Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 09 Oktober 2013


Harga emas susut semalam berikutan dolar mencecah paras terendah dalam tempoh lapan bulan, namun masih disokong oleh kebimbangan bahawa kebuntuan bajet AS akan mempengaruhi rundingan untuk menaikkan siling hutang.

Emas berada pada jajaran AS$20 minggu ini berikutan pembeli hanya memerhati kerana kurang data mengenai AS dan ketidakpastian bagaimana keadaan di Washington akan diselesaikan.

Kelegaan bahawa Presiden Barack Obama memilih Naib Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen untuk mengetuai bank pusat AS itu, menamatkan ketidakpastian pengganti Ben Bernake, telah menaikkan indeks dolar.

Emas spot susut 0.7 peratus pada AS$1,309.71 seauns manakala kontrak hadapan AS bagi penghantaran Disember susut AS$14.80 seauns pada AS$1,309.80.

Penganalisis berkata, kegagalan emas untuk memanfaatkan rundingan hutang yang tidak berjaya itu mencerminkan kurangnya keyakinan pelabur dalam logam itu, dengan jangkaan Rizab Persekutuan mungkin akan menghentikan rangsangan kewangannya tidak lama lagi.

Ketegangan pada rundingan untuk menaikkan siling hutang adalah faktor utama yang memacu emas mencatatkan paras tertinggi pada 2011.

"Kegagalan kerajaan AS patut dilihat dari sudut positif untuk emas kerana ia akan menjadi selamat terhadap pelabur AS," kata perunding di Quantitative Commodity Research, Peter Fertig.

"Emas tidak bertindak kukuh kepada pembangunan di AS dan ia adalah mengejutkan," tambahnya lagi.

Beberapa penganalisis berkata ia mungkin disebabkan pasaran kewangan yang lebih luas masih belum menetapkan harga dalam kegagalan sebenar AS.

"Jika anda melihat statistik bagi pegangan emas di SPDR Gold Trust, mereka kembali menurun. Ia memberi petanda bahawa pelabur besar masih kurang yakin dengan pegangan emas dan mereka tidak yakin situasi ini akan menjadikan harga emas kembali tinggi," katanya.

SPDR Gold Trust menyaksikan kekurangan lapan tan emas sejak penutupan kerajaan pada 1 Oktober lalu dan kini kembali di landasan untuk penurunan dalam tempoh enam minggu berturut-turut minggu ini. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment