Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 08 Oktober 2013


Emas melanjutkan peningkatannya kerana penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang berlanjutan dan menjelangnya tarikh akhir untuk meningkatkan siling hutang negara bagi mengukuhkan permintaan terhadap logam lindung nilai itu.

Harga emas juga mendapat sokongan dari China, sebaik saja dibuka semula selepas cuti panjang Hari Kebangsaannya.

China adalah negara pengguna emas kedua terbesar dunia selepas India.

Kebuntuan bajet yang telah menutup sebahagian kerajaan Amerika Syarikat selama seminggu, dijangka berterusan jika Kongres kekal tidak mencapai sepakat dalam pembiayaan pelan kesihatan Presiden AS, Barack Obama.

Negara itu berdepan dengan tarikh akhir pada 17 Oktober untuk menaikkan paras siling hutang AS$16.7 trilion dengan pelabur bimbang kata sepakat terhadap bajet itu akan menjejaskan rundingan untuk menaikkan siling hutang sehingga menyebabkan kegagalan besar yang tidak pernah terjadi.

"Tidak akan berlaku sebarang kegagalan dalam pengurusan hutang AS kerana saya berpendapat Kongres tidak akan mengambil risiko itu.

"Maka dalam tempoh terdekat, kami menjangkakan harga emas akan naik kerana peningkatan risiko. Namun kami jangkakan perjanjian dicapai sebelum 17 Oktober ini dan emas akan kembali ke paras yang sama pada awal bulan ini," kata Ahli Ekonomi Haitong International Research di Hong Kong, Alexis Garatti.

Garatti berkata, ketidaktentuan berhubung siling hutang akan mendorong Rizab Persekutuan menunda sebarang langkah berkaitan pelan rangsangan pada Disember atau awal 2014, sekaligus menyediakan platform untuk menyokong emas dalam tempoh sederhana.

Emas meningkat 0.3 peratus kepada AS$1,325.19 satu auns pada 0631 GMT. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment