Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS
Showing posts with label Scam Scheme. Show all posts
Showing posts with label Scam Scheme. Show all posts

Petikan Daripada Berita Harian : Kena dakwa hari kedua berturut-turut


Farah Marshita Abdul Fatah
farahmarshita@bh.com.my

Kuala lumpur - Individu yang disyaki ada kaitan dengan pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd, sekali lagi didakwa, semalam, membabitkan 82 tuduhan pengubahan wang haram bernilai RM937.1 juta.

Tertuduh, Ng Wan Yean, 29, dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, sehari selepas dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, atas 19 tuduhan mengubah wang haram RM1.1 juta.

Wan Yean, 29 yang juga Pengarah Syarikat Ng Advantage Sdn Bhd, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik tuduhan dibacakan di depan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Dia didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang hasil kegiatan haram daripada akaun CIMB Bank Berhad milik Genneva Malaysia Sdn Bhd, yang semua berjumlah RM937.1 juta ke dalam akaun syarikat Ng Advantage.

Wan Yean dituduh melakukan semua kesalahan itu di RHB Bank Berhad, Nombor 75, Jalan Tun H S Lee, antara Januari 2011 hingga Ogos 2012 dan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganaan 2001, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM5 juta, atau kedua-duanya.

Diikat jamin RM50,000

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mardziatun Nisa Ahmad Kaber, tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu adalah serius dan membabitkan jumlah yang besar.

Mardziatun berkata, jika mahkamah membenarkan ikat jamin, beliau mencadangkan jaminan RM1 juta dengan seorang penjamin serta dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam bela, AS Dhaliwal, memohon jaminan dibenarkan terhadap anak guamannya dengan alasan tertuduh diberikan jaminan RM80,000 bagi kes di Shah Alam.

Mat Ghani  membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan kedua-dua kes didibicarakan bersama beserta syarat tambahan pasport diserahkan pada mahkamah.

Mahkamah menetapkan perbicaraan bermula 7 hingga 24 April tahun depan, manakala 27 November depan bagi pengurusan kes.

Minggu lalu, dua abang tertuduh, Wan Yee,34, dan Yee Yaw,32, bersama tiga lagi didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, atas 27 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM937 juta.

Pada 27 September lalu, bapa tertuduh, Ng Poh Weng, 63, bersama lima individu lain didakwa atas 913 pertuduhan menerima deposit haram membabitkan urus niaga RM5.5 bilion.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petikan Daripada Berita Harian : Didakwa ubah wang haram RM1.1 juta


Oleh Rafidah Mat Ruzuki
fidahruzki@bh.com.my

Shah Alam - Seorang wanita yang disyaki ada kaitan dengan syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva (M) Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini semalam atas 19 tuduhan mengubah wang haram RM1.1 juta.

Pengarah syarikat Ng Advantage Sdn Bhd itu, Ng Wan Yean, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkenaan yang didakwa dilakukan antara 18 Julai 2011 hingga 28 Ogos 2012.

Dia dituduh mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA), melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Jalan PJU 1/3F Sunwaymas Commercial Centre, Petaling Jaya, dekat sini.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh didenda sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Diikat jamin RM80,000
Minggu lalu, dua abangnya Wan Yee, 34, dan Yee Yaw, 32, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan terbabit dalam pengubahan wang haram dan menerima wang hasil daripada pelbagai syarikat termasuk Genneva.

Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya, Mardziatun Nisa Ahmadul Kaber mengendalikan pendakwaan, manakala Wan Yee diwakili peguam, AS Dhaliwal yang memaklumkan anak guamnya itu turut dijadual didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan lain, hari ini.

Hakim datuk Noradidah Ahmad membenarkan Wan Yean  diikat jamin RM80,000, manakala pasport serta dokumen perjalanannya diserah kepada mahkamah sehingga kes itu selesai. Beliau juga menetapkan 25 Oktober ini untuk sebutan semula kes itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Emas Genneva: 6 pegawai pelaburan emas didakwa atas 926 pertuduhan penggubahan wang haram


Kuala Lumpur: Enam pegawai kanan sebuah syarikat pelaburan jongkong emas didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini semalam atas 913 pertuduhan pengubahan wang haram dan 10 pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah membabitkan urus niaga berjumlah RM5.5 bilion dari 35 ribu pelabur emas Genneva Scam juga menawarkan pelaburan Genneva Syariah sebuah pelaburan yg dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir.

Semua didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram dengan cara memiliki, menerima, memindah dan memperoleh sejumlah wang hasil daripada aktiviti haram melalui cek daripada akaun CIMB Islamic Bank Berhad ke dalam akaun CIMB Bank Berhad milik mereka berjumlah RM1.5 bilion lapor Berita Harian artikel.

Tak mengaku salah 

Mereka ialah pengarah Genneva Malaysia Sdn Bhd, Datuk Tan Liang Keat, 41, dan Datuk Philip Lim Jit Meng, 56, pengurus besarnya, Lim Kah Heng, 42, serta tiga penasihat perniagaan, Datuk Ng Poh Weng, 63; Datuk Marcus Wai Leng, 37.

Semua mereka tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Sebuah lagi syarikat pelaburan jongkong emas, Success Attitude Sdn Bhd turut dituduh melakukan lapan kesalahan. Kedua-dua syarikat diwakili Jit Meng bagaimanapun tidak mengaku salah. Liang Keat didakwa dengan 226 pertuduhan, Jit Meng (246), Kah Heng (16), Poh Weng (155), Yuen Seng (17), Wai Leng (23) dan Genneva (222) .

Liang Keat didakwa dengan 226 pertuduhan, Jit Meng (246), Kah Heng (16), Poh Weng (155), Yuen Seng (17), Wai Leng (23), Genneva (222) dan Success Attitude lapan pertuduhan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di CIMB Bank Berhad, Nombor 69, Tingkat Bawah, Jalan Kuchai Maju 1, Dynasty 2, Off Jalan Kuchai Lama, di sini antara Januari 2011 hingga Disember 2012.

Pertuduhan adalah mengikut Sub Seksyen 4(1) (a) Akta pencegahan pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum denda RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Dua lagi pertuduhan 

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh dijamin masing-masing RM100,000 dengan dua penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Sementara itu, Genneva, Jit Meng, Liang Keat, Kah Heng dan Poh Weng masing-masing didakwa dua lagi pertuduhan, iaitu menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah mengikut Sub Seksyen 6(4) Akta bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) membabitkan transaksi emas.

Wang jaminan RM1j 

Kesalahan adalah mengikut Seksyen 25(1) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama dibaca bersama Nombor Siri 20 dalam Jadual Keempat akta sama yang membawa hukuman maksimum denda RM10 juta.

Bagi kesalahan itu, Mat Ghani membenarkan semua tertuduh dijamin masing-masing sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin.

Di mahkamah berasingan, Jit Meng, Genneva dan Liang Keat mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan membuat pernyataan palsu melalui iklan di laman web www.gennevaworld.com.my berhubung penjualan emas berlandaskan syariah, antara 16 Februari dan 1 Oktober 2012 di Nombor 52A-1, Jalan Kuchai Maju 6, Off Jalan Kuchai Lama, di sini.

Kesalahan adalah mengikut Seksyen 18(1) Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 21(b) akta sama membawa hukuman maksimum denda RM250,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Hakim, Rihaida Rafie membenarkan mereka dijamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Genneva Minta BNM Mempercepatkan Siasatan

Pihak Genneva Sdn Bhd meminta BNM mempercepatkan siasatan kerana ia menyukarkan pihak pelabur menjalankan urusan kerana semua telah dibekukan oleh pihak berkuasa.

Petikan daripada Berita Harian


Pesanan daripada admin :  Sekarang ini pihak Bank Negara Malaysia (BNM) sedang giat memantau dan menyerbu pihak yang menawarkan dividen @ keuntungan apabila melabur dengan syarikat pelaburan emas. Oleh itu, pilihlah syarikat yang betul-betul menawarkan pembelian emas fizikal, bukan dalam bentuk pelaburan.

"Simpan Emas Untuk Melindungi Wang Anda"

MOHD AZHAR B KORDI
Priority Dealer Public Gold (PG004158)
012 - 357 8910
013 - 987 3012 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS