Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 25 April 2014


Emas susut semalam dan berada pada paras terendah dalam lebih dua bulan disebabkan tiada permintaan daripada pengeluar barangan kemas kerana menanti kejatuhan lanjut harga, sungguhpun ketegangan di Semenanjung Crimea berupaya menambah daya tarikan logam itu sebagai pelaburan selamat.

Premium jongkong emas kebanyakannya tidak berubah di Asia minggu lalu, dengan kelemahan yuan membendung permintaan daripada China.

Pelabur menunggu mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan minggu depan berhubung kadar faedah bagi mendapatkan petunjuk.

Emas semerta susut AS$1.84 seauns kepada AS$1,291.40 pada 0638 GMT, berlegar di atas paras rendah dua setengah bulan AS$1,268.24 pada Khamis ditengah-tengah pengukuhan pasaran saham dan gambaran teknikal yang lemah.

"Sehinggalah situasi di Crimea bertambah buruk, saya tidak berpendapat paras AS$1,300 boleh dilepasi dengan mudah buat masa ini.

"Aktiviti fizikal terlalu perlahan. Renminbi masih lagi jatuh," kata Ronald Leung, peniaga di Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong.

"Dari aspek tinjauan, kita sudah lama diingatkan, berhubung risiko di Ukraine, sesuatu yang kita rasakan tidak boleh diabaikan.

"Kami juga mengesyaki sekatan baru ke atas Russia akan diumumkan tidak lama lagi, berkemungkinan awal minggu depan dan buat masa ini, kami menasihati peniaga untuk melihat pelaburan bagi jangka panjang," kata INTL FCStone.

Setiausaha negara AS, John Kerry, mencadangkan AS begitu hampir untuk mengenakan lebih banyak sekatan ke atas Russia.

Emas AS diniagakan kukuh pada AS$1,291.30 seauns.

Premium bagi jongkong emas di Hong Kong disebut harga pada 80 sen kepada AS$1 seauns kepada harga semerta di London.

Di Singapura, pusat dagangan jongkong emas di Asia Tenggara, premium berada pada AS$1 kepada AS$1.20 berbanding harga semerta di London.

"Ia kelihatan premium di Asia sekitar AS$1 hingga AS$1.20 ketika ini.  Pasaran kebanyakannya lengang," kata peniaga di Singapura.

CME Group Inc bercadang melancarkan kontrak hadapan penghantaran emas fizikal di Asia, demikian menurut tiga sumber hampir dengan pengaturan itu. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment