Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Beli Emas Sendiri

Untuk membeli produk Public Gold, boleh melalui 3 cara:

1.Telefon Cawangan Public Gold yang terdekat dalam waktu
pejabat. (Ahad @ cuti umum - Tutup)
2.SMS terus ke telefon bimbit Public Gold seperti di bawah.


BranchOffice No.Mobile No.
SP, Kedah04-4232999012-4836916
BJ, Penang04-6449999012-5282916
Bishop, Penang04-2619999012-4298916
Ipoh, Perak05-2428999012-4398916
PJ, Selangor03-56348999012-7082916
Malacca06-3175499012-3876916
JB, Johor07-2358999012-4308916
KB, Kelantan09-7462999017-4859916
KT, Terengganu09-6263999017-6756916
Kuantan09-5678916017-6528916
Kuching082-259916017-6788916
Seremban06-6782916012-3495916
AlorSetar04-7344916012-4890916




3.Emailkan maklumat di bawah ke order@publicgold.com.my .

Ordering format:
Name:
PG code (Jika anda agen):
Introducer PG code: PG 004158 @ A2623
IC No.:
H/P No.:
Email address:
Payment Method: EPP/ Full Payment
Collection at/ Preferred Branch:


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kelebihan menjadi Ejen Public Gold

1. Mendapat komisen sebanyak 1.0% atas setiap pembelian emas dengan Public Gold.(Tidak kira sama ada anda beli untuk diri sendiri atau untuk pelanggan anda)

2. Capital gain daripada kenaikan harga emas (Setiap tahun kenaikan emas adalah 30%, maka jika anda simpan sendiri sekalipun, anda masih mendapat untung)
#Contoh : Pada 01/12/2010 saya telah membeli 1 Dinar berharga RM655 tapi pada hari ini 29/11/2011 ia bernilai RM777 (We Sell) dan RM730(We Buy), beza adalah RM75 jika kita menjual semula ke Public Gold. Sekarang nilai duit saya meningkat, dan bukannya berkurang jika disimpan di dalam bank.

3. Membeli dengan harga yang murah, dan menjual semasa harga meningkat.
#Contoh: Sambungan daripada pada contoh di atas, jika rakan saya ingin membeli 1 Dinar, saya akan jual 1 dinar di tangan saya dengan harga RM777(harga berdasarkan laman web rasmi Public Gold), bukannya harga semasa saya membeli dahulu iaitu RM655, maka keuntungan saya ialah RM122.

4. Mendapat komisen 0.5% atas setiap jualan semula emas anda kepada Public Gold. (Jika saya ingin gunakan duit segera, maka kita jual semula stok kita ke Public Gold, kita akan dapat duit dan juga komisen).

5. Untung belian semula emas daripada pelanggan anda (5%-6% lebih murah daripada harga semasa)


***** Jika ingin menjadi agen Public Gold, klik SINI.

***** Jika ingin membeli emas, klik SINI.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cara Membeli Gold Bar, Silver Bar, Dinar & Jewellery 24 Jam dengan MUDAH & PANTAS

ISTIMEWA bagi pelanggan yang berada di Kemaman dan Dungun SAHAJA, jika anda ingin membeli produk Public Gold, bolehlah semak harga di jadual di sebelah kanan blog ini dan ikuti langkah-langkah berikut :

1. SMS nama penuh, no IC, alamat email & item yang mahu dibeli ke 013-9873012.

2. Saya akan lock item yang anda mahu berdasarkan harga semasa Public Gold dan saya akan SMS Confirmation Order atau emailkan Purchase Order / Sales Order kepada anda.

3. Buat bayaran ke akaun saya. (MOHD AZHAR B. KORDI)
# Maybank2u.com - 1011 7817 3683
# RHB Bank - 2130 56000 13670
# CIMB Bank - 1304 0010 6900 58

4. Selepas saya mengambil produk daripada Cawangan Public Gold yang terdekat (kebiasannya 3-5 hari bekerja), saya hubungi anda untuk menghantar produk tersebut terus kepada anda.

" Mudah, Pantas & Dipercayai "


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cara Menjadi Ejen Public Gold - Pembayaran Melalui HQ Penang

Untuk menjadi agen Public Gold, anda hanya perlu membeli produk bernilai RM20K di mana anda boleh menyemak harga gold bar, dinar, barang kemas dan silver bar di bahagian kanan blog ini. Anda boleh mencampur-campur produk sehingga bernilai RM20K.


1. SMS nama penuh, no IC, alamat Email & Item yang mahu dibeli ke 013-9873012.

2. Saya akan lock item yang anda mahu berdasarkan harga semasa Public Gold dan saya akan email kan Purchase Order / Sales Order anda.

3. Download, isi dan email kan borang tersebut ke katrina@publicgold.com.my & azhar_kordi@yahoo.com.

4. Public Gold akan call anda untuk pengesahan dan Sales Order akan di emailkan terus kepada anda dan nyatakan cawangan mana anda mahu collect stock.

5. Setelah bayaran dibuat, emailkan resit pembayaran ke payment@publicgold.com.my / fax ke 04-6464916. Nyatakan No Sales Order anda di dalam slip bayaran tersebut.

6. Hubungi Public Gold Penang 04-6441835, minta sambung ke Payment Department dan semak jika mereka telah menerima resit bayaran anda.

7. Hubungi cawangan tersebut dan nyatakan bahawa anda mahu collect stock untuk Sales Order No PGx-xxxxxx. Mereka akan sediakan Invoice dan Delivery Order semasa anda mengambil stock tersebut.

8. Collect Stock anda dan mulakan perniagaan emas !!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petikan Daripada Kosmo : Kedai emas semakin lengang

KEADAAN salah sebuah kedai emas yang semakin kurang dikunjungi pelanggan di Kota Bharu semalam.

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

KOTA BHARU – Kenaikan harga emas menyebabkan para peniaga emas di sini berdepan dengan keperitan ekoran jumlah pelanggan semakin berkurangan sejak awal tahun ini.

Tinjauan Kosmo! petang semalam mendapati kebanyakan kedai emas yang beroperasi di bandar ini lengang dan kurang dikunjungi pelanggan.

Seorang penjual emas, Normalina Ahmad, 38, memberitahu, keadaan kini sangat jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kedai emas menjadi tumpuan ramai.

“Satu ketika dulu, 20 pelanggan datang membeli barang kemas setiap hari. Sekarang ini cuma tiga hingga empat pelanggan sehari dan kami lebih banyak duduk termenung di kedai.

“Ia bukan sahaja kerana harga emas naik, tapi juga disebabkan kaum wanita takut memakai barang kemas kerana bimbang diragut,” katanya di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan harga emas diramal melambung tinggi dan bakal mencecah harga RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini.

Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi iaitu RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat.

Seorang lagi peniaga kedai emas, Nani Ali, 36, berkata, walaupun harga emas naik namun ia tidak memberi keuntungan kepada peniaga komoditi itu.

“Apabila harga naik, orang tak mahu datang beli. Kebanyakan peniaga emas pening kepala dan kalau keadaan ini berterusan, mungkin ada yang terpaksa tutup kedai,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petikan Daripada Kosmo : Lebih mahal disimpan lama

 Komenter daripada admin : Kalau nak melabur emas, carilah syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Jom daftar sebagai ejen Public Gold. Sila baca post "Cara Menjadi Agen Public Gold - Pembayaran Melalui HQ Penang". Klik SINI.

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my


DI SEBALIK bangunan tiga tingkat yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya sebenarnya tersimpan ragam kesibukan aktiviti jual beli emas.
Menariknya, situasi itu bukannya menyaksikan jual beli barang kemas seperti gelang tangan, rantai atau anting-anting.
Sebaliknya, mereka menjalankan proses mendapatkan kepingan kilauan emas tulen berharga.
Bagaimanapun, premis yang terletak di tingkat tiga itu tidak sewenang-wenangnya dikunjungi. Anda perlu membuat temu janji khas dengan kaki tangan Public Gold supaya pagar besi utama akan dibuka.
"Sebagai langkah keselamatan, tempat kami mempunyai pengawasan yang ketat. Mereka yang ingin mendapatkan kepingan emas perlu berhadapan dengan tiga rintangan pagar besi yang dibuka secara automatik.
"Di Public Gold, mereka boleh melihat skrin paparan harga emas dunia sebagai petunjuk untuk membeli atau menjual," terang Eksekutif Pemasaran Public Fine Gold International Sdn. Bhd., Wilson Tan.
Bercerita mengenai kehebatan emas, masyarakat masa kini mula membuka minda untuk membuat pelaburan baru. Tidak lagi memfokuskan kepada penyimpanan wang semata-mata, trend pembelian kepingan emas kian popular dan mendapat sambutan.
Bahkan segelintir bakal pengantin turut memilih dinar emas sebagai hantaran mas kahwin kerana barangan berharga itu merupakan komoditi yang mempunyai nilai yang tinggi.
Meskipun tertanam beribu-ribu tahun, emas tetap berkilau dan merupakan aset paling bernilai. Emas boleh dibeli sama ada dalam bentuk syiling atau keping dari bank-bank perdagangan.
Selain itu, perbezaan yang dinilai di antara pelaburan ketulan emas dan barang kemas ialah dari segi tawaran peratusan.
"Emas keping dan emas syiling lebih tinggi nilainya iaitu 999.9 peratus berbanding emas yang telah dilebur untuk dijadikan barang kemas pula 91.6 peratus," beritahunya.

Sementara itu, Pengedar Utama Public Gold, Syukor Hashim menjelaskan, Public Gold yang mendapat kelulusan dari Bank Negara menawarkan perkhidmatan jual beli emas 999.9 atau 24 karat untuk pelaburan yang selamat dan murah.
Dari segi kiraan nilai pula, Public Gold menawarkan empat produk kepingan emas 20 gram (g), 50 g, 100 g dan satu kilogram (kg).
"Harga yang dinyatakan setiap gram adalah dalam ringgit. Harganya juga sentiasa berubah-ubah, jadi mereka yang berminat lazimnya akan sentiasa memantau harga dunia.
"Orang ramai diberi kebebasan untuk membeli seberapa banyak ketulan emas bergantung kepada kemampuan masing-masing," terangnya.
Menceritakan pengalamannya menjalankan jual beli emas sepenuh masa, Syukor mendapat pendedahan awal menerusi program The Truth Revealed: Dinar and Dirham The Real True Money sejak dua tahun lalu.






KETULENAN emas boleh diuji sebelum bersetuju untuk membeli.

 
Konsep kekayaan
Bermula dari situ, dia mula mengerti mengenai konsep wang dan kekayaan sebenar. Syukur banyak membuat kajian melalui pembacaan dan rujukan.
"Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah terletak pada wang kertas. Tetapi emas, perak, hartanah, ternakan dan tanam-tanaman.
"Wang kertas boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin sekali gus nilainya akan hilang," terangnya bersungguh-sungguh.
Bagi salah seorang kakitangan swasta, Ahmad Fithrie Ahmad Tajalie, 31, pelaburan pertama yang dikeluarkannya tahun lalu sejumlah RM38,000 untuk memiliki beberapa ketulan emas peribadi.
Disebabkan emas mempunyai nilai tinggi, dia lebih berminat untuk menambah koleksi ketulan emas untuk simpanan masa hadapan.
"Kepuasan memiliki dan menyentuh sendiri ketulan emas memang tidak dapat digambarkan. Itu yang membuatkan saya lebih berminat untuk mengumpulnya.


EMAS Public Gold memaparkan cap mohor syarikat terbabit. 
"Petuanya ialah bila sudah beli emas, simpan sahaja emas itu tetapi bila memerlukan dana kewangan barulah ia dijual. Lebih bagus jika ia dijual ketika harganya tinggi. Semakin lama emas itu disimpan, harganya juga semakin mahal," jelasnya.

Seperti yang diperuntukkan oleh hukum syarak, mas kahwin merupakan pemberian wajib daripada seorang lelaki kepada bakal isterinya. Ia boleh dibayar dalam pelbagai kaedah dan apa jua bentuk mengikut kesesuaian dan kemampuan pasangan terbabit.
Lazimannya mas kahwin disempurnakan dengan wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin atau gelang tangan. Namun, kini syiling dinar emas telah mendapat sambutan menggalakkan sebagai mas kahwin untuk majlis perkahwinan.
Barangkali sudah tiba masanya masyarakat menerima persetujuan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin memandangkan ia mempunyai nilai sentimental dan intrinsik yang kukuh.

Mas kahwin
Dinar emas sebagai mas kahwin sememangnya sesuai kerana ukiran kalimah syahadah dan cetakan ayat suci al-Quran secara simboliknya melambangkan ketinggian nilai kehidupan manusia berasaskan agama.
Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun lalu, Wan Azmir Wan Mohamad dan Nadiah Abd. Rahman turut menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin mereka.
Masing-masing yang berusia 27 tahun menyifatkan, keputusan untuk menggunakan dinar emas kerana ingin mengembalikan tradisi masyarakat Islam yang sekian lama ditinggalkan.
"Pengetahuan penggunaan dinar emas ini dibuat setelah saya membuat sedikit rujukan pembacaan mengenainya. Dari situ saya dapati dinar emas mempunyai nilai yang semakin meningkat.
"Malah bentuknya yang cukup unik dan dinar emas juga cantik untuk disimpan. Berbeza dengan wang simpanan wang, ia mungkin tidak akan kekal lama," jelas Wan Azmir Wan Mohamad yang menyempurnakan mas kahwinnya dengan sekeping syiling dinar emas seberat 4.25 gram (22 karat) bernilai RM502 (kini bernilai RM570 tertakluk pada harga semasa).


NADIAH menerima hantaran mas kahwin dinar emas daripada suaminya, Wan Azmir.
 
Sementara itu, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid berkata, dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran. Dinar emas mempunyai nilai yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas.
Pelaksanaan secara konkrit dengan susulan cadangan yang lebih serius perlu dijalankan supaya negara dapat menggunakan dinar emas dengan lebih menyeluruh.
"Skop penggunaan dinar emas sebenarnya amat luas kerana ada yang gemar menjadikan dinar emas sebagai koleksi aset yang kalis inflasi. Dinar emas berbentuk syiling juga sebagai medium pertukaran yang sah. Tetapi sejauh manakah masyarakat kita berminat menggunakannya seperti yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya ketika dihubungi Kosmo!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS