Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 06 Mei 2013


Emas didagangkan lebih tinggi semalam dengan pembeli berminat untuk kembali ke pasaran selepas minggu kedua peningkatan mencadangkan penurunan emas bulan lalu sepanjang lebih dua tahun kini mula meraih momentum.

Emas meraih lantunan pada Jumaat selepas data tenaga buruh AS naik lebih daripada jangkaan pada April, meredakan bimbangan terhadap pemulihan negara itu dan menghapuskan keperluan kepada langkah pelonggaran monetari.

Emas jatuh lebih daripada AS$25 seauns daripada paras tertinggi Jumaat namun berakhir lebih tinggi pada minggu lalu.

Harga emas naik
Harga emas naik 0.2 peratus kepada AS$1,473.66 seauns pada 0915 GMT, manakala harga hadapan emas untuk penghantaran Jun naik AS$8.90 seauns kepada AS$1,473.10.

Dagangan dijangka akan sepi di Eropah kerana London ditutup sempena cuti umum.

"Secara teknikal kita kini dalam corak peningkatan sejak paras terendah pertengahan April," kata Naib Presiden Saxo Bank, Ole Hansen.

"Minggu ini kita berada hampir paras terendah jadi sebarang rangsangan mungkin akan mampu menolaknya menghampiri jurang, namun setakat ini pembetulan sangat cetek."

Aliran keluar jongkong emas yang disokong bursa dagangan produk mencecah paras rekod terbaru baru-baru ini, katanya.

SPDR Gold Trust di New York melaporkan aliran keluar 3.6 tan pada Jumaat berbanding 6.6 tan pada April.

Pengurangan ETP
 "pengurangan ETP menunjukkan paras terendah dalam minggu keempat minggu lalu dan pengurangan dana lindung nilai," kata Hansen.

"Semua petunjuk pasaran berpotensi mampu merangsang serangan kepada 1488 diikuti 1525, khususnya dengan pertimbangan laluan peralihan yang kita raih walaupun dengan berita harga negatif pada Jumaat," katanya.

Pengukuhan dolar dan kelemahan saham menghadkan peningkatan dalam emas.

 Mata wang dolar mengukuh 0.1 peratus berbanding mata wang lain selepas data pekerjaan diumumkan.

Saham Eropah jatuh awal dagangan semalam apabila pelabur berehat sebentar selepas rali minggu sebelumnya walaupun terdapat beberapa peningkatan berterusan yang disokong bank pusat. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment