Off Jalan Kuchai Lama antara November 2008 dan Julai 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Ng, Yee dan Chin diwakili peguam Mohamed Haniff manakala Liew diwakili peguam Keppy Wong. — Bernama

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS