Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 15 Mei 2013


Harga emas meningkat semalam selepas jatuh empat sesi berturut-turut ekoran aliran keluar daripada dana dagangan bursa dihentikan, tetapi kekukuhan ekuiti boleh menjejaskan minat pelabur yang mencari pulangan yang lebih baik dan memberi perhatian kepada keuntungan bulion.

Walaupun harga emas sudah pulih kira-kira lapan peratus daripada kejatuhan ketara dalam tempoh dua tahun pada April, kenaikannya itu dibantu oleh rekod ekuiti Amerika Syarikat (AS) yang tinggi, iaitu tanda ekonomi AS bertambah baik dan kebimbangan terhadap kelembapan permintaan daripada pengguna utama India.

Emas naik 0.1 peratus pada AS$1,426.56 semalam.

Bulion merosot lebih 14 peratus setakat tahun ini, selepas mencatat kenaikan untuk 12 tahun berturut-turut ekoran kelonggaran dasar monetari yang menghakis peranannya sebagai lindung nilai terhadap inflasi.

Pegangan SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa berdasarkan emas terbesar dunia (ETF), tidak berubah pada 33.8 juta auns pada Isnin selepas jatuh hampir setiap hari.

Namun, pegangan itu masih  dalam lingkungan paling rendah sejak Mac 2009 yang terjejas ekoran dana mengurangkan pendedahan mereka kepada emas, yang mana kejatuhan bersejarah pada April mengejutkan pelabur emas.

"Saya rasa apa yang pasaran ambil berat adalah mengenai aliran keluar ETF," kata Dominic Schnider, penganalisis di UBS Wealth Management. "Saya tidak akan terkejut jika harganya mencecah AS$1,405 seauns dalam tempoh yang singkat. Saya akan membantu memulihkan beberapa permintaan fizikal," katanya.

Niaga hadapan emas AS bagi Jun meningkat sedikit kepada AS$1,425.50 seauns. Kenaikan saham AS ke paras tertinggi baru kelmarin membendung minat pelabur dalam emas, manakala kelembapan dalam permintaan India untuk logam berharga juga memberi kesan.

Pembelian emas di India terhenti berikutan bank pusat mengehadkan import selepas lonjakan pembelian pada April menyebabkan defisit perdagangan menjadi AS$17.8 bilion bagi bulan berkenaan, meningkat lebih 72 peratus daripada Mac.

Import emas dan perak India melonjak 138 peratus berbanding tahun sebelumnya pada April apabila pelanggan mengambil kesempatan daripada harga yang lebih rendah, meningkatkan tekanan terhadap imbanganakaun semasa dan mengehadkan ruang untuk pelonggaran monetori walaupun inflasi perlahan pada bulan ini.

Bagaimanapun, sekatan import oleh India, hanya memberi kesan yang kecil kepada harga emas spot, kata seorang peniaga di Hong Kong.

Premium bar emas di Hong Kong berada pada AS$3 hingga AS$4 seauns, kata peniaga itu, berbanding AS$3 minggu lalu. Hong Kong adalah sumber utama China import emas.

Emas mencecah harga terendah lebih dua tahun iaitu AS$1,321.35 pada April selepas melewati paras utama AS$1,500 dan menggalakkan jualan sementara rancangan Cyprus untuk menjual rizab emas yang berlebihan membawa kepada spekulasi negara zon euro lain yang dibebani hutang mungkin mengikut langkah berkenaan.

Portugal tidak akan meniru perjanjian yang membenarkan Cyprus menjual rizab emas di bawah pelan penyelamatnya, kata Gabenor Portugal, Carlos Costa, kelmarin. - REUTERS 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment