Berita Emas - 29 Oktober 2013
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
AGENSI,
Arkib Berita Harian 2013,
FOMC,
Nicole So Siew Chien,
Phillip Futures Sdn Bhd
Harga emas jatuh sedikit semalam berikut pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), merosot daripada paras tertinggi dalam tempoh lima minggu kerana pelabur mula mengambil kira jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan program rangsangan ekonominya sehingga awal tahun depan.
Rizab Persekutuan AS memulakan mesyuarat dasar dua harinya semalam yang mana ia dijangkakan untuk mengesahkan bahawa ia kan meneruskan rancangan pembelian bon bulanannya pada kadar AS$85 bilion.
Kebanyakan ahli ekonomi percaya Rizab Persekutuan AS akan mula mengurangkan program pembelian bon itu pada awal tahun depan.
Harga penanda aras emas jatuh 0.5 peratus kepada AS$1,344.64 seauns pada 1104 GMT. Ia mencecah paras tertinggi sejak 20 September pada paras AS$1,361.60 pada sesi sebelumnya, berikutan perangkaan ekonomi yang lemah daripada dijangkakan.
Harga emas pasaran hadapan AS bagi kontrak Disember jatuh AS$7.30 seauns pada AS$1,345.10.
Sementara itu, di pasaran hadapan Bursa Malaysia Derivatives, harga logam berharga itu ditutup tanpa perubahan berikutan perangkaan ekonomi AS yang lemah.
Peniaga dari Phillip Futures Sdn Bhd, Nicole So Siew Chien, berkata pelabur tidak cergas dan menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) bank pusat AS malam tadi.
Beliau berkata, peserta pasaran menjangka bank pusat itu akan meneruskan program rangsangan ekonominya dengan suntikan dana adalah perkembangan positif bagi emas.
Kontrak November diniagakan kali buat kali pertama dengan harga pembukaan RM137.00 segram manakala Oktober 2013, November 2013 dan Disember 2013 masing-masing kekal pada RM136.20 segram, RM136.45 segram dan RM137.00 segram.
Kontrak diurus niaga berjumlah 357 lot bernilai kira-kira RM4.86 juta daripada 180 lot bernilai RM2.4 juta.
Komitmen terbuka meningkat kepada 1,112 kontrak daripada 939 kontrak sebelumnya. - AGENSI
JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo
Comments(0)
Berita Emas - 28 Oktober 2013
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita Harian 2013,
Brian Lan,
Goldsilver Centre Pte Ltd,
Shanghai Gold Exchange
Harga emas berlegar di paras tertinggi hampir lima minggu pada Isnin berikutan pedagang menjangkakan Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan langkah rangsangan ekonominya pada mesyuarat dasar minggu ini.
Harga jongkong emas jatuh hampir 20 peratus tahun ini kerana pelabur menjual pegangan masing-masing bagi melabur dalam pasaran saham yang lebih menguntungkan.
Sejak dua minggu lalu, emas menokok hampir enam peratus kerana data ekonomi AS yang lemah dan pertelingkahan berhubung bajet negara di Washington.
"Kami percaya pengurangan itu akan ditangguhkan dan ia adalah positif untuk logam berharga," kata Brian Lan, pengarah urusan di Goldsilver Centre Pte Ltd.
"Harga emas akan ditutup melepasi AS$1,400 hujung tahun ini."
Harga emas sementara jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,349.96 seauns pada 0628 GMT.
Jumaat lalu, logam itu mencecah AS$1,355.20 - paras tertinggi sejak 20 September.
Harga platinum menokok sehingga 0.7 peratus disebabkan kebimbangan mogok di Afrika Selatan akan membantutkan bekalan.
Mesyuarat jawatankuasa Rizab Persekutuan akan mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan mesyuarat esok.
Bank pusat AS dijangka mengekalkan dasar monetari minggu ini dan akan terus membeli balik bon bulanan pada harga AS$85 bilion, sementara menanti lebih banyak maklumat berhubung kesan bajet negara kepada ekonomi negara itu.
Pelabur memantau permintaan fizikal Asia, pengguna terbesar emas, yang mana permintangan berkurangan kebelakangan ini.
"Permintaan fizikal sepi kerana harga semakin mahal. Satu-satunya pasaran yang membeli ialah India," kata Lan.
Premium di India melonjak ke paras tertinggi AS$130 seauns minggu lalu kerana sekatan kerajaan ke atas import emas.
India akan menyambut Deepavali dan Dhanteras pada awal November.
Di China, premium pada Shanghai Gold Exchange jatuh ke paras negatif semalam. - REUTERS
JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo
Berita Emas - 21 Oktober 2013
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita Harian 2013,
Bursa Malaysia Derivatives,
Chong Kim Seng,
Nicole So Siew Chien,
Philip Futures Sdn Bhd
Harga emas kukuh semalam disokong jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika (AS) akan menangguhkan program rancangan monetarinya.
Harga logam berharga itu meningkat hampir empat peratus pada minggu lalu dengan jangkaan Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan langkah rangsangan selepas penutupan operasi kerajaan selama dua minggu menjejaskan jangkaan pertumbuhan.
Walau bagaimanapun, peningkatan dalam aset lain menjejaskan daya tarikan emas kepada pelabur, sementara permintaan fizikal kekal lemah.
Harga semasa emas tidak berubah pada AS$1,315.30 seauns pada 1015 GMT, sementara pasaran hadapan emas AS bagi penghantaran Disember naik 20 sen kepada AS$1,314.80.
Harga bulan semasa mencecah paras tertinggi dalam tempoh satu setengah minggu pada Jumaat lalu selepas melonjak semula daripada paras terendah dalam tempoh tiga bulan pada paras AS$1,251.66.
"Pergerakan pada minggu lalu didorong oleh pembelian pendek dan kelemahan dolar AS," kata Penganalisis VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.
Emas jatuh lebih daripada lima peratus tahun ini dengan jangkaan Rizab Persekutuan AS akan mengurangkan bon bulanannya bernilai AS$85 bilion.
Harga logam lain, perak jatuh 0.8 peratus kepada AS$22.06 seauns, platinum naik 0.2 peratus kepada AS$ 1,433.99 sauns sementara palladium menambah 0.4 peratus kepada AS$741.50 seauns.
Sementara itu, di pasaran tempatan, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah semalam dalam dagangan lengan berikutan pelabur masih berhati-hati dengan perkembangan perjanjian sementara siling hutang AS pada 17 Oktober.
Ketua Eksekutif Bursa, Chong Kim Seng, berkata pasaran dijangka terus tidak menentu apabila ia cuba menyelesaikan diri dengan perjanjian saat-saat akhir itu.
Sementara itu, peniaga daripada Philip Futures Sdn Bhd, Nicole So Siew Chien, berkata kontrak niaga hadapan emas tempatan yang lemah itu sejajar dengan aliran menurun ringgit, apabila pelabur juga berhati-hati menjelang pembentangan Bajet 2014 pada Jumaat ini.
Bulan semasa Oktober 2013 dan Disember 2013 susut empat mata setiap satu, masing-masing kepada RM134.05 segram dan RM134.80 segram.
Jumlah dagangan berjumlah 317 lot bernilai RM4.23 juta berbanding 583 lot bernilai RM7.8 juta pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka berjumlah 741 kontrak daripada 1,032 kontrak pada Jumaat minggu lalu. - REUTERS & BERNAMA
JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo
Berita Emas - 18 Oktober 2013
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita Harian 2013,
Globlex Holding Management,
Kongres AS,
Songwut Apirakkhit
Emas didagangkan menghampiri paras tertinggi dalam tempoh seminggu dan berada pada kedudukan terbaik umtuk mengaut keuntungan susulan ketidaktentuan yang berlaku di Washington akan membuatkan Rizab Persekutuan menangguhkan pengurangan program rangsangan ekonominya.
Kongres Amerika Syarikat (AS) mencapai perjanjian saat akhir minggu ini untuk menaikkan kapasiti pinjaman sehingga awal tahun depan, seterusnya mengelakkan terjadinya bencana hutang dan menamatkan penutupan sebahagian operasi kerajaan.
Emas susut hampir empat peratus sepanjang penutupan kerajaan AS namun melonjak tiga peratus selepas dolar susut kepada paras terendah dalam tempoh lapan bulan dan agensi penarafan China menurunkan gred kedaulatan AS.
"Lonjakan itu disebabkan oleh jangkaan dalam pasaran apabila harga emas susut untuk beberapa hari. Walaupun ia adalah agensi penarafan peringkat kedua seperti Dagong, emas meningkat berikutan penjualan dolar," kata Pengarah Urusan Globlex Holding Management di Bangkok, Songwut Apirakkhit yang merujuk kepada potensi berlakunya kebuntuan semula.
Sementara itu, kontrak hadapan emas, kekal tinggi pada tengahari, didorong oleh pembelian semasa harga rendah selepas penurunan baru-baru ini.
Peniaga berkata, berita bahawa pembuat dasar AS meluluskan perbelanjaan sementara bagi mengelak keingkaran hutang, turut membantu minat belian.
Kontrak bulan semasa Oktober 2013 menokok sembilan mata kepada 133.65 satu gram, manakala Disember 2013 menambah 11 mata kepada 134.40 satu gram.
Jumlah dagangan sebanyak 133 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 470 kontrak - AGENSI
JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo
Berita Emas - 17 Oktober 2013
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita Harian 2013,
Penganalisis ANZ,
Rizab Persekutuan,
SPDR Gold Trust,
Victor Thianpiriya
Harga emas sedikit berganjak selepas Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang perbelanjaan sementara bagi mengelakkan kerajaan daripada ingkar membayar balik hutangnya dan menamatkan penutupan operasi kerajaan, sekali gus mengurangkan daya tarikan emas sebagai pelaburan selamat.
Urus janji itu, bagaimanapun, hanya bersifat sementara menawarkan pembiayaan kepada kerajaan sehingga 15 Januari dan meningkatkan had hutang sehingga 7 Febuari.
Republikan dan Demokrat belum mencapai kata sepakat berhubung penyelesaian perbelanjaan kerajaan itu.
Ini mencadangkan kemungkinan akan berlaku satu lagi penutupan operasi kerajaan pada awal tahun depan.
Emas spot jatuh 0.05 peratus kepada AS$1,280.39 satu auns pada 0314 GMT.
"Dalam beberapa minggu akan datang, pasaran akan lebih berhati-hati kerana banyak perkara lagi yang belum selesai.
"Sentimen terhadap emas masih agak lemah dengan aliran keluar dana tukaran dagangan.
"Sukar untuk melihat sebab-sebab yang akan mendorong harga emas bergerak ke paras lebih tinggi lagi," kata Penganalisis ANZ, Victor Thianpiriya.
Pegangan SPDR Gold Trust pula jatuh 3.6 tan kepada 885.53 tan pada Rabu, mencecah paras terendah empat tahun.
Dana itu menyaksikan 400 tan mengalir keluar tahun ini, memudarkan sentimen pelabur.
Emas jatuh kira-kira empat peratus sejak penutupan operasi kerajaan AS pada 1 Oktober, jatuh di bawah AS$1,300 satu auns berikutan logam itu gagal menerima sokongan.
Peniaga berkata, pasaran tidak mengambil kira kegagalan kerajaan dalam membayar hutangnya berikutan jangkaan AS akan tetap mencapai penyelesaian akhirnya.
Dengan persetujuan akan urus janji sementara itu, pelabur akan mengalih tumpuan kepada data ekonomi utama, yang akan dikeluarkan disebabkan penutupan itu, bagi menentukan impaknya ke atas ekonomi dan langkah rangsangan Rizab Persekutuan.
Permintaan fizikal pula terus kukuh dengan premium di India dan China meningkat. - REUTERS
JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo
Berita Emas - 11 Oktober 2013
Emas berada pada landasan untuk mengalami penurunan mingguan kedua semalam ketika petunjuk mengenai kebuntuan bajet Amerika Syarikat (AS) mungkin akan menuju ke arah penyelesaian yang menaikkan dolar dan mengurangkan tarikan logam berharga itu.
pengubal undang-undang Republikan, yang tidak meluluskan pembiayaan bajet, kelmarin menawarkan pelan yang akan memanjangkan kuasa pinjaman kerajaan Amerika Syarikat selama beberapa minggu.
Jika diterima oleh Demokrat, ia akan mencegah AS daripada gagal membayar hutang pada 17 Oktober ini.
Spot emas stabil pada AS$1,285.60 seauns pada 1009 GMT, selepas jatuh selama tiga sesi berturut-turut. Logam itu susut 1.9 peratus pada minggu keenam dalam tujuh minggu.
Kali terakhir berlaku ketegangan tinggi dalam rundingan untuk menaikkan siling Amerika Syarikat pada 2011, emas mencatatkan paras rekod tinggi.
Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus mencatatkan penutupan pada paras lebih rendah menjelang hujung minggu berikutan kenaikan ringgit berbanding dolar AS.
Peniada daripada Philip Futures Sdn Bhd, Liam Kian Yap, berkata penyusutan ini juga seiring dengan kejatuhan harga emas AS.
"Disember 2013 mencatatkan penurunan mingguan kerana tanda-tanda kebuntuan belanjawan Washington mungkin dapat diselesaikan membataskan tarikan terhadap logam itu sebagai pelaburan selamat," katanya.
Kontrak Oktober 2013 turun 41 mata asas kepada RM131.80 segram manakala Disember 2013 susut 38 mata asas kepada RM132.40 segram.
Kontrak diurus niaga jumlah 479 lot bernilai RM6.3 juta berbanding 372 lot bernilai RM5.0 juta yang diurus niaga kelmarin.
Broker berlesen menyumbang 56 peratus daripada urus niaga semalam. Pada 9 pagi, komitmen terbuka berjumlah 649 kontrak berbanding 683 kontrak sebelumnya. - REUTERS
Subscribe to:
Posts (Atom)













