Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 30 Mac 2014


Harga emas naik pada Jumaat tetapi menghampiri paras terendah dalam tempoh enam minggu di bawah AS$1,300 seauns dan berada pada landasan kukuh untuk mencatatkan penurunan dua minggu berturut-turut berikutan pemulihan prospek ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Harga logam berharga itu jatuh kira-kira AS$100 seauns daripada paras tertinggi dalam tempoh enam bulan dalam sembilan sesi dagangan berikutan keredaan ketegangan geopolitik, perangkaan ekonomi AS yang kukuh dan komen Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen bahawa kadar faedah akan meningkat pada separuh pertama 2015.

Harga kontrak bulan semasa emas naik 0.4 peratus kepada AS$1,295.70 seauns pada 1109 GMT. Ia jatuh kepada AS$1,288.80, iaitu paras terendah sejak 13 Febuari.

Kontrak pasaran hadapan emas bagi penghantaran April meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,296.10 seauns.

Di pasaran fizikal, peniaga berkata, permintaan akan meningkat berikutan kejatuhan mendadak harga emas baru-baru ini tetapi masih berhati-hati kerana pengguna masih tidak pasti dengan arah aliran harga daripada paras semasa.

Harga di negara pengguna terbesar emas, China, kekal berada di paras diskaun berbanding harga kontrak utama, sekaligus  menandakan permintaan yang lemah.

Platinum naik 0.5 peratus kepada AS$1,398.75 seauns sementara palladium meningkat hampir 1.5 peratus kepada AS$764 seauns.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif berkemungkinan kekal kurang memberangsangkan minggu depan disebabkan oleh sentimen pasaran yang lemah.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Elky Liam Kian Yap, berkata niaga hadapan emas akan terus mengalami tekanan berikutan kebimbangan terhadap kemungkinan kenaikan kadar faedah dan data tuntutan pengangguran awal AS yang lebih rendah daripada dijangka.

Tuntutan pengangguran awal susut kepada 311,000, lebih rendah berbanding konsensus pasaran pada 323,000.

Bagi minggu yang baru berakhir, kontrak niaga hadapan didagangkan dalam aliran menurun, manakala emas fizikal ditutup pada RM131.98 segram.

Bagi asas dari Jumaat ke Jumaat, Mac 2014 susut RM6.70 atau 134 mata kepada RM136.05 segram, April 2014 dan Mei 2014 berkurang RM6.60 atau 132 mata masing-masing kepada RM136.30 dan RM136.60 segram dan Jun 2014 turun RM6.25 atau 125 mata kepada RM136.95 segram.

Jumlah dagangan naik kepada 2,367 lot bernilai RM32.74 juta berbanding 2,292 lot bernilai RM30.83 juta yang diniagakan minggu lalu.

Kepentingan terbuka pada Jumaat ialah 1,117 kontrak berbanding 1,620 kontrak sebelumnya.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment