Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 21 Oktober 2013


Harga emas kukuh semalam disokong jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika (AS) akan menangguhkan program rancangan monetarinya.

Harga logam berharga itu meningkat hampir empat peratus pada minggu lalu dengan jangkaan Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan langkah rangsangan selepas penutupan operasi kerajaan selama dua minggu menjejaskan jangkaan pertumbuhan.

Walau bagaimanapun, peningkatan dalam aset lain menjejaskan daya tarikan emas kepada pelabur, sementara permintaan fizikal kekal lemah.

Harga semasa emas tidak berubah pada AS$1,315.30 seauns pada 1015 GMT, sementara pasaran hadapan emas AS bagi penghantaran Disember naik 20 sen kepada AS$1,314.80.

Harga bulan semasa mencecah paras tertinggi dalam tempoh satu setengah minggu pada Jumaat lalu selepas melonjak semula daripada paras terendah dalam tempoh tiga bulan pada paras AS$1,251.66.

"Pergerakan pada minggu lalu didorong oleh pembelian pendek dan kelemahan dolar AS," kata Penganalisis VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.

Emas jatuh lebih daripada lima peratus tahun ini dengan jangkaan Rizab Persekutuan AS akan mengurangkan bon bulanannya bernilai AS$85 bilion.

Harga logam lain, perak jatuh 0.8 peratus kepada AS$22.06 seauns, platinum naik 0.2 peratus kepada AS$ 1,433.99 sauns sementara palladium menambah 0.4 peratus kepada AS$741.50 seauns.

Sementara itu, di pasaran tempatan, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah semalam dalam dagangan lengan berikutan pelabur masih berhati-hati dengan perkembangan perjanjian sementara siling hutang AS pada 17 Oktober.

Ketua Eksekutif Bursa, Chong Kim Seng, berkata pasaran dijangka terus tidak menentu apabila ia cuba menyelesaikan diri dengan perjanjian saat-saat akhir itu.

Sementara itu, peniaga daripada Philip Futures Sdn Bhd, Nicole So Siew Chien, berkata kontrak niaga hadapan emas tempatan yang lemah itu sejajar dengan aliran menurun ringgit, apabila pelabur juga berhati-hati menjelang pembentangan Bajet 2014 pada Jumaat ini.

Bulan semasa Oktober 2013 dan Disember 2013 susut empat mata setiap satu, masing-masing kepada RM134.05 segram dan RM134.80 segram.

Jumlah dagangan berjumlah 317 lot bernilai RM4.23 juta berbanding 583 lot bernilai RM7.8 juta pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka berjumlah 741 kontrak daripada 1,032 kontrak pada Jumaat minggu lalu. - REUTERS & BERNAMA

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment