Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 02 April 2014


Emas meningkat semalam selepas dua hari mencatatkan penurunan, bagaimanapun kekal menghampiri paras terendahnya dalam tempoh tujuh minggu dengan jangkaan perangkaan pekerjaan yang kukuh di ekonomi terbesar dunia.

Harga emas meningkat 0.3 peratus kepada AS$1,283.20 seauns pada 0956 GMT, manakala harga emas hadapan bagi penghantaran April meningkat AS$4 kepada AS$1,284 seauns.

"Ini adalah menggu pengumuman perangkaan yang besar, di samping beberapa perangkaan ekonomi yang diumumkan.

"Terdapat pengumuman senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) akan datang dan beberapa penyusunan semula menjelang pengumuman itu," kata Penganalisis Mitsubishi, Jonathan Butler.

Emas jatuh pada sesi sebelumnya selepas perangkaan menunjukkan aktiviti pengilangan AS meningkat untuk dua bulan berturut-turut pada Mac dan lonjakan jualan kereta, yang menjadi petanda ekonomi semakin mengukuh selepas musim sejuk.

Perangkaan kukuh AS boleh menjejaskan emas, bagaimanapun, ia diimbangi dengan dasar pengurangan monetari diumumkan oleh Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Janet Yellen.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif melantun semula semalam menamatkan penurunan selama enam hari dan menjejaki kenaikan semalam di New York Commodity Exchange (COMEX).

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee, memberitahu Bernama bahawa kekukuhan di COMEX didorong pleh permintaan luar negara apabila penurunan paling rendah dalam tempoh tujuh minggu mungkin menggalakkan lebih banyak permintaan fizikal dari China.

April 2014, Mei 2014 dan Jun 2014 naik 45 sen atau sembilan mata untuk ditutup masing-masing kepada RM135.35, RM135.60 dan RM135.85 segram.

Kepentingan terbuka meningkat kepada 1,513 kontrak daripada 1,339 kontrak kelmarin manakala jumlah dagangan turun kepada 696 lot bernilai RM9.54 juta daripada 970 lot bernilai RM13.09 juta kelmarin.

Emas fizikal susut 13 sen untuk ditutup kepada RM130.46 segram.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment