Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 27 April 2014


Emas susut pada hari Jumaat dan berada pada paras terendah dalam lebih dua bulan disebabkan tiada permintaan daripada pengeluar barangan kemas kerana menanti kejatuhan lanjut harga, sungguhpun ketegangan di Semenanjung Crimea berupaya menambah daya tarikan logam itu sebagai pelaburan selamat.

Premium jongkong emas kebanyakannya tidak berubah di Asia minggu ini, dengan kelemahan yuan membendung permintaan daripada China.

Pelabur menunggu mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan minggu depan berhubung kadar faedah bagi mendapatkan petunjuk.

Emas semerta susut AS$1.84 seauns kepada AS$1,291.40 pada 0638 GMT, berlegar di atas paras rendah dua setengah bulan AS$1,268.24 pada Khamis ditengah-tengah pengukuhan pasaran saham dan gambaran teknikal yang lemah.

"Sehinggalah situasi di Crimea bertambah buruk, saya tidak berpendapat paras AS$1,300 boleh dilepasi dengan mudah buat masa ini. "Aktiviti fizikal terlalu perlahan. Renminbi masih lagi jatuh," kata Ronald Leung, peniaga di Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong.

"Aktiviti fizikal terlalu perlahan. Renminbi masih jatuh."

Emas AS diniagakan kukuh pada AS$1,291.30 seauns.

Sementara itu, kontrak emas di Bursa Malaysia Derivatif diunjur terus mengukuh minggu ini meskipun terdapat kebimbangan terhadapap krisis Ukraine, kata seorang peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Thomas Yew Jia-Jong berkata pedagang kekal berhati-hati terhadap krisis berkenaan dan bimbang tentang pemulihan Kesatuan Eropah.

"Harga emas dijangka terus mengukuh setelah pasaran menunggu perkembangan krisis Ukraine," katanya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, April 2014 naik RM2.00 atau 40 mata kepada RM136.35 segram, Mei 2014 menokok RM2.35 atau 47 mata kepada RM136.75 segram manakala Jun 2014 dan Julai 2014 meningkat RM2.25 atau 45 mata setiap satu, masing-masing kepada RM136.95 dan RM137.00 segram.

Jumlah dagangan berganda kepada 3,996 lot bernilai RM54.04 juta berbanding 1,845 lot bernilai RM24.77 juta yang didagangkan minggu lalu.

Kepentingan terbuka naik kepada 2,032 kontrak berbanding 1,494 kontrak sebelumnya. - REUTERS / BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment