Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 16 April 2014


Emas terus mencatat penurunan dan diniagakan di bawah AS$1,300 seauns smalam, selepas mencatat kejatuhan tiga minggu, disebabkan jualan teknikal dan kebimbangan kelembapan permintaan di China.

Kejatuhan harga itu berlaku sungguhpun ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Ukraine.

Emas gagal mengekalkan tarikan sebagai pelaburan selamat, sungguhpun Kiev mula mengadakan kempen ketenteraan menetang militia pemisah di bahagian timur negara itu.

Emas semerta susut 0.2 peratus kepada AS$1,299.70 seauns pada 0645 GMT, selepas ditutup jatuh 1.8 peratus pada Selasa.

Ia jatuh ke paras terendah satu setengah minggu AS$1,290.34 dalam sesi dagangan sebelum ini.

"Ia kelihatan satu lagi hari bearis. Kita menuju ke arah AS$1,270 - AS$1,280," kata peniaga di Hong Kong.

"Permintaan fizikal tidak meningkat disebabkan penurunan ini. Kebanyakan pembeli berpendapat harga akan jatuh lagi. Sehubungan itu, mereka tidak terburu-buru untuk membeli buat masa ini."

Seorang peniaga lain berkata, berita berhubung kuantiti tertentu emas ditambat dalam janji niaga pembiayaan komoditi turut memberi kesan kepada harga.

Laporan industri yang dikeluarkan Selasa berkata, firma China berkemungkinan mengunci sehingga 1,000 tan emas dalam janji niaga pembiayaan, mencadangkan sebahagian besar import digunakan untuk menjana dana disebabkan persekitaran kredit yang ketat, bukannya untuk memenuhi permintaan pengguna.

Pembeli China sudah pun menerima kesan sejak beberapa minggu lalu oleh kadar diskaun di pasaran tempatan berikutan bank, dengan simpanan mencukupi, membendung pembelian ke atas nilai yuan yang lebih rendah.

Ekonomi China berkembang pada kadar paling perlahan dalam tempoh 18 bulan pada suku pertama 2014, demikian menurut data rasmi semalam.

Ia menunjukkan tanda momentum yang semakin perlahan ini sudah pun menjurus kepada tindakan segera kerajaan untuk memantapkan semula ekonominya. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment