Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 29 Oktober 2013


Harga emas jatuh sedikit semalam berikut pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), merosot daripada paras tertinggi dalam tempoh lima minggu kerana pelabur mula mengambil kira jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan program rangsangan ekonominya sehingga awal tahun depan.

Rizab Persekutuan AS memulakan mesyuarat dasar dua harinya semalam yang mana ia dijangkakan untuk mengesahkan bahawa ia kan meneruskan rancangan pembelian bon bulanannya pada kadar AS$85 bilion.

Kebanyakan ahli ekonomi percaya Rizab Persekutuan AS akan mula mengurangkan program pembelian bon itu pada awal tahun depan.

Harga penanda aras emas jatuh 0.5 peratus kepada AS$1,344.64 seauns pada 1104 GMT. Ia mencecah paras tertinggi sejak 20 September pada paras AS$1,361.60 pada sesi sebelumnya, berikutan perangkaan ekonomi yang lemah daripada dijangkakan.

Harga emas pasaran hadapan AS bagi kontrak Disember jatuh AS$7.30 seauns pada AS$1,345.10.

Sementara itu, di pasaran hadapan Bursa Malaysia Derivatives, harga logam berharga itu ditutup tanpa perubahan berikutan perangkaan ekonomi AS yang lemah.

Peniaga dari Phillip Futures Sdn Bhd, Nicole So Siew Chien, berkata pelabur tidak cergas dan menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) bank pusat AS malam tadi.

Beliau berkata, peserta pasaran menjangka bank pusat itu akan meneruskan program rangsangan ekonominya dengan suntikan dana adalah perkembangan positif bagi emas.

Kontrak November diniagakan kali buat kali pertama dengan harga pembukaan RM137.00 segram manakala Oktober 2013, November 2013 dan Disember 2013 masing-masing kekal pada RM136.20 segram, RM136.45 segram dan RM137.00 segram.

Kontrak diurus niaga berjumlah 357 lot bernilai kira-kira RM4.86 juta daripada 180 lot bernilai RM2.4 juta.

Komitmen terbuka meningkat kepada 1,112 kontrak daripada 939 kontrak sebelumnya. - AGENSI

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment