Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 28 Mac 2014


Harga emas naik semalam tetapi menghampiri paras terendah dalam tempoh enam minggu di bawah AS$1,300 seauns dan berada pada landasan kukuh untuk mencatatkan penurunan dua minggu berturut-turut berikutan pemulihan prospek ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Harga logam berharga itu jatuh kira-kira AS$100 seauns daripada paras tertinggi dalam tempoh enam bulan dalam sembilan sesi dagangan berikutan keredaan ketegangan geopolitik, perangkaan ekonomi AS yang kukuh dan komen Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Janet Yellen bahwa kadar faedah akan meningkat pada separuh pertama 2015.

Harga kontrak bulan semasa emas naik 0.4 peratus kepada AS$1,288.80 iaitu paras terendah sejak 13 Febuari.

Kontrak pasaran hadapan emas bagi penghantaran April meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,296.10 seauns.

Di pasaran fizikal, peniaga berkata, permintaan akan meningkat berikutan kejatuhan mendadak harga emas baru-baru ini tetapi masih berhati-hati kerana pengguna masih tidak pasti dengan arah aliran harga daripada paras semasa.

Harga di negara pengguna terbesar emas,China, kekal berada di paras diskaun berbanding harga kontrak utama, sekali gus menandakan permintaan yang lemah.

Platinum naik 0.5 peratus kepada AS$1,398.75 seauns, sementara palladium meningkat hampir 1.5 peratus kepada AS$764 seauns.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif terus jatuh untuk hari kelima berturut-turut semalam berikutan kekurangan minat belian terhadap logam berharga berkenaan, kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee memberitahu, harga emas menghampiri tekanan ekoran kebimbangan kemungkinan Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah pada pertengahan 2015 serta data awal pengangguran yang lebih rendah daripada jangkaan.

Lim berkata, resit depositori Satndard & Poor (SPDR) dana emas, dana dagangan disokong emas terbesar dunia dan pengukuran keyakinan pelabur yang baik, juga menyaksikan pengaliran kelur dua hari berturut-turut daripada dana emas.

Ketika ditutup, kontrak Mac, April, mei dan Jun 2014 susut 22 mata setiap satu masing-masing kepada RM136.90 , RM136.05, RM136.30, RM136.60 dan RM136.95 segram.

Kedudukan terbuka merosot kepada 1,117 kontrak berbanding 1,799 kontrak semalam manakala perolehan jatuh kepada 357 lot bernilai RM4.86 juta berbanding 808 lot bernilai RM11.10 juta kelmarin.

Emas fizikal turun 80 sen untuk ditutup pada RM131.98 segram berbanding RM132.78 segram kelmarin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment