Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 04 April 2014


Harga emas didagangkan lebih rendah semalam kerana pasaran cemas menunggu senarai data gaji bukan perladangan Amerika Syarikat (AS), menuju ke arah kerugian mingguan terpanjang dalam tempoh lebih enam bulan  apabila ekuiti mengukuh dan keyakinan meningkat terhadap ekonomi AS.

Pelabur dalam emas yang sering dianggap sebagai lindung nilai terhadap ketidaktentuan ekonomi, mengintai laporan pekerjaan AS yang dijaualkan dikeluarkan lewat semalam , untuk mengukur tahap kekuatan ekonomi dan sebarang potensi kesannya terhadap langkah-langkah rangsangan Rizab Persekutuan (Fed).

Laporan yang lemah boleh meningkatkan rayuan emas sebagai penyelamat sementara laporan yang kuat boleh mendorong spekulasi bahawa Fed akan menaikkan kadar faedah lebih awal daripada yang dijangkakan sebelum ini.

Ramalan median adalah peningkatan sebanyak 200,000 dalam gaji.

"Jika angka gaji lebih rendah daripada paras 200,000, itu berpotensi untuk menyokong harga emas. Walaupun adalah hampir tidak mungkin harga akan meningkat melepasi paras AS$1,300," kata Joyce Liu, penganalisis di Phillip Futures.

"Namun, jika ia adalah laporan yang kukuh, kita pasti akan melihat beberapa kejatuhan dan berkemungkinan melepasi paras di bawah AS$1,276.

"Spot emas susut 0.05 peratus kepada AS$1,286.39 seauns pada 0708 GMT. Logam itu turun 0.5 peratus minggu ini, di landasan untuk mencatatkan kerugian mingguan ketiga berturut-turut.

Ia bakal menjadi kerugian mingguan paling panjang sejak bulan Ogos - September. Harga diniagakan dalam julat yang ketat pada AS$3.86 - jalur perdagangan yang paling kecil sejak 25 Disember.

Permintaan fizikal telah memberi tekanan kepada harga apabila minat membeli dari pengguna utama, China menurut. Harga Shanghai, yang pada premium adalah melebihi AS$20 seauns untuk spot harga pada awal tahun, kini pada diskaun sekitar AS$2.

Bank-bank di China telah kurang mengimport emas sejak beberapa bulan lalu akibat permintaan menyusut, manakala harga lebih murah di negara sendiri disebabkan yuan yang lebih lemah juga membendung pembelian logam berharga di luar negara, kata sumber perbankan dan peniaga. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment