Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 03 April 2014


Harga emas melanjutkan kenaikannya daripada sesi terdahulu semalam apabila pelabur bersedia menggunakan kedudukan masing-masing sebelum pengeluaran data gaji Amerika Syarikat (AS) yang boleh memberikan petunjuk mengenai tahap ekonomi negara itu.

Pelabur juga menunggu tinjauan berhubung program rangsangan Rizab Persekutuan AS.

Laporan pekerjaan yang akan dikeluarkan hari ini dijangka meneruskan beberapa data positif semasa yang menunjukkan ekonomi AS sedang kembali pulih daripada keadaan cuaca buruk sepanjang musim sejuk lalu.

Spot emas meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,291.20 seauns semalam, selepas meningkat 0.8 peratus pada Rabu, kenaikan sehari terbesar logam itu dalam tempoh hmpir tiga minggu.

Awal minggu ini, logam berharga itu jatuh ke paras terendah dalam tujuh minggu.

"Ini bukanlah rali yang sangat memberikan insoirasi. Ramai orang yang memegang kedudukan singkat sedang cuba untuk mengukuhkan kedudukan sebelum laporan gaji dikeluarkan," kata seorang peniaga logam berharga di Hong Kong.

"Beberapa pasaran fizikal utama di Asia benar-benar lengang beberapa hari ini, yang bukanlah satu faktor positif untuk emas dan pasaran saham yang mencatatkan paras tertinggi menjadikan semakin sukar bagi emas untuk bersaing.

"Emas yang biasanya dilihat sebagai pelaburan selamat dalam tempoh tidak menentu, selalunya terjejas oleh pengukuhan harga saham.

Harga emas semalam meningkat walaupun saham Asia diniagakan pada paras tertinggi dalam empat bulan dan beberapa data AS memberangsangkan baru-baru ini.

Yen Jepun, satu lagi pelaburan selamat pula menghampiri paras terendah dalam 10 minggu.

Peniaga mengharapkan permintaan fizikal akan meningkat dengan harga emas berada pada paras terendah dalam tujuh minggu awal minggu ini, namun rali terbaharu boleh membataskan minat pembeli.

Harga emas China meningkat sementara kepada premium kelmarin sebelum berakhir menyamai harga di London dan jatuh semula kepada diskaun AS$2 seauns pada Khamis.

Emas China diniagakan pada diskaun kepada harga London sejak awal Mac lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment