Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Petikan Daripada Berita Harian : Didakwa ubah wang haram RM1.1 juta


Oleh Rafidah Mat Ruzuki
fidahruzki@bh.com.my

Shah Alam - Seorang wanita yang disyaki ada kaitan dengan syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva (M) Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini semalam atas 19 tuduhan mengubah wang haram RM1.1 juta.

Pengarah syarikat Ng Advantage Sdn Bhd itu, Ng Wan Yean, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkenaan yang didakwa dilakukan antara 18 Julai 2011 hingga 28 Ogos 2012.

Dia dituduh mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA), melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Jalan PJU 1/3F Sunwaymas Commercial Centre, Petaling Jaya, dekat sini.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh didenda sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Diikat jamin RM80,000
Minggu lalu, dua abangnya Wan Yee, 34, dan Yee Yaw, 32, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan terbabit dalam pengubahan wang haram dan menerima wang hasil daripada pelbagai syarikat termasuk Genneva.

Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya, Mardziatun Nisa Ahmadul Kaber mengendalikan pendakwaan, manakala Wan Yee diwakili peguam, AS Dhaliwal yang memaklumkan anak guamnya itu turut dijadual didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan lain, hari ini.

Hakim datuk Noradidah Ahmad membenarkan Wan Yean  diikat jamin RM80,000, manakala pasport serta dokumen perjalanannya diserah kepada mahkamah sehingga kes itu selesai. Beliau juga menetapkan 25 Oktober ini untuk sebutan semula kes itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment