Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 10 Mei 2013


Harga emas ditutup lebih tinggi semalam apabila euro stabil berbanding dolar, namun kekal dalam landasan mencatatkan penurunan mingguan pertama dalam tempoh tiga minggu selepas data pekerjaan memberangsangkan Amerika Syarikat (AS) menjejaskan daya tarikannya sebagai pelaburan alternatif.

Kenaikan kecil buat pertama kali sejak pertengahan Mac dalam pegangan tukaran SPDR Gold Trust memberikan sedikit harapan kepada logam itu, yang susut 12 peratus tahun ini apabila pelabur beralih kepada pasaran saham.

Spot emas turun kepada AS$1,452.84 seauns sebelum meningkat semula kepada AS$1,459.90 naik AS$2.20.

Hadapan emas AS bagi penghantaran Jun mencatatkan sesi terendah AS$1,451.60 seauns dan berada pada AS$1,458.80 petang, namun masih turun sebanyak AS$9.80.

SPDR Gold Trust, dana tukaran asing sokongan emas  terbesar dunia berkata, pegangannya meningkat 0.26 peratus kepada 1,054.18 tan pada Khamis daripada 1,051.47 tan pada Rabu, namun masih lagi berada hampir pada paras terendah dalam empat tahun.

Pemberhentian jualan akan menyokong emas,"kata penganalisis, namun masih berlaku awal untuk memaksa jualan.

India, pengguna emas terbesar dunia akan menyambut Akshaya Tritiya, festival belian emas terbesarnya selepas Dhanteras.

Premium bagi jongkong emas di Singapura, yang menjual emas kepada India turun kepada AS$2.50 seauns kepada harga spot London daripada AS$3 minggu lepas.

Namun, bekalan kekal sempit di Hong Kong berikutan pemintaan kukuh daripada pengguna kedua terbesar, China, yang mengekalkan premium pada paras tertinggi dalam beberapa bulan pada AS$3.

"Penduduk di Hong Kong masih lagi merungut berhubung bekalan yang sempit. Kelihatannya stok di dalam gedung habis dijual setiap hari," kata seorang peniaga di Singapura.

Emas jatuh ke paras sekitar AS$1,321 pada 16 April, paras terendah dalam dua tahun selepas kebimbangan berhubung jualan bank pusat dan penurunan di bawah AS$1,500 mencetuskan jualan yang mengejutkan pelabur, sekali gus menyebabkan mereka mengurangkan pegangan ETF.

Kejatuhan itu merangsang kenaikan belian fizikal, membantu mengeluarkan  harganya daripada paras terendah.

Import emas China dijangka terus meningkat selepas bertambah sekali ganda ke paras tertinggi dalam sejarah pada Mac.

Ekuiti Jepun meningkat ke paras tertinggi dalam lima setengah tahun apabila dolar yang melepasi paras penanda aras 100 yen memberi kesan ke atas sentimen, sambil saham Asia jatuh apabila ekuiti global mengambil keputusan berehat seketika susulan rali kebelakangan ini. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment