Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS
Showing posts with label Emas Penyimpan Nilai. Show all posts
Showing posts with label Emas Penyimpan Nilai. Show all posts

Kisah Teladan : Hebat......Bakar Duit Dalam Oven!!!!!



Khamis 26 Julai 2012 - Seorang lelaki dari Sdyney terkejut besar apabila diberitahu oleh isterinya dimana wang tunai $15,000 yang beliau sorokkan di dalam oven telah cair disebabkan isteri beliau telah menghidupkannya tanpa disengajakan.

Lelaki yang tidak mahu dikenali ini, telah menjual kereta sport kesayangnnya disebabkan masalah kesempitan wang dan hasil jualan tersebut disorokkan ke dalam oven yang jarang digunakan oleh isterinya.

Beliau sangat menyesali tindakan kurang bijak beliau tersebut menyebabkan beliau kehilangan semua sekali wang tersebut yang sangat diperlukan untuk menyelesaikan masalah hutang dan lebih malang lagi bekalan air ke rumah beliau telah dipotong kerana bil yang tertunggak.

Disebabkan kejadian ini, isteri beliau tidak berhenti-henti menangis dan hampir pengsan bila menyedari duit di dalam oven terbakar semasa beliau menggunakannya untuk memanaskan nugget untuk anak-anaknya.

Lelaki itu berusaha untuk menukarkan wang yang rosak terbakar tersebut dengan "The Reserve Bank of Australia" kerana hanya wang itu sahaja yang beliau ada. Beliau tertekan dengan polisi yang digunakan oleh pihak bank dimana jika 80% keadaan wang itu rosak, maka tiada penukaran yang boleh dilakukan dan ia tidak bernilai sama sekali.

*******************************
Disebalik kisah tragis ini, terselit pengajaran yang boleh diambil

  1. Perlulah kita membuat perancangan kewangan yang baik supaya kita tak terbeban dengan masalah kewangan.
  2. Jika ada wang fiat @ kertas, tukarkan dalam bentuk simpanan emas kerana emas kalis terbakar dan semakin lama disimpan, nilai semakin bertambah.
  3. Komunikasi antara pasangan perlu ada supaya tidak berlaku kejadian seperti ini di masa yang akan datang. 


"Simpan Emas Untuk Melindungi Wang Anda"

MOHD AZHAR B KORDI
Priority Dealer Public Gold (PG004158)
012 - 357 8910
013 - 987 3012   

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petikan Daripada Kosmo : Kedai emas semakin lengang

KEADAAN salah sebuah kedai emas yang semakin kurang dikunjungi pelanggan di Kota Bharu semalam.

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

KOTA BHARU – Kenaikan harga emas menyebabkan para peniaga emas di sini berdepan dengan keperitan ekoran jumlah pelanggan semakin berkurangan sejak awal tahun ini.

Tinjauan Kosmo! petang semalam mendapati kebanyakan kedai emas yang beroperasi di bandar ini lengang dan kurang dikunjungi pelanggan.

Seorang penjual emas, Normalina Ahmad, 38, memberitahu, keadaan kini sangat jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kedai emas menjadi tumpuan ramai.

“Satu ketika dulu, 20 pelanggan datang membeli barang kemas setiap hari. Sekarang ini cuma tiga hingga empat pelanggan sehari dan kami lebih banyak duduk termenung di kedai.

“Ia bukan sahaja kerana harga emas naik, tapi juga disebabkan kaum wanita takut memakai barang kemas kerana bimbang diragut,” katanya di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan harga emas diramal melambung tinggi dan bakal mencecah harga RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini.

Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi iaitu RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat.

Seorang lagi peniaga kedai emas, Nani Ali, 36, berkata, walaupun harga emas naik namun ia tidak memberi keuntungan kepada peniaga komoditi itu.

“Apabila harga naik, orang tak mahu datang beli. Kebanyakan peniaga emas pening kepala dan kalau keadaan ini berterusan, mungkin ada yang terpaksa tutup kedai,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS