Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 14 Mei 2013



Harga emas meningkat semalam buat pertama kali dalam empat sesi, dibantu oleh dolar yang lebih stabil namun aliran yang tidak konsisten daripada dana tukaran dagang menjejaskan minat pelabur untuk membeli emas.

Kenaikan mengejut dalam jualan runcit AS pada April lalu mengukuhkan pandangan bahawa ekonomi AS kekal berdaya tahan.

Emas mencecah paras AS$1,444.96 seauns, naik AS$10.61. Logam berharga itu susut 14 peratus tahun ini, turun satu peratus kepada paras rendah AS$1,425 Isnin lalu.

 "Saham kelihatan lebih menarik bagi pelabur. Emas akan mengekalkan aliran menurunnya, ia mungkin mencuba sehingga AS$1,400," kata Pengarah Urusan GoldSilver Central Pte Ltd di Singapura, Brian Lan.

 "Saya tidak melihat sebarang data yang mampu menolak harga ke paras yang tinggi," katanya.

Emas kembali pulih sebanyak AS$120 sejak penjualan pada April lalu, menjadikan harga kepada paras terendah dalam dua tahun, namun masih lagi di bawah paras AS$1,600, kerana pelabur bertukar kepada ekuiti dan mengurangkan pendedahan kepada bulion.

Pegangan SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa bersandarkan emas terbesar di dunia, berjumlah 33.811 juta auns, tidak jauh daripada tahap paling rendah sejak Mac 2009.

Niaga emas hadapan AS untuk penghantaran Jun adalah pada AS$1,439.60 auns, naik AS$5.30. Saham di Asia meningkat pada hari Selasa berikutan peningkatan yang mengejutkan dalam sentimen jualan runcit AS.

Namun begitu, dolar berehat seketika selepas memperoleh keyakinan meluas dan yang semakin meningkat ke atas pemulihan ekonomi terbesar dunia itu.

 Aliran tunai dan kontrak hadapan emas AS menjunam kepada AS$1,321 pada 16 April lalu selepas kebimbangan mengenai jualan bank pusat dan kejatuhan di bawah AS$1,500 yang mendorong kepada penjualan emas oleh pelabur. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment