Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 17 Oktober 2013


Harga emas sedikit berganjak selepas Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang perbelanjaan sementara bagi mengelakkan kerajaan daripada ingkar membayar balik hutangnya dan menamatkan penutupan operasi kerajaan, sekali gus mengurangkan daya tarikan emas sebagai pelaburan selamat.

Urus janji itu, bagaimanapun, hanya bersifat sementara menawarkan pembiayaan kepada kerajaan sehingga 15 Januari dan meningkatkan had hutang sehingga 7 Febuari.

Republikan dan Demokrat belum mencapai kata sepakat berhubung penyelesaian perbelanjaan kerajaan itu.

Ini mencadangkan  kemungkinan akan berlaku satu lagi penutupan operasi kerajaan pada awal tahun depan.

Emas spot jatuh 0.05 peratus kepada AS$1,280.39 satu auns pada 0314 GMT.

"Dalam beberapa minggu akan datang, pasaran akan lebih berhati-hati kerana banyak perkara lagi yang belum selesai.

"Sentimen terhadap emas masih agak lemah dengan aliran keluar dana tukaran dagangan.

"Sukar untuk melihat sebab-sebab yang akan mendorong harga emas bergerak ke paras lebih tinggi lagi," kata Penganalisis ANZ, Victor Thianpiriya.

Pegangan SPDR Gold Trust pula jatuh 3.6 tan kepada 885.53 tan pada Rabu, mencecah paras terendah empat tahun.

Dana itu menyaksikan 400 tan mengalir keluar tahun ini, memudarkan sentimen pelabur.

Emas jatuh kira-kira empat peratus sejak penutupan operasi kerajaan AS pada 1 Oktober, jatuh di bawah AS$1,300 satu auns berikutan logam itu gagal menerima sokongan.

Peniaga berkata, pasaran tidak mengambil kira kegagalan kerajaan dalam membayar hutangnya berikutan jangkaan AS akan tetap mencapai penyelesaian akhirnya.

Dengan persetujuan akan urus janji sementara itu, pelabur akan mengalih tumpuan kepada data ekonomi utama, yang akan dikeluarkan disebabkan penutupan itu, bagi menentukan impaknya ke atas ekonomi dan langkah rangsangan Rizab Persekutuan.

Permintaan fizikal pula terus kukuh dengan premium di India dan China meningkat. - REUTERS

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment