Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 28 Oktober 2013


Harga emas berlegar di paras tertinggi hampir lima minggu pada Isnin berikutan pedagang menjangkakan Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan langkah rangsangan ekonominya pada mesyuarat dasar minggu ini.

Harga jongkong emas jatuh hampir 20 peratus tahun ini kerana pelabur menjual pegangan masing-masing bagi melabur dalam pasaran saham yang lebih menguntungkan.

Sejak dua minggu lalu, emas menokok hampir enam peratus kerana data ekonomi AS yang lemah dan pertelingkahan berhubung bajet negara di Washington.

"Kami percaya pengurangan itu akan ditangguhkan dan ia adalah positif untuk logam berharga," kata Brian Lan, pengarah urusan di Goldsilver Centre Pte Ltd.

"Harga emas akan ditutup melepasi AS$1,400 hujung tahun ini."

Harga emas sementara jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,349.96 seauns pada 0628 GMT.

Jumaat lalu, logam itu mencecah AS$1,355.20 - paras tertinggi sejak 20 September.

Harga platinum menokok sehingga 0.7 peratus disebabkan kebimbangan mogok di Afrika Selatan akan membantutkan bekalan.

Mesyuarat jawatankuasa Rizab Persekutuan akan mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan mesyuarat esok.

Bank pusat AS dijangka mengekalkan dasar monetari minggu ini dan akan terus membeli balik bon bulanan pada harga AS$85 bilion, sementara menanti lebih banyak maklumat berhubung kesan bajet negara kepada ekonomi negara itu.

Pelabur memantau permintaan fizikal Asia, pengguna terbesar emas, yang mana permintangan berkurangan kebelakangan ini.

"Permintaan fizikal sepi kerana harga semakin mahal. Satu-satunya pasaran yang membeli ialah India," kata Lan.

Premium di India melonjak ke paras tertinggi AS$130 seauns minggu lalu kerana sekatan kerajaan ke atas import emas.

India akan menyambut Deepavali dan Dhanteras pada awal November.

Di China, premium pada Shanghai Gold Exchange jatuh ke paras negatif semalam. - REUTERS

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment