Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 13 Mei 2013


Harga emas jatuh 1.2 peratus semalam, menghampiri paras paling lemah dalam dua minggu berikutan pengukuhan dolar AS susulan tanda-tanda pengukuhan pasaran pekerjaan AS dan penyusutan pegangan dana tukaran dagangan.

Daya tarikan jongkong emas sebagai pelaburan selamat dilemahkan oleh spekulasi Rizab Persekutuan yang berkemungkinan mengurangkan rangsangan monetari agresif selepas data pekerjaan AS menunjukkan pemulihan.

Emas jatuh lebih AS$1,429.61 seauns pada 0947 GMT, tidak jauh daripada paras rendah Jumaat lalu pada AS$1,420.61 paras paling lemah sejak 24 April.

Emas menyusut ke paras terendah dalam tempoh dua tahun pada AS$1,321.35 pada 16 April selepas kebimbangan penjualan oleh bank pusat dan kejatuhan harga di bawah AS$1,500 menjurus kepada penjualan.

Emas AS bagi penghantaran Jun susut 0.6 peratus kepada AS$1,428.60 seauns.

"Harga emas lebih rendah berikutan pengukuhan dolar AS dan pendapatan bon yang menokok menjadikan emas kurang menarik," kata penganalisis Danke Bank, Christin Tuxen.

Dolar As mengukuh berbanding euro dan beberapa mata wang utama dunia lain selepas pegawai Bank Pusat Eropah (ECB), Ignazio Visco, berkata sekiranya ekonomi zon euro memerlukan lebih banyak bantuan, kadar deposit akan dikurangkan ke paras negatif.

Kadar faedah yang lebih rendah kebiasaannya menyebelahi emas kerana ia menggalakkan pelabur melabur dalam aset lebih selamat seperti emas, tetapi aset kitaran termasuk saham kelihatan lebih menarik buat masa ini.

Pasaran saham Eropah ditutup lebih rendah Isnin, tetapi kekal berada di paras tertinggi lima tahun dalam sesi dagangan sebelum ini.

Dana lindung nilai dan pengurus wang mengurangkan pertaruhan dalam dagangan hadapan dan opsyen emas sehingga 7 Mei susulan harga jongkong emas yang lebih rendah dan aliran keluar dana tukaran dagangan emas, demikian menurut laporan Suruhanjaya Dagangan Hadapan Komiditi (CFTC).

 Pegangan dalam SPDR Gold Trust susut 0.24 peratus kepada 1,051.65 tan Jumaat lalu selepas naik sedikit pada Khamis. Pegangannya berada pada paras terendah dalam tempoh empat tahun. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment