Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 01 April 2014


Harga emas berlegar menghampiri paras terendah tujuh minggu semalam apabila pelabur menarik keluar wang dari pasaran dagangan emas yang disokong dana dagangan bursa dan beralih kepada aset yang lebih berisiko.

Spot emas susut 0.05 peratus kepada AS$1,282.95 seauns pada 0025 GMT semalam, selepas jatuh hampir satu peratus kelmarin.

Logam itu mencecah paras terendah AS$1,282.04 pada sesi sebelumnya, terendah sejak 11 Febuari.

Aliran keluar dana SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa bersandarkan emas terbesar di dunia, bersambung semula selepas berhenti dua hari.

Pegangan dana jatuh 3.89 tan kepada 813.08 tan kelmarin, aliran keluar yang paling besar dalam tempoh lebih sebulan.

Emas dipindahkan antara akaun yang dipegang oleh penjual emas diniagakan meningkat kepada jumlah purata 17.8 juta auns sehari bulan lalu, pulih daripada mencecah paras terendah tiga setengah tahun pada Januari, kata Persatuan Pasaran Bullion London.

Tatkala pengawal selia menyiasat ketelusan tanda aras kewangan global, bank emas sedang menimbang langkah untuk berpindah ke platform elektronik yang akan memberikan lebih banyak manfaat terhadap penetapan emas London yang sering digunakan secara meluas sebagai harga rujukan, kata sumber.

India akan menimbangkan pelonggaran sekatan ke atas import emas dalam rundingan dengan bank pusat, kata Menteri Kewangan, P Chidambaram.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment