Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 11 Oktober 2013


Emas berada pada landasan untuk mengalami penurunan mingguan kedua semalam ketika petunjuk mengenai kebuntuan bajet Amerika Syarikat (AS) mungkin akan menuju ke arah penyelesaian yang menaikkan dolar dan mengurangkan tarikan logam berharga itu.

pengubal undang-undang Republikan, yang tidak meluluskan pembiayaan bajet, kelmarin menawarkan pelan yang akan memanjangkan kuasa pinjaman kerajaan Amerika Syarikat selama beberapa minggu.

Jika diterima oleh Demokrat, ia akan mencegah AS daripada gagal membayar hutang pada 17 Oktober ini.

Spot emas stabil pada AS$1,285.60 seauns pada 1009 GMT, selepas jatuh selama tiga sesi berturut-turut. Logam itu susut 1.9 peratus pada minggu keenam dalam tujuh minggu.

Kali terakhir berlaku ketegangan tinggi dalam rundingan untuk menaikkan siling Amerika Syarikat pada 2011, emas mencatatkan paras rekod tinggi.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus mencatatkan penutupan pada paras lebih rendah menjelang hujung minggu berikutan kenaikan ringgit berbanding dolar AS.

Peniada daripada Philip Futures Sdn Bhd, Liam Kian Yap, berkata penyusutan ini juga seiring dengan kejatuhan harga emas AS.

"Disember 2013 mencatatkan penurunan mingguan kerana tanda-tanda kebuntuan belanjawan Washington mungkin dapat diselesaikan membataskan tarikan terhadap logam itu sebagai pelaburan selamat," katanya.

Kontrak Oktober 2013 turun 41 mata asas kepada RM131.80 segram manakala Disember 2013 susut 38 mata asas kepada RM132.40 segram.

Kontrak diurus niaga jumlah 479 lot bernilai RM6.3 juta berbanding 372 lot bernilai RM5.0 juta yang diurus niaga kelmarin.

Broker berlesen menyumbang 56 peratus daripada urus niaga semalam. Pada 9 pagi, komitmen terbuka berjumlah 649 kontrak berbanding 683 kontrak sebelumnya. - REUTERS


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment