Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 08 Mei 2013


Harga emas meningkat semalam disokong permintaan dari China dan pasaran fizikal yang ketat, namun kenaikannya dihadkan oleh pasaran ekuiti kukuh dan kejatuhan pegangan dalam dana pertukaran perdagangan berasaskan emas (ETF) kepada paras terendah dalam tempoh empat tahun.

Import emas bersih China daripada Hong Kong mencapai paras tertinggi pada Mac dan permintaan bagi tempoh beberapa bulan akan datang dijangka meningkat yang berkemungkinan menyokong harga emas yang terjejas oleh aliran keluar ETF yang berterusan selepas mencatat kejatuhan harga terendah dalam sejarah bulan lalu.

"Wujudnya kecairan berterusan daripada ETF yang memberikan tekanan kepada emas. Sentimen ini tidak baik," kata Ronald Leung, ketua peniaga di Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong.

Emas mencapai paras rendah AS$1,447 seauns sebelum melonjak AS$2.22 kepada AS$1,454.21 pada 0626 GMT.

Walaupun harga emas mula meningkat selepas pengumuman data perdagangan China yang menunjukkan ekonominya mencatat pemulihan kukuh, namun peniaga berkata kenaikan itu disebabkan oleh kegiatan membeli saham murah dan bekalan fizikal ketat.

"Dagangan akan berada pada jujuran itu," kata Leung, yang menjangkakan emas akan bergerak antara AS$1,435 ke AS$1,485. Emas AS didagangkan kepada AS$1,453.60 seauns, naik AS$4.80.

SPDR Gold Trust, dana ETF terbesar dunia, berkata pegangannya susut 0.42 peratus kepada 1,057.79 tan pada Selasa. Dari segi auns, pegangan ETF susut kepada 34,008,852 auns, paras paling lemah sejak awal 2009.

Emas tunai susut lebih daripada 13 peratus setakat ini selepas mencatatkan peningkatan tahunan (12 bulan berturut-turut) disokong pelonggaran dasar yang mendorong pelabur membeli komoditi itu.

Sementara itu, pasaran fizikal yang kekal ketat memacu peningkatan bar, syiling dan ketulan emas selepas harganya susut kepada paras lebih daripada paras dua tahun rendah pada pertengahan April.

"Masih ada kekurangan bekalan di logam fizikal yang mana menjadikan premium kepada paras tertinggi. Apa yang boleh diperkatakan ialah bar emas adalah AS$3.50 seauns," kata peniaga di Hong Kong.

Pasaran fizikal di Singapura kurang aktif kelmarin dengan pengguna tidak memasuki pasaran.

"Bekalan ketat dan saya mendapat berita bahawa premium di Hong Kong disebut pada AS$4 kepada AS$4.50. Permintaan dari Indonesia dan Thailand reda, namun masih ada sedikit jualan hari ini,' kata peniaga Singapura.

Emas juga mendapat sokongan daripada data China.

Aliran emas bersih dari Hong Kong ke China, iaitu negara pengguna kedua terbesar selepas India, melonjak kepada 223.52 tan pada Mac daripada 97.11 tan pada Febuari, melepasi rekod terdahulu iaitu 114.37 tan pada Disember. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment