Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 31 Mac 2014


Emas kini didagangkan hampir ke paras terendah dalam tempoh enam minggu pada Isnin, dan menuju penurunan bulana pertama tahun ini di tengah-tengah keyakinan tinggi mengenai ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, permintaan fizikal yang lemah di Asia turut menjadi antara faktor pendorong kepada penurunan harga bagi komoditi berharga itu.

Emas kehilangan hampir AS$100 seauns dalam 10 sesi dagangan terakhir sebelum ini, bergerak lebih jauh daripada paras tertinggi dalam tempoh enam bulannya yang dicatatkan pada pertengahan bulan Mac.

Permintaan terhadap logam itu dilihat meningkat pada awal tahun ini berikutan kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi AS dan pasaran baharu muncul yang boleh menjejaskan prestasi pasaran ekuiti global, sementara ketegangan antara Russia dan Barat juga turut mendorong kepada peningkatan berkenaan.

"Harga akan turun lagi kerana beberapa faktor yang menyokong emas pada suku pertama lali kini semakin lemah. Contohnya krisis geopolitik dan krisis pasaran baharu muncul.

"Permintaan fizikal untuk logam berharga itu di Asia juga dijangka boleh meningkat sekiranya harga jatuh menghampiri paras antara AS$1,180 hingga AS$1,200," kata penganalisis emas di Jinrui Futures di Shenzhen, Chen Min.

Harga rujukan emas jatuh 0.1 peratus kepada AS$1,291.80 seauns pada 0706 GMT, tidak jauh dari paras terendah dalam tempoh enam minggu iaitu AS$1,285.34 yang dicatatkan pada Jumaat.

Data AS yang diumumkan baru-baru ini adalah amat kuat, menunjukkan bahawa ekonomi terbesar dunia itu pulih dengan baik.

Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Janet Yellen, menyatakan pada awal  bulan ini bahawa kadar faedah di negara itu akan dinaikkan pada separuh pertama tahun 2015.

Pelabur kini mengikut rapat mengumuman angka pengangguran AS yang akan diumumkan pada Jumaat ini bagi petunjuk selanjutnya mengenai ekonomi.

Permintaan fizikal daripada pembeli emas utama Asia kini dilihat tenang ekoran keadaan turun naik harga emas kebelakangan ini yang meningkat lebih rendah untuk tempoh dua minggu berturut-turut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment