Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 24 April 2014


Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif terus ditutup rendah semalam, menjejaki harga emas di New York Comodity Exchange (COMEX), yang mengalami sesi dagangan mendatar, kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Thomas Yew Jia-Jong berkata, sentimen pasaran kekal lemah berikutan aliran keluar dan permintaan lemah terhadap emas, bagaimanapun ketegangan geopolitik menawarkan sokongan kepada harga emas.

"Harga emas akan diniagakan dalam jajaran kecil berikutan pasaran menunggu pemangkin yang lebih kukuh.

"Peniaga menunggu Tuntutan Pengangguran Awal Amerika Syarikat yang dijangka dikeluarkan lewat malam ini (semalam) (8:30 malam waktu Malaysia) untuk menilai keadaan ekonomi semasa di Amerika Syarikat," katanya.

April 2014, Mei 2014, Jun 2014 dan Julai 2014, masing-masing turun 23 mata kepada RM134.20, RM134.55, RM134.85 dan RM134.90 segram.

Kedudukan terbuka meningkay kepada 3,114 kontrak berbanding 2,182 kontrak kelmarin, manakala jumlah dagangan naik kepada 1,166 lot bernilai RM15.65 juta daripada 410 lot bernilai RM5.56 juta kelmarin.

Harga emas fizikal merosot lapan sen kepada RM130.43 segram.

Ketua Strategi Komoditi Saxo Bank, Ole Hansen berkata, pasaran emas sedikit merosot tetapi masih mempunyai potensi untuk meningkat. - BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment