Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 12 Mei 2013


Harga emas ditutup lebih tinggi Jumaat lalu apabila euro stabil berbanding dolar, namun kekal dalam landasan mencatatkan penurunan mingguan pertama dalam tempoh tiga minggu selepas data pekerjaan memberangsangkan Amerika Syarikat (AS) menjejaskan daya tarikannya sebagai pelaburan alternatif.

Kenaikan kecil buat kali pertama sejak pertengahan Mac dalam pegangan tukaran SPDR Gold Trust memberikan sedikit harapan kepada logam itu, yang susut 12 peratus tahun ini apabila pelabur beralih kepada pasaran saham.

Spot emas turun kepada AS$1,452.84 seauns sebelum meningkat semula kepada AS$1,459.90 naik AS$2.20.

Hadapan emas AS bagi penghantaran Jun mencatatkan sesi terendah AS$1,451.60 seauns dan berada pada AS$1,458.80 pada petang, namun masih turun sebanyak AS$9.80.

SPDR Gold Trust, dana tukaran asing sokongan emas terbesar dunia berkata pegangannya meningkat 0.26 peratus kepada 1,054.18 tan pada Khamis daripada 1,051.47 tan pada hari Rabu, namun masih lagi berada hampir pada paras terendah dalam empat tahun.

Pemberhentian jualan akan menyokong emas, kata penganalisis, namun masih terlalu awal untuk memaksa jualan.

India, pengguna emas terbesar dunia akan menyambut Akshaya Tritiya, festival belian emas terbesarnya selepas Dhanteras. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 10 Mei 2013


Harga emas ditutup lebih tinggi semalam apabila euro stabil berbanding dolar, namun kekal dalam landasan mencatatkan penurunan mingguan pertama dalam tempoh tiga minggu selepas data pekerjaan memberangsangkan Amerika Syarikat (AS) menjejaskan daya tarikannya sebagai pelaburan alternatif.

Kenaikan kecil buat pertama kali sejak pertengahan Mac dalam pegangan tukaran SPDR Gold Trust memberikan sedikit harapan kepada logam itu, yang susut 12 peratus tahun ini apabila pelabur beralih kepada pasaran saham.

Spot emas turun kepada AS$1,452.84 seauns sebelum meningkat semula kepada AS$1,459.90 naik AS$2.20.

Hadapan emas AS bagi penghantaran Jun mencatatkan sesi terendah AS$1,451.60 seauns dan berada pada AS$1,458.80 petang, namun masih turun sebanyak AS$9.80.

SPDR Gold Trust, dana tukaran asing sokongan emas  terbesar dunia berkata, pegangannya meningkat 0.26 peratus kepada 1,054.18 tan pada Khamis daripada 1,051.47 tan pada Rabu, namun masih lagi berada hampir pada paras terendah dalam empat tahun.

Pemberhentian jualan akan menyokong emas,"kata penganalisis, namun masih berlaku awal untuk memaksa jualan.

India, pengguna emas terbesar dunia akan menyambut Akshaya Tritiya, festival belian emas terbesarnya selepas Dhanteras.

Premium bagi jongkong emas di Singapura, yang menjual emas kepada India turun kepada AS$2.50 seauns kepada harga spot London daripada AS$3 minggu lepas.

Namun, bekalan kekal sempit di Hong Kong berikutan pemintaan kukuh daripada pengguna kedua terbesar, China, yang mengekalkan premium pada paras tertinggi dalam beberapa bulan pada AS$3.

"Penduduk di Hong Kong masih lagi merungut berhubung bekalan yang sempit. Kelihatannya stok di dalam gedung habis dijual setiap hari," kata seorang peniaga di Singapura.

Emas jatuh ke paras sekitar AS$1,321 pada 16 April, paras terendah dalam dua tahun selepas kebimbangan berhubung jualan bank pusat dan penurunan di bawah AS$1,500 mencetuskan jualan yang mengejutkan pelabur, sekali gus menyebabkan mereka mengurangkan pegangan ETF.

Kejatuhan itu merangsang kenaikan belian fizikal, membantu mengeluarkan  harganya daripada paras terendah.

Import emas China dijangka terus meningkat selepas bertambah sekali ganda ke paras tertinggi dalam sejarah pada Mac.

Ekuiti Jepun meningkat ke paras tertinggi dalam lima setengah tahun apabila dolar yang melepasi paras penanda aras 100 yen memberi kesan ke atas sentimen, sambil saham Asia jatuh apabila ekuiti global mengambil keputusan berehat seketika susulan rali kebelakangan ini. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 09 Mei 2013


Harga emas menurun semalam, apabila dolar meningkat dengan kukuh berbanding euro dan pasaran saham serantau menguncup dan permintaan fizikal mula perlahan manakala minat pelaburan kekal lembap.

Pembekalan emas jongkong, syiling dan ketulan emas semakin ketat di setengah negara Asia, namun aliran keluar daripada dana dagangan bursa tidak menunjukkan tanda-tanda surut dengan keyakinan pelabur yang lemah dalam skop logam bernilai tahun ini, yang mana analisis berkata mungkin akan menjadikan harga dalam jajaran sempit untuk tempoh jangka masa pendek.

"Permintaan fizikal kekal kukuh, walaupun tidak sebanyak minggu sebelumnya, dan kami tidak melihat kebanyakkannya kembali ke pasaran yang dilihat menyokong lanjutan,"kata analisis Standard Bank, Walter de Wet.

"Namun sudah tentu kita melihat kepada kecairan ETF yang akan mengheret dan mengimbangkan ia kembali, maksud saya harga akan kekal berlegar sekitar AS$1,450 dan AS$1,480 dalam tempoh pendek."

Harga emas didagangkan sekitar 0.1 peratus kepada AS$1,470.36 pada 1155 GMT, naik 1.4 peratus berbanding sesi sebelumnya iaitu lonjakan terbesar dakam peningkatan sehari untuk tempoh dua minggu.

Harga di AS pula untuk penghantaran Jun jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,470.90 seauns.

Harga melantun kembali lebih daripada AS$100 berbanding 14 April meliputi AS$1,321.35, namun balikan kembali akan berkekalan apabila pelabur terus memindahkan pelaburan mereka kepada ekuiti, katanya.

"Berdasarkan prestasi hasil yang tinggi dalam ekuiti global, berlaku pengurangan risiko di Eropah berdasarkan peningkatan jumlah pekerjaan di AS dan perubahan pada kadar inflasi, pelabur lebih cenderung melabur wang mereka kembali ke pasaran saham dan mengurangkan pegangan kepada komoditi,"kata MKS Capital. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 08 Mei 2013


Harga emas meningkat semalam disokong permintaan dari China dan pasaran fizikal yang ketat, namun kenaikannya dihadkan oleh pasaran ekuiti kukuh dan kejatuhan pegangan dalam dana pertukaran perdagangan berasaskan emas (ETF) kepada paras terendah dalam tempoh empat tahun.

Import emas bersih China daripada Hong Kong mencapai paras tertinggi pada Mac dan permintaan bagi tempoh beberapa bulan akan datang dijangka meningkat yang berkemungkinan menyokong harga emas yang terjejas oleh aliran keluar ETF yang berterusan selepas mencatat kejatuhan harga terendah dalam sejarah bulan lalu.

"Wujudnya kecairan berterusan daripada ETF yang memberikan tekanan kepada emas. Sentimen ini tidak baik," kata Ronald Leung, ketua peniaga di Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong.

Emas mencapai paras rendah AS$1,447 seauns sebelum melonjak AS$2.22 kepada AS$1,454.21 pada 0626 GMT.

Walaupun harga emas mula meningkat selepas pengumuman data perdagangan China yang menunjukkan ekonominya mencatat pemulihan kukuh, namun peniaga berkata kenaikan itu disebabkan oleh kegiatan membeli saham murah dan bekalan fizikal ketat.

"Dagangan akan berada pada jujuran itu," kata Leung, yang menjangkakan emas akan bergerak antara AS$1,435 ke AS$1,485. Emas AS didagangkan kepada AS$1,453.60 seauns, naik AS$4.80.

SPDR Gold Trust, dana ETF terbesar dunia, berkata pegangannya susut 0.42 peratus kepada 1,057.79 tan pada Selasa. Dari segi auns, pegangan ETF susut kepada 34,008,852 auns, paras paling lemah sejak awal 2009.

Emas tunai susut lebih daripada 13 peratus setakat ini selepas mencatatkan peningkatan tahunan (12 bulan berturut-turut) disokong pelonggaran dasar yang mendorong pelabur membeli komoditi itu.

Sementara itu, pasaran fizikal yang kekal ketat memacu peningkatan bar, syiling dan ketulan emas selepas harganya susut kepada paras lebih daripada paras dua tahun rendah pada pertengahan April.

"Masih ada kekurangan bekalan di logam fizikal yang mana menjadikan premium kepada paras tertinggi. Apa yang boleh diperkatakan ialah bar emas adalah AS$3.50 seauns," kata peniaga di Hong Kong.

Pasaran fizikal di Singapura kurang aktif kelmarin dengan pengguna tidak memasuki pasaran.

"Bekalan ketat dan saya mendapat berita bahawa premium di Hong Kong disebut pada AS$4 kepada AS$4.50. Permintaan dari Indonesia dan Thailand reda, namun masih ada sedikit jualan hari ini,' kata peniaga Singapura.

Emas juga mendapat sokongan daripada data China.

Aliran emas bersih dari Hong Kong ke China, iaitu negara pengguna kedua terbesar selepas India, melonjak kepada 223.52 tan pada Mac daripada 97.11 tan pada Febuari, melepasi rekod terdahulu iaitu 114.37 tan pada Disember. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 07 Mei 2013


Emas susut semalam, kehilangan sinar sebagai pelaburan alternatif selepas pasaran saham meningkat pada harapan pemulihan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan ketika dana pelaburan emas susut ke paras terendah dalam tempoh tiga tahun.

Walaupun pembelian fizikal membantu emas kembali meningkat daripada paras rendah dua tahun yang direkodkan pada April, pengaliran keluar ETF mencerminkan keadaan berterusan penurunan minat pelabur dalam logam itu yang susut lebih 12 peratus pada 2013 selepas naik setiap tahun untuk 12 tahun sebelumnya.

Emas susut AS$6.45 seauns kepada AS$1,462 menjelang 0609 GMT.

Ia naik hampir tiga minggu tinggi sebanyak AS$1,462.80 pada Jumaat bersandarkan pembelian lindung nilai yangdicetuskan oleh Bank Pusat Eropah dan keputusan Rizab Persekutuan AS untuk meneruskan program rangsangan.

"Saya merasakan sentimen agak bercampur. Permintaan fizikal menyokong emas tetapi kamu akan menyaksikan terdapat kecairan dalam pasaran.

"Emas dalam jangka masa sederhana masih sedikit menyakinkan. Kamu boleh melihat pegangan SPDR masih turun sebanyak tiga hingga empat tan setiap hari," kata ketua niaga Wing Fung Precious Metals, Peter Fung di Hong Kong.

SPDR Gold Trust, dana pelaburan emas terbesar dunia, berkata pegangannya jatuh 0.31 peratus kepada 1,062.30 tan pada Isnin, terendah sejak Ogos 2009.

Emas susut ke sekitar AS$1,321 pada 16 April, terendah lebih dua tahun, selepas ia susut di bawah AS$1,500 dan kebimbangan jualan bank pusat membawa kepada penjualan yang mengejutkan pelabur dan mencetuskan mereka untuk menurunkan pegangan dalam pelaburan emas.

Penyusutan emas  mencetuskan minat belian di Asia dan bahagian lain dunia, membawa kepada kekuurangan jongkong emas, syiling dan logam emas di Hong Kong, Singapura dan Tokyo serta membantu logam itu kembali meningkat.

Namun, kegagalan emas untuk kembali kepada paras psikologi AS$1,500 mencadangkan dana logam itu masih dalam memerhati.

Emas AS untuk penghantaran Jun pada AS$1,462.10 seauns, turun AS$5.90.

"Kami menjangkakan permintaan fizikal menyokong pasaran, tetapi ia mungkin sukar bertahan ketika pasaran ekuiti meningkat, pengaliran keluar dana ETF serta keadaan spekulatif dalam jangka pendek.

"Selain itu, kebimbangan inflasi global yang mungkin menyokong emas adalah rendah. Kami menjangkakan peningkatan harga melepasi separuh kedua 2013 yang mana emas patut didagangkan dalam paras sederhana tinggi pada AS$1,500, " kata ANZ dalam satu laporan. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 06 Mei 2013


Emas didagangkan lebih tinggi semalam dengan pembeli berminat untuk kembali ke pasaran selepas minggu kedua peningkatan mencadangkan penurunan emas bulan lalu sepanjang lebih dua tahun kini mula meraih momentum.

Emas meraih lantunan pada Jumaat selepas data tenaga buruh AS naik lebih daripada jangkaan pada April, meredakan bimbangan terhadap pemulihan negara itu dan menghapuskan keperluan kepada langkah pelonggaran monetari.

Emas jatuh lebih daripada AS$25 seauns daripada paras tertinggi Jumaat namun berakhir lebih tinggi pada minggu lalu.

Harga emas naik
Harga emas naik 0.2 peratus kepada AS$1,473.66 seauns pada 0915 GMT, manakala harga hadapan emas untuk penghantaran Jun naik AS$8.90 seauns kepada AS$1,473.10.

Dagangan dijangka akan sepi di Eropah kerana London ditutup sempena cuti umum.

"Secara teknikal kita kini dalam corak peningkatan sejak paras terendah pertengahan April," kata Naib Presiden Saxo Bank, Ole Hansen.

"Minggu ini kita berada hampir paras terendah jadi sebarang rangsangan mungkin akan mampu menolaknya menghampiri jurang, namun setakat ini pembetulan sangat cetek."

Aliran keluar jongkong emas yang disokong bursa dagangan produk mencecah paras rekod terbaru baru-baru ini, katanya.

SPDR Gold Trust di New York melaporkan aliran keluar 3.6 tan pada Jumaat berbanding 6.6 tan pada April.

Pengurangan ETP
 "pengurangan ETP menunjukkan paras terendah dalam minggu keempat minggu lalu dan pengurangan dana lindung nilai," kata Hansen.

"Semua petunjuk pasaran berpotensi mampu merangsang serangan kepada 1488 diikuti 1525, khususnya dengan pertimbangan laluan peralihan yang kita raih walaupun dengan berita harga negatif pada Jumaat," katanya.

Pengukuhan dolar dan kelemahan saham menghadkan peningkatan dalam emas.

 Mata wang dolar mengukuh 0.1 peratus berbanding mata wang lain selepas data pekerjaan diumumkan.

Saham Eropah jatuh awal dagangan semalam apabila pelabur berehat sebentar selepas rali minggu sebelumnya walaupun terdapat beberapa peningkatan berterusan yang disokong bank pusat. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS